Saturday, August 15, 2020

Dilemma

Sebenarnya saya dalam dilemma sekarang ni. Saya rindu kawan-kawan sekolah saya, tapi saya taknak jumpa mereka. Hmm macam mana tu. Mesej pun tak. Tapi diorang pun bukan mesej saya pun. Entah ingat lagi ke tak dekat kita ni. Hihi.

Saya rasa ada sebab diorang tak mesej saya. Sebab sebelum ni kalau diorang mesej, saya tak reply. Kalau reply pun, mesti lambat. Jadi mungkin diorang dah tak ada mood nak berhubung dengan saya. Tapi saya tak kisah pun. 

Tapi saya ada sebab saya sendiri kenapa saya susah sangat nak balas mesej diorang. Sebabnya selalunya diorang mesej saya masa saya sibuk dengan assignment atau tengah exam.

Saya pun tak faham kenapa masa tu jugalah diorang nak mesej. Tapi, salah saya juga, boleh je saya balas sebenarnya kan. Hmm. Takpelah. Lagipun saya taknak berharap sangat pada kawan, dan saya tak ada kawan yang rapat pun.

Abah Umi selalu pesan berkawan jangan berlebihan, biar berkado. Kalau ada masalah apa-apa, jangan cerita dekat diorang. Serapat manapun kita dengan kawan, mereka tetap orang asing dalam hidup kita. Mereka bukan keluarga kita.

Kalau mereka tahu banyak pasal kita, kelemahan kita, kemungkinan mereka akan gunakan untuk menjatuhkan kita suatu hari nanti.

Jangan percaya sangat pada kawan. Depan kita mungkin mereka buat baik, cakap benda baik-baik, tapi kita tak tahu apa dia cakap belakang kita dekat orang lain.

Manusia kan. Takkan berpisah dari dosa. Hmm okaylah. Jangan marah pula. Saya bercakap pasal realiti. Berapa banyak dapat kita lihat sekarang, kawan dikhianati oleh kawan baik sendiri. 

Jadi, jangan share benda peribadi dengan mereka, kelemahan kita, masalah keluarga kita dan sebagainya. Kalau dah tercerita, tak apa. Yang penting, lepas ni jangan cerita lagi.

Kalau kawan kita pula yang cerita dekat kita tentang masalah dia, kita setakat dengar saja, jangan cerita dekat orang lain. Biarlah kita orang terakhir yang tahu pasal masalah dia.

Jangan gatal bawa mulut ke mana-mana. Maksudnya, janganlah bawa cerita ke situ ke sini, cerita dekat orang tu dekat orang ni. Dan jangan sesekali buka aib orang lain. 

Sekian. 

No comments:

Post a Comment