Tuesday, August 31, 2021

A.D.A.M.

Aku Darah Anak Malaysia


Sudah 64 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Setiap tahun, dalam tv ada tunjuk perarakan di dataran merdeka bersempena hari kemerdekaan. Tapi tahun ini, lain situasinya disebabkan oleh pandemik. Begitu juga tahun lepas. Tapi sebagai rakyat Malaysia, saya tetap meraikannya dengan menyanyi lagu patriotik bersama adik saya kahkah. 

Semalam dalam pukul 12 tengah malam lebih sikit, saya dan Syadah menyanyi lagu patriotik. Agak agak Abah Umi saya dengar tak? Hmm maafkan kami. Bersempena hari merdeka hari ini, atlet Paralimpik Tokyo telah menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia, tapi malangnya kemenangannya telah ditarik balik atas sebab sebab tertentu. Tak apa. You did well!

P/S: Saya rindu lah nak baca novel Ramlie Awang Murshid tajuk A.D.A.M. Best sangat cerita dia! Cover page dia warna kuning. Kalau ada rezeki saya nak miliki novel tu satu hari nanti. Hihi. Novel dia ada unsur patriotisme. Baguslah bersempena ulang tahun kemerdekaan tanah air kita yang tercinta ni. Tiber. 

Sekarang saya tengah tengok cerita Twinkle Twinkle dengan keluarga saya. Abah, Umi, Syadah dan Adik. Jadi saya nak fokus ya. Bye! Doakan saya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. In shaa Allah. Assalamu'alaikum.

31 August 2021 (Tuesday)
Ruang TV.

Friday, August 27, 2021

Kambing Perap


Semalam kakak saya belikan kami satu keluarga kambing perap Pak Mat empat bungkus. Setiap bungkusan ada empat keping daging. Kakak saya beli online. Dia cari egen di Kelantan sebab masa video call haritu adik saya macam terliur lah kakak saya makan kambing tu. Jadi kakak saya belikan diam diam. Nak sampai delivery tu baru dia bagitahu kahkah. 

Best sangat! Berbaloi lah RM35 sebungkus. Harga delivery RM5. Sampai je bungkusan tu semalam, terus masak. Makan ramai ramai. Yang paling banyak makan adalah saya, Syadah dan Shin. Hihi. Kami masak tiga bungkus. Satu lagi simpan untuk Along dan keluarga. 

Saya punyalah bersemangat makan semalam. Biasanya saya tak makan sangat kambing sebab bau dia kuat sikit. Tapi kalau yang dah diperap dengan sos macam Pak Mat punya ni saya boleh lah makan. Alhamdulillah kenyang dengan kambing. 

Terima kasih kakakku dan abang iparku sudi hantarkan kambing perap untuk kami walaupun tinggal berjauhan. Sentiasa ingat kami di sini. Gitu! Okaylah. Saya nak pergi dapur. Lapar! Saya rasa macam nak goreng papadom lah. Hihi. Bye!

Wednesday, August 25, 2021

Hari Ini Dalam Sejarah #1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pejam celik pejam celik, dah setahun berlalu sejak saya menjalani ROS di Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Periok. Rasa macam baru saja. Kenangan di sana tak pernah saya lupakan. Saya rasa itu adalah antara pengalaman terindah dalam hidup saya. 

Masa tu saya punyalah rasa nervous sebab tak pernah terdedah dengan suasana sekolah. Tapi alhamdulillah warga sekolah sangat sangat baik dan banyak bimbing saya. Pelajar pelajar pun baik sangat sangat.

Pengalaman di SMK Gual Periok banyak membantu saya dalam menjalani praktikal di SAM Rawang. Saya ingat lagi setiap pagi saya drive ke SMK Gual Periok. Pertama kali nak jejakkan kaki dan tayar kereta di sekolah tu, takut sangat sangat sampaikan saya rasa nak balik ke rumah semula.

Tapi saya terpaksa kuatkan diri dan parking kereta kahkah. Lepas tu saya ke pejabat terus untuk lapor diri. Nasib baiklah ada kawan Umi saya iaitu Ustazah Zubaidah. Beliau banyak juga membantu saya sepanjang di sana. Sekurang kurangnya saya tak rasa awkward sangat. Lepas tu saya dapat meja yang best sangat.

Saya banyak relief kelas form 2. Task yang diberikan untuk buat report antaranya kena interview pentadbir dengan ketua panitia. Selain tu, kena interview dua orang pelajar yang cemerlang akademik dan sukan. Alhamdulillah dipermudahkan.

Saya sempat interview mereka semua sebelum saya menjalani pembedahan tiroid. Lepas pembedahan tu, cikgu cikgu tak bagi saya buat kerja pun. Relief pun tak payah. Mereka serahkan kepada pelajar ROS yang baru. Mereka adalah kawan sekolah rendah saya. Tak ke lawak tu? Reunion di sekolah kahkah.

Tapi saya masuk je kelas lepas tu. Tapi tak boleh cakap kuat kuat. Okay kita tolak tepi dulu lah pasal tu. Saya suka sangat dapat jumpa dengan kawan sekolah saya tu. Dah lama lah kiranya kami tak jumpa. Lepas habis darjah 6, terus tak jumpa. 

Saya bawa bekal hari hari, dan saya makan dengan mereka sebab bekal saya banyak sangat sangat kahkah. Biasanya saya makan sorang sorang saja. Hmm apa lagi ya? Saya dapat banyak pengalaman baru. Berkawan dengan pekerja sekolah, borak dengan pelajar. 

Dari segi pedagogi pun, saya dapat manfaat juga sebab saya masuk kelas Ustazah Zubaidah dan Ustazah Azizon untuk tengok cara mereka mengajar. Itupun kena tulis dalam report. Persekitaran sekolah pun termasuk juga. Sejarah sekolah, semualah. Saya pun tak tahu kenapa nak kena buat tapi saya ikut sajalah.

Saya sertai majlis kemerdekaan, jaga pelajar exam dan sebagainya. Untuk tempoh sebulan duduk situ, kira banyak jugalah pengalamannya kan. Alhamdulillah. Saya sedih sangat bila dah nak habis ROS dekat situ.

Hari sebelum last, saya jamu cikgu cikgu dengan pekerja makan kuih yang Umi saya tempah khas untuk mereka. Saya letak dalam bilik guru perempuan, bilik guru lelaki, bagi jaga dan pekerja juga. Banyak Umi saya tempah. 

Saya bagi hadiah khas juga untuk pentadbir dan guru pembimbing. Saya berkawan dengan kerani, baik sangat. Rupa rupanya makcik senior kos TASL saya. Kecil saja dunia ni kan. Ohh satu lagi selalu ada jamuan makan makan di bilik guru. Best!

Hari last saya, cikgu buat jamuan khas di bilik guru perempuan dan makanan banyak sangat! Saya sempat lah ambil gambar dengan guru guru dan kawan ROS saya. Ohh mereka pelajar USM Pulau Pinang. 

Hmm okaylah setakat itu saja coretan saya kali ini. Kalau nak cakap semua pengalaman dekat situ memang tak habis lah. Okay last sekali, lepas pembedahan saya tu, Abah saya yang hantar saya ke sekolah. Saya dah tak drive sendiri. Hihi.

Kesimpulannya, pengalaman di sekolah itu best sangat sangat sangat. Sampai sekarang saya teringat suasananya. Okay bye! Doakan saya rajin belajar ya. Doakan urusan temuduga saya dipermudahkan. Assalamu'alaikum W.B.T.

Kalau nak baca blog saya setahun lepas pasal ROS ni, boleh tekan link ni:

https://happytogether1997.blogspot.com/2020/08/school-orientation-programme.html

Kemas Bilik

Before & After


25 August 2021 
Wednesday

Vaccination Journey

بسم الله الرحمن الرحيم


25 August 2021

Alhamdulillah setelah sebulan lebih menunggu, akhirnya saya dapat appointment dos pertama. Saya dan Syadah dapat hari sama dan tempat sama. Senanglah kami pergi sana nanti. In shaa Allah. 

Excited rasa nak vaksin sebab dah lama tunggu kan. Nervous pun ada sebab takut kena cucuk. Last saya kena cucuk tahun lepas masa thyroid operation. Hihi. Doakan saya ya semoga semuanya berjalan dengan lancarnya dan dipermudahkan.

Update: 29 August 2021


Alhamdulillah dalam pukul 11 lebih pagi, saya dan adik saya selamat vaksin. Umi saya drive sebab Umi saya takut saya pening lepas cucuk vaksin. Dos kedua in shaa Allah pada 19 September 2021. Dalam dua minggu lebih lah lepas dos satu ni. In shaa Allah dipermudahkan. 

Saya sepatutnya pergi sana pukul 9.30 pagi. Tapi makcik saya yang saya panggil Cik Ani kata, kalau pergi lambat better sebab pagi pagi ramai orang. Jadi kami pergi tengah hari. Alhamdulillah tak ramai orang. 

Sebelum vaksin tadi, kami lalui dalam lima buah kaunter. Panjang jugalah perjalanan sebelum vaksin tapi sebab tak ramai orang jadi cepat lah. Seramai orang dekat situ, tak ada pun yang saya kenal kahkah. Mungkin kawan kawan sekolah saya yang lain dah selesai dua dua dos. 

Effect vaksin buat masa sekarang hanya sakit sikit saja pada tempat cucuk. Harapnya tak ada effect yang teruk lah in shaa Allah. Walaupun rasa sakit, masih boleh buat kerja sikit sikit. Cumanya Umi saya tak bagi angkat benda berat. 

Oh satu lagi, saya dapat vaksin jenis Pfizer. Adik saya pun sama. Okaylah sampai di sini dulu penulisan saya. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Bye!

Update: 21 September 2021


Alhamdulillah selesai sudah vaksin dos kedua! Vaksin dua hari lepas lagi tapi tak berdaya nak update blog dek kerana effect vaksin yang boleh dikatakan menyakitkan ya tuan puan. Saya pasti kebanyakan yang ambil vaksin merasakan benda yang sama.

Dia punya effect tak sama dengan dos pertama haritu. Dulu sakit sikit tempat cucuk saja dan susah nak angkat lengan. Tapi sekejap saja. Kalau dos kedua ni, saya dengan adik saya demam! Seksa sangat rasa tapi alhamdulillah makin okay. 

Kalau tak, sakit pinggang lagi, kepala berdenyut lagi. Allahu. Hmm okaylah saya nak solat Maghrib dulu. Saya baru lepas makan nasi dagang! Hihi sedap sangat Umi saya buat. Alhamdulillah. Bye! 

Saturday, August 21, 2021

Bermalam di Rumah Tokbah Tokmi


Hari Sabtu lepas, Kaklong hantar voicenote di Whatsapp, Abdurrahman dengan Iman katanya nak duduk rumah Tokbah Tokmi. Saya pun pergilah ambil budak dua orang tu dekat rumah mereka. Haa duduklah mereka di rumah hijau ni dekat seminggu juga. 

Bagus sangat mereka sepanjang duduk sini. Tak buat perangai pun. Makan pun boleh tahan banyak. Yalah ingatkan kalau berjauhan dengan Abi Umi mereka, tak lalu makan. Tapi alhamdulillah berselera makan. Tapi tak tahu lah Abi Umi nya selera makan ke tak anak anak duduk sini kahkah. 

Sepanjang duduk sini, mereka tidur di bilik saya. Saya pinjam kipas Syadah. Hihi. Bayangkan empat orang tidur atas katil sama, dah macam satay bakar saya tengok haha. Saya suka sangat sebab Abdurrahman Iman dah pandai berdikari walaupun masih kecil. 

Tak ada merengek rindu Abi Umi. Saya ingat mereka duduk sini dua tiga hari saja, tapi memandangkan mereka sangat okay, duduklah sini sampai enam hari. Lagipun musim pkp ni kan, bukan boleh jumpa selalu. Jadi bila ada peluang, rembat saja bah! 

Hmm okaylah. Saya tengah tunggu solat Isyak. Kejap lagi nak tengok drama Hello, Jangan Tapau Cintaku. Lakonan Nafiz Muaz dan Elisha Sandha. Best sangat cerita dia. Tak tipu! Saya dan keluarga saya jarang tengok cerita Melayu. Tapi drama ni saya layan. Gitu dek! 

Harini Elisha Sandha dengan Remy Ishak kahwin! Dengan pasangan masing masing lah. Semoga perkahwinan mereka diberkati Allah dan berbahagia hingga ke syurga. In shaa Allah. 

Bye!

Thursday, August 19, 2021

Kenangan SKGS

Assalamu'alaikum W.B.T.

Harini saya lalu depan sekolah rendah tempat saya belajar dulu dari prasekolah selama dua tahun hinggalah darjah enam. Tujuh tahun jugalah saya sekolah dekat situ. Semestinya banyak kenangan manis dan pahit yang saya lalui sepanjang bersekolah di sana. 

Tapi bukan itu yang saya nak bicarakan ya  kahkah. Setiap kali saya lalu depan sekolah tu, hati saya rasa sayu sangat. Saya rindu sangat sangat dengan keadaan sekolah tu. Tapi mungkin ke dapat balik feel zaman dulu dulu, tahun 2002-2009. 


Dulu saya dengan keluarga saya, sebelum kami pindah ke rumah sekarang ni, kami tinggal di kuarters guru tepi sekolah. Beberapa langkah keluar rumah, dah masuk kawasan sekolah. Senangnya nak ke sekolah dulu, tapi tetap pergi lambat kahkah.  


Banyak sangat kenangan di kuarters guru ni. Jiran jiran pun cikgu cikgu juga. Jadi saya berkawan lah dengan anak anak cikgu. Ada Boboy, Baby, Atiqah, Alia, Baihaki. Ibu bapa nya Cikgu Baharin dan Teacher Rosnida. Kiranya ada tiga keluarga tinggal berjiran. 

Saya selalu lah main dengan mereka, hampir setiap petang. Best sangat! Main badminton, main basikal, main masak masak. Kadang kadang masuk kawasan sekolah dan main di dewan sekolah. Hmm apa lagi ya. Sebenarnya kalau nak cakap pasal kenangan memang tak habis lah nak tulis ni. Hihi. 

Saya belajar di pra sekolah selama dua tahun dulu. Tapi tahun pertama tu saya selalunya ikut belakang Abah je. Pergi kantin ke, bilik guru ke, tandas ke. Ke mana mana je lah saya ikut Abah. Bila masuk tahun depan tu, saya dah jadi pelajar pra sekolah yang setia. 

Dekat pra sekolah saya selalu main dengan Ilu dan Sofia, iaitu anak cikgu pra sekolah iaitu Cikgu Faridah. Pembantu pra, nama Kakya. Baik sangat sangat. Sabar sangat dengan kerenah budak budak ni. Makanan pun selalu best. Yang saya paling ingat donut lah. Best! 

Masa pra sekolah saya pernah masuk pertandingan menari. Saya tak pasti lah menang ke tak. Yang saya ingat adalah partner menari saya iaitu Shahira Sayuti. Lepas tu pertandingan sukan. Saya ingat saya dan kawan kawan naik van yang Abah saya drive untuk ke sekolah tempat sukan tu dianjurkan. 

Satu lagi pasal pra sekolah ni, saya suka sangat keadaan pra yang tak paksa kami belajar pun hihi. Main dan tengok cerita. Selalunya saya tengok cerita hantu dengan kawan kawan. Tahun 2002 pra sekolah duduk bahagian belakang sekolah. Pra lama lah kiranya. Tahun depannya dah pindah ke bahagian depan dekat dengan pintu pagar sekolah. 

Banyak pula kenangan pasal pra sekolah kan. Itu belum lagi cakap pasal darjah 1 hingga 6. Takpelah mungkin lain kali in shaa Allah. Tadi masa saya lalu tu, saya berhenti kejap depan sekolah dan ambil gambar. Memang setiap kali lalu saya akan duduk sekejap depan sekolah dan ingat balik kenangan lama. 


Tadi sambil duduk depan sekolah sambil borak dengan adik saya. Saja lah nak imbas balik kan memori lama. Adik saya pun sempat belajar situ sebelum pindah ke sekolah Umi pula. Apa lah khabar guru guru saya dulu. Cikgu Balkis Abdullah, Teacher Azura dan ramai lagi. Semoga semua sihat sihat belaka. Aamiin in shaa Allah. 


Dulu tempat ni tempat kami buang sampah. Selalu terserempak dengan khinzir pink ya. At least boleh lah tengok belakang dia. Sekarang dah tak ada orang buang sampah dah dekat situ. Tepi tepi dia pun dah ada kedai. Dulu hutan saja. Sedapnya tengok lembu tu makan. 

Sunday, August 8, 2021

Perak & Gangsa Untuk Malaysia

Terima kasih kepada Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Azizul Hasni Awang kerana telah berjaya menghadiahkan pingat perak dan gangsa kepada Malaysia! Dua dua final saya tengok. Alhamdulillah mereka sangat sangat hebat dan kuat. Atlet atlet lain pun sama hebat dan sama kuat tapi tiada rezeki untuk memenangi pingat. In shaa Allah olimpik seterusnya makin bertambah pingat Malaysia. 

Biasalah adat partandingan, ada kalah ada menang. Gitu! Hihi. Saya berdebar sangat sangat masa tengok final acara berbasikal tadi. Saya akui lah Jason Kenny memang hebat, juara bertahan. Dah banyak kali menang emas di beberapa olimpik. Tapi pemain Malaysia pun tak kurang hebatnya. Tahniah! 

Saya ni bukan athletic sangat pun. Tapi saya punya semangat patriotisme boleh tahan tinggi juga kahkah. Samalah adik beradik saya yang lain pun. Cuma saya selalu juga puji pemain negara lain sampaikan mereka menyampah. Saya saja je nak sakitkan hati mereka kahkah. Maafkan daku. 

Terima kasih kepada semua atlet yang terlibat dalam Olimpik Tokyo 2020 yang dah hampir melabuhkan tirainya. Semoga ada peluang lagi untuk mereka membuktikan diri mereka di pentas olimpik akan datang. Semoga ada emas dan lebih banyak perak dan gangsa in shaa Allah. 

Malaysia boleh!