Friday, August 14, 2020

Persiapan Universiti

Walaupun lambat, tapi nak masukkan juga cerita tentang persiapan adikku untuk ke universiti. Boleh kata dua minggu tu sibuk dengan persiapan dia. 

Buka buku bank, beli cadar katil, alat tulis, makanan, alatan mandi dan sebagainya. Tapi saya kesian dengan dia sebab saya tak bagi komitmen sangat sebab masa tu musim submission assignment. 

Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Masa tu dia excited nak beli barang untuk universiti, tapi dalam masa yang sama dia sedih sebab kena tinggalkan rumah. 

Saya faham je. Macam tu jugalah saya rasa setiap kali kena balik universiti. Hari nak balik ke sana, selalu tak lalu makan. 

Cadar dia pilih corak Batman, hmm. Tapi memang cantik pun. Kalau ada lagi saya pun nak, tapi nak habis belajar dah pun. Rugi kalau beli baru. 

Di Bank Muamalat.

Curi-curi ambil gambar dia. Hihi. 

14/8/2020 (Friday)
Di atas katil. 

No comments:

Post a Comment