السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pejam celik pejam celik, dah setahun berlalu sejak saya menjalani ROS di Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Periok. Rasa macam baru saja. Kenangan di sana tak pernah saya lupakan. Saya rasa itu adalah antara pengalaman terindah dalam hidup saya.
Masa tu saya punyalah rasa nervous sebab tak pernah terdedah dengan suasana sekolah. Tapi alhamdulillah warga sekolah sangat sangat baik dan banyak bimbing saya. Pelajar pelajar pun baik sangat sangat.
Pengalaman di SMK Gual Periok banyak membantu saya dalam menjalani praktikal di SAM Rawang. Saya ingat lagi setiap pagi saya drive ke SMK Gual Periok. Pertama kali nak jejakkan kaki dan tayar kereta di sekolah tu, takut sangat sangat sampaikan saya rasa nak balik ke rumah semula.
Tapi saya terpaksa kuatkan diri dan parking kereta kahkah. Lepas tu saya ke pejabat terus untuk lapor diri. Nasib baiklah ada kawan Umi saya iaitu Ustazah Zubaidah. Beliau banyak juga membantu saya sepanjang di sana. Sekurang kurangnya saya tak rasa awkward sangat. Lepas tu saya dapat meja yang best sangat.
Saya banyak relief kelas form 2. Task yang diberikan untuk buat report antaranya kena interview pentadbir dengan ketua panitia. Selain tu, kena interview dua orang pelajar yang cemerlang akademik dan sukan. Alhamdulillah dipermudahkan.
Saya sempat interview mereka semua sebelum saya menjalani pembedahan tiroid. Lepas pembedahan tu, cikgu cikgu tak bagi saya buat kerja pun. Relief pun tak payah. Mereka serahkan kepada pelajar ROS yang baru. Mereka adalah kawan sekolah rendah saya. Tak ke lawak tu? Reunion di sekolah kahkah.
Tapi saya masuk je kelas lepas tu. Tapi tak boleh cakap kuat kuat. Okay kita tolak tepi dulu lah pasal tu. Saya suka sangat dapat jumpa dengan kawan sekolah saya tu. Dah lama lah kiranya kami tak jumpa. Lepas habis darjah 6, terus tak jumpa.
Saya bawa bekal hari hari, dan saya makan dengan mereka sebab bekal saya banyak sangat sangat kahkah. Biasanya saya makan sorang sorang saja. Hmm apa lagi ya? Saya dapat banyak pengalaman baru. Berkawan dengan pekerja sekolah, borak dengan pelajar.
Dari segi pedagogi pun, saya dapat manfaat juga sebab saya masuk kelas Ustazah Zubaidah dan Ustazah Azizon untuk tengok cara mereka mengajar. Itupun kena tulis dalam report. Persekitaran sekolah pun termasuk juga. Sejarah sekolah, semualah. Saya pun tak tahu kenapa nak kena buat tapi saya ikut sajalah.
Saya sertai majlis kemerdekaan, jaga pelajar exam dan sebagainya. Untuk tempoh sebulan duduk situ, kira banyak jugalah pengalamannya kan. Alhamdulillah. Saya sedih sangat bila dah nak habis ROS dekat situ.
Hari sebelum last, saya jamu cikgu cikgu dengan pekerja makan kuih yang Umi saya tempah khas untuk mereka. Saya letak dalam bilik guru perempuan, bilik guru lelaki, bagi jaga dan pekerja juga. Banyak Umi saya tempah.
Saya bagi hadiah khas juga untuk pentadbir dan guru pembimbing. Saya berkawan dengan kerani, baik sangat. Rupa rupanya makcik senior kos TASL saya. Kecil saja dunia ni kan. Ohh satu lagi selalu ada jamuan makan makan di bilik guru. Best!
Hari last saya, cikgu buat jamuan khas di bilik guru perempuan dan makanan banyak sangat! Saya sempat lah ambil gambar dengan guru guru dan kawan ROS saya. Ohh mereka pelajar USM Pulau Pinang.
Hmm okaylah setakat itu saja coretan saya kali ini. Kalau nak cakap semua pengalaman dekat situ memang tak habis lah. Okay last sekali, lepas pembedahan saya tu, Abah saya yang hantar saya ke sekolah. Saya dah tak drive sendiri. Hihi.
Kesimpulannya, pengalaman di sekolah itu best sangat sangat sangat. Sampai sekarang saya teringat suasananya. Okay bye! Doakan saya rajin belajar ya. Doakan urusan temuduga saya dipermudahkan. Assalamu'alaikum W.B.T.
Kalau nak baca blog saya setahun lepas pasal ROS ni, boleh tekan link ni:
https://happytogether1997.blogspot.com/2020/08/school-orientation-programme.html
No comments:
Post a Comment