Monday, August 3, 2020

Bye Jerantut

Beautiful Moment at Tok Aki's House

Alhamdulillah, hari ini 3 Ogos 2020, sekolah dah start buka balik, Abah dan Umi mengajar, dan adikku ke tahfiz. Sekarang juga sibuk dengan persiapan adikku untuk ke universiti.

Kelmarin dulu, aku dan keluarga bertolak pulang dari rumah Tok Aki di Pahang ke rumah kami di sini. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Cuma rasa sedih bila nak balik. Yalah, balik sana pun setahun sekali sebab jauh dan komitmen kerja kedua ibu bapaku.

Bila balik, tak boleh balik lama-lama sebab sekolah pun cuti kejap je, dan banyak nyawa-nyawa berharga menunggu di rumahku seperti ikan, arnab dan kucing. Jadi, kalau tinggal lama-lama, macam mana mereka nak hidup, tak makan.

Kenangan balik raya Aidil Adha kali ini semestinya berbeza dengan sebelum ini. Abang sulungku dan abang keduaku tak ikut sama sebab komitmen kerja. Jadi hanya Abah, Umi, Alang, aku, adik perempuanku dan adik lelakiku saja yang balik.

Kakakku juga balik kampung di Pahang tapi bersama suaminya lah dari KL. Tapi rasa seronok sangat balik kali ni, walaupun sekejap. Boleh main dengan sepupu sepapatku yang masih kecil.

Boleh bergaul dengan bapak dan mak saudaraku di sana. Ada baby baru namanya Aafiyah Raihana. Comel sangat-sangat. Boleh jumpa Tok dan Aki. Cuma kekangannya adalah aku terpaksa menghadap laptop kerana aku kena submit beberapa assignment.

Dengan itu, aku tak sempat nak ambil gambar kebun Tok Aki. Sayangnya! Tapi yang aku boleh katakan adalah tak peliklah kalau Abahku dan Umiku suka sangat berkebun dan menanam sebab memang gen mereka macam tu.

Harapnya aku pun akan ada passion dalam menanam dan menjaga alam sekitar dengan memperbanyakkan pokok seperti Abah Umi dan datuk nenekku.


Ini saja yang sempat diambil.


Halaman rumah.


Bersiap untuk pulang.


Adikku bersama sepupu-sepupu.

3/8/2020 (Monday)
Dalam bilikku.

No comments:

Post a Comment