بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah pagi-pagi diizinkan oleh Allah S.W.T. untuk menghirup udara segar. Nyaman dan sejuk sangat berserta dengan bunyi haiwan seperti ayam, cengkerik, burung dan ikan.
Ehh ikan ada bunyi ke? Hihi taklah. Bunyi ikan berenang. Suka sangat kalau boleh berkomunikasi dengan alam semulajadi. Jadi, marilah sama-sama kita menanam pokok supaya kita dapat hirup udara yang segar.
Pokok kan mengeluarkan oksigen yang mana amat diperlukan oleh manusia. Manusia pula mengeluarkan karbon dioksida yang mana amat diperlukan oleh tumbuhan.
Jadi, jom kita saling menolong antara satu sama lain. Takkan kita saja yang mahu bernafas, pokok pula? Haa jadi masing-masing punya kehidupan kan, punya tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab ini perlu dipikul dengan amanah dan jangan sesekali mencemarkan alam sekitar.
Apa yang aku merepek ni? Okaylah bye nak tidur. Dekat pukul 1 pagi dah. Dahlah assignment banyak lagi tak buat. Sekarang dah study week dah. Hmm.
Okaylah. Bye! See you.
No comments:
Post a Comment