Assalamu'alaikum W.B.T.
Esok raya! Tapi saya tak ada baju raya pun. Hihi. Tahun ni sama macam tahun lepas lah kan. Beraya dekat rumah saja. Kalau tak ada korona pun, keluarga saya tetap beraya secara sederhana saja. Pagi raya pertama makan di rumah Cik Ani.
Lepas tu balik rumah Tok Aki di Pahang. Begitulah rutin setiap tahun. Tapi tahun ini dengan tahun lepas berbezalah sebab tak boleh beraya di rumah orang lain dan tak boleh rentas negeri. Tapi takpe, asalkan boleh bersama dengan keluarga.
Tahu tak, sebelum saya balik rumah ni, saya sebenarnya hampir hampir tak boleh balik beraya di rumah. Saya dah nangis dah sebenarnya dengan Najwa. Tapi lepas tu universiti keluarkan kenyataan yang pelajar boleh balik! Alhamdulillah.
Biskut raya dah ada, bekalan makanan pun dah ada dalam peti. Makanan untuk hari raya tempah dengan Cik Ani. Rajinnya Cik Ani nak masak untuk kami kan. Tapi Umi bayarlah kahkah. Yang ada baju raya sedondon abang saya yang dah kahwin je.
Along, Kaklong dan anak anaknya. Tema warna kelabu. Cantik! Umi saya cakap esok kunci pagar. Letak mangga besar besar biar orang faham yang kita tak bagi sesiapa ziarah. Bukan sombong, tapi ambil iktibar kejadian raya tahun lepas.
Walaupun kerajaan dah keluarkan arahan tak boleh ziarah raya, ada juga yang kurang faham dan datang beraya di rumah kami. Terpaksalah Umi saya layan sebab mereka anak murid Umi saya. 10 minit juga mereka tunggu di pagar.
Persiapan untuk raya dah hampir selesai. Kemas rumah saja. Basuh garaj, kemas dapur, depan tv dan bilik. Ruang tamu je belum vakum. Teks khutbah raya dah print! Tahun lepas imam solat sunat raya Along dan yang baca khutbah Alang. Tahun ini tak tahu lagi siapa yang jadi yang mana.
Hmm okaylah bye.
No comments:
Post a Comment