Wednesday, August 26, 2020

School Orientation Programme

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum W.B.T. Apa khabar semua? Saya nak cerita serba sedikit pengalaman di sekolah semalam. Jadi, pada 25/8 saya telah memulakan R.O.S. di sekolah menengah dekat rumah. 

Seawal 7.15 pagi saya dah keluar rumah dan bertolak ke sekolah yang ambil masa empat minit lebih untuk sampai, dekat je kan? Abah dan Umi saya bertolak dulu, baru saya bertolak. Sebelum tu, saya kunci pintu rumah dan tutup pagar.

Punya nervous masa nak masuk pagar sekolah, tak rasa kaki tekan minyak ke apa. Lepas tu guard check suhu dan saya tanya dekat mana nak park kereta sebab takut terpark di tempat orang.

Hal ini demikian kerana (cewah), ada kes senior saya yang praktikum II, dia park kereta dia di parking principal. Tak ke diva tu? Hmm. Jadi baik kita ambil langkah berjaga-jaga dan bertanya kalau tak tahu.

Jadi, lepas tu saya lapor diri di pejabat walaupun kena tunggu dekat sejam sebab pengetua atau pkp tak sampai-sampai. Tapi alhamdulillah saya sabar menunggu. Yalah takkan hari pertama dah mengamuk kan. Hihi. Siap punch card lagi tahu tak. Cikgu sangat.

Lepas tu Ustazah Zubaidah tunjuk tempat untuk saya duduk iaitu di bilik Panitia Pendidikan Islam. Saya tak duduk sekali dengan cikgu lain di bilik guru. Saya pun tak tahu kenapa. Taknak bercampur dengan mereka kot. Hmm.

In shaa Allah esok saya akan bergaul sikit-sikit dengan mereka. Tapi susahlah nak jadi peramah tiba-tiba kan. Hmm tapi takpe saya cuba okay. Sepanjang hari saya duduk di bilik tu, buat soalan interview, baca majalah sekolah.

Alhamdulillah banyak maklumat yang boleh saya ambil dari majalah sekolah tu dan letak dalam report seperti misi dan visi sekolah, objektif sekolah, carta organisasi dan sebagainya. 

Lepas tu ada ustazah datang dan berborak dengan saya pasal Bahasa Arab. Namanya Ustazah Azizon Yusof. Unik kan nama dia? Dia baik sangat. Dia pun mengajar Bahasa Arab dan saya decide untuk observe kelas dia mengajar pada pukul 12.40 tengah hari pada hari yang sama.

Alhamdulillah saya selesai observe satu kelas. Tinggal lagi observe dua kelas, nak interview empat orang individu, nak ambil gambar sekolah dan banyak lagi sebenarnya benda kena buat sehingga habis empat minggu. 

Pukul 2.15 petang saya bertolak balik ke rumah selepas punch card. Jadi, semalam adalah satu pengalaman yang baru lah untuk saya. Banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki sebenarnya. Antaranya adalah kena pandai bergaul dengan orang yang tak dikenali.

Doakan saya ya. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb. Ohh ya guru pembimbing saya adalah kawan Umi saya. Hihi. Tapi saya sedaya upaya untuk tidak mengambil kesempatan walaupun Umi dan Ustazah Zubaidah saling mengenali.

Ohh satu lagi kan, saya cemburu sikit dengan kawan-kawan saya yang lain sebab kebanyakan mereka ada partner praktikum dan saya keseorangan, awkward sebab cikgu-cikgu semua sudah berusia. Paling dekat dengan saya umur awal 40-an. Sedih tak?

Tapi inilah peluang saya untuk berdikari kan? Sampai bila nak mengharapkan orang lain dan bergantung kepada mereka? Hmm kena muhasabah diri banyak-banyak. Hmm Kakyid jangan happy sangat dapat praktikum dengan Amin. Bye!

P/S: Ada majalah sekolah tahun 2013 yang mana kawan-kawan sekolah rendah saya kebanyakannya ada dalam majalah tu! Nama, gambar, nombor telefon dan sebagainya. Rasa macam reunion semalam walaupun reunion gambar je. Bye!

26/8/2020 (Wednesday)
Dalam bilik saya.

No comments:

Post a Comment