Assalamu'alaikum W.B.T.
Harini saya lalu depan sekolah rendah tempat saya belajar dulu dari prasekolah selama dua tahun hinggalah darjah enam. Tujuh tahun jugalah saya sekolah dekat situ. Semestinya banyak kenangan manis dan pahit yang saya lalui sepanjang bersekolah di sana.
Tapi bukan itu yang saya nak bicarakan ya kahkah. Setiap kali saya lalu depan sekolah tu, hati saya rasa sayu sangat. Saya rindu sangat sangat dengan keadaan sekolah tu. Tapi mungkin ke dapat balik feel zaman dulu dulu, tahun 2002-2009.
Dulu saya dengan keluarga saya, sebelum kami pindah ke rumah sekarang ni, kami tinggal di kuarters guru tepi sekolah. Beberapa langkah keluar rumah, dah masuk kawasan sekolah. Senangnya nak ke sekolah dulu, tapi tetap pergi lambat kahkah.
Banyak sangat kenangan di kuarters guru ni. Jiran jiran pun cikgu cikgu juga. Jadi saya berkawan lah dengan anak anak cikgu. Ada Boboy, Baby, Atiqah, Alia, Baihaki. Ibu bapa nya Cikgu Baharin dan Teacher Rosnida. Kiranya ada tiga keluarga tinggal berjiran.
Saya selalu lah main dengan mereka, hampir setiap petang. Best sangat! Main badminton, main basikal, main masak masak. Kadang kadang masuk kawasan sekolah dan main di dewan sekolah. Hmm apa lagi ya. Sebenarnya kalau nak cakap pasal kenangan memang tak habis lah nak tulis ni. Hihi.
Saya belajar di pra sekolah selama dua tahun dulu. Tapi tahun pertama tu saya selalunya ikut belakang Abah je. Pergi kantin ke, bilik guru ke, tandas ke. Ke mana mana je lah saya ikut Abah. Bila masuk tahun depan tu, saya dah jadi pelajar pra sekolah yang setia.
Dekat pra sekolah saya selalu main dengan Ilu dan Sofia, iaitu anak cikgu pra sekolah iaitu Cikgu Faridah. Pembantu pra, nama Kakya. Baik sangat sangat. Sabar sangat dengan kerenah budak budak ni. Makanan pun selalu best. Yang saya paling ingat donut lah. Best!
Masa pra sekolah saya pernah masuk pertandingan menari. Saya tak pasti lah menang ke tak. Yang saya ingat adalah partner menari saya iaitu Shahira Sayuti. Lepas tu pertandingan sukan. Saya ingat saya dan kawan kawan naik van yang Abah saya drive untuk ke sekolah tempat sukan tu dianjurkan.
Satu lagi pasal pra sekolah ni, saya suka sangat keadaan pra yang tak paksa kami belajar pun hihi. Main dan tengok cerita. Selalunya saya tengok cerita hantu dengan kawan kawan. Tahun 2002 pra sekolah duduk bahagian belakang sekolah. Pra lama lah kiranya. Tahun depannya dah pindah ke bahagian depan dekat dengan pintu pagar sekolah.
Banyak pula kenangan pasal pra sekolah kan. Itu belum lagi cakap pasal darjah 1 hingga 6. Takpelah mungkin lain kali in shaa Allah. Tadi masa saya lalu tu, saya berhenti kejap depan sekolah dan ambil gambar. Memang setiap kali lalu saya akan duduk sekejap depan sekolah dan ingat balik kenangan lama.
Tadi sambil duduk depan sekolah sambil borak dengan adik saya. Saja lah nak imbas balik kan memori lama. Adik saya pun sempat belajar situ sebelum pindah ke sekolah Umi pula. Apa lah khabar guru guru saya dulu. Cikgu Balkis Abdullah, Teacher Azura dan ramai lagi. Semoga semua sihat sihat belaka. Aamiin in shaa Allah.
Dulu tempat ni tempat kami buang sampah. Selalu terserempak dengan khinzir pink ya. At least boleh lah tengok belakang dia. Sekarang dah tak ada orang buang sampah dah dekat situ. Tepi tepi dia pun dah ada kedai. Dulu hutan saja. Sedapnya tengok lembu tu makan.
No comments:
Post a Comment