Sunday, August 9, 2020

My Lovely Sister

It's Finally Happening

Hanya Allah S.W.T. yang tahu betapa payahnya untuk aku merelakan, melepaskan dan meninggalkan adik perempuanku di tempat belajarnya yang nun jauh di Pahang. Aku masih tidak dapat mempercayai bahawa dia sudah besar dan sudah melangkah ke alam universiti. 

Dia adalah supporterku yang paling tegar. Di saat video nasyid kumpulanku tak mendapat sambutan, dia yang banyakkan views dan selalu nyanyi depanku. Dia yang selalu dengar radio kumpulanku yang krik-krik dan beri reaksi yang positif dan sedaya upaya menjaga hatiku. 

Tak pernah ada manusia sesupportive dirinya dalam hidupku. Di kala aku lemah dan merasakan diri aku tidak berguna, dialah satu-satunya insan yang memberiku kata-kata semangat (walaupun cliche) dan sentiasa mengingatkanku untuk berperangai baik dan senonoh.

Semalam, pendaftaran pengajian asasinya, dipenuhi dengan air mata. Dapat kulihat Abahku sebak saat melepaskan adikku pergi. Aku masih ingat setelah adikku bersalaman dengan Abah, Abah menggosok kepala adikku dengan muka yang sebak. Adik lelakiku seperti biasa saja. Tak ada perasaan pun. 

Tapi, mungkin di dalam hatinya tersimpan perasaan sedih tetapi terlalu ego untuk ditunjukkan. Hihi. Abah dan adik lelakiku terpaksa menunggu di luar pagar kerana hanya tiga orang sahaja dibenarkan masuk untuk urusan pendaftaran sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan musim COVID-19 masih belum berakhir. 

Hmm itulah yang lagi membuatkan adik perempuan sedih lalu mengeluarkan air mata tanpa henti. Umiku juga turut menangis namun sedaya upaya menyembunyikannya, kalau tidak bertambah sedihlah adikku. Setelah selesai pendaftaran dan sudah check in bilik serta mengambil matric card, maka tibalah masanya untuk kami berpisah.

Umiku sekali lagi mengalirkan air mata. Begitu juga adikku. Kerana itulah aku labelkan semalam sebagai Hari Air Mata Sedunia. Yalah, bukan senang untuk melepaskan anak dan adik kesayangan yang selama ini tidak pernah berjauhan dari keluarga. Abah Umi banyak kali berpesan supaya jaga makan supaya tidak jatuh sakit. In shaa Allah dia patuh. 

Namun aku sedikit lega kerana tempat belajarnya berdekatan dengan rumah pakcikku di Kuantan dan juga rumah Tok dan Aki di Jerantut. Senanglah kalau dia nak balik ke sana kan. Sekarang, aku dalam bilikku di rumah. Kesunyian. Tiada lagi adikku yang sentiasa menemaniku ketika aku belajar dan membuat kerja lain. 

Tiada lagi orang yang meminta aku berbuat itu ini untuknya. Tiada lagi orang yang boleh kuminta tolong buat kerja. Bagi makan kucing dan arnab, tutupkan pagar, angkatkan baju, ambilkan itu ini dan banyak lagi. Tiada lagi orang yang sama-sama pergi ke kedai dobi denganku dan makan ais-krim sama-sama sambil berbual sementara tunggu pakaian siap dibasuh.

Tiada lagi orang yang berkaraoke denganku. Walaupun suara kita tak sesedap orang lain, tapi kita sentiasa positif dengan suara dan nyanyian kita. Tiada lagi orang yang bolehku lepaskan perasaan marah dan kecewa. Mungkin masih ada (padan muka Mukhlisin). Tiada lagi orang yang dapatku luahkan perasaanku.

Tapi itulah lumrah menuntut ilmu, terpaksa berjauhan dengan keluarga. Meninggalkan rutin yang selalu dilakukan di rumah. Sekarang rumah keduanya adalah universiti. Timbalah ilmu dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa ingat harapan Abah dan Umi. Jangan kecewakan mereka. Berkawan biar berpada-pada. 

Nanti ada cuti, boleh balik. Jadi, tenang saja di sana. Enjoy your life! Ini saat yang paling ditunggu-tunggu olehmu untuk melanjutkan pelajaran di UIA, lebih-lebih lagi Gambang. In shaa Allah sentiasa cemerlang dan berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Rabb.

P/S: Jaga solat, jaga makan, jaga waktu tidur, belajar rajin-rajin dan cuba untuk jadi lebih konfiden. I know you can do it! Love you so much!

No comments:

Post a Comment