Kesian saya tengok adik lelaki saya, pergi sekolah tahfiz pukul 5 pagi, balik dekat pukul 11 malam. Setiap hari kecuali hari Jumaat. Itulah namanya dugaan.
Dugaan adik perempuanku, homesick. Nak balik rumah, padahal tak sampai seminggu lagi duduk di universiti.
Dugaan Abah dan Umiku, penat bekerja dari pagi hingga petang. Balik sekolah, kepenatan. Kesian saya tengok.
Tapi itulah lumrah kehidupan. Apa yang saya boleh buat adalah cuba untuk meringankan beban mereka.
Memberi semangat kepada adik-adik untuk meneruskan pelajaran. Agitewww. Hidup adalah dugaan tak kira siapa pun kita, dan di mana pun kita berada.
Apa dugaan saya pula? Bau tahi kucing. Hmm. Esoklah kita basuh rumah kucing. Susahlah tak ada adik perempuan saya.
Biasanya dia yang tolong bawakan air dalam baldi. Sekarang ni saya kena buat dengan Umi saya.
Takkan saya nak arah Umi untuk ambilkan air nak basuh rumah kucing tu. Jadi sekarang saya ganti tempat adik saya. Hihi.
Takpelah. Esok saya try buat sorang-sorang dulu. Kalau tak boleh baru saya minta tolong Umi.
No comments:
Post a Comment