Friday, August 14, 2020

Abangku

Dua hari lepas, Alang bagitahu Umi Alang nak sambung belajar di salah satu negeri di Malaysia. Masa tu Umi di sekolah, Alang call lah kot. Jadi, lepas balik sekolah, Umi, saya dan Alang pergi beli tiket bas. 

Kemudian beli jubah Alang dua helai, beli t-shirt putih tiga helai, beli barang mandian dan minyak Mastika dan semuanyalah. Semuanya dibuat last minute tapi alhamdulillah dipermudahkan. Terima kasih ya Allah.

Malam tu, lepas solat Isyak, kami bersiap dan Alang salam dengan Abah sebelum naik kereta. Saya dan Umi hantar Alang ke stesen bas. Kejap je tunggu, lepas tu bas dah sampai. 

Ceritanya adalah, masa saya dan Umi salam dengan Alang, saya dah rasa sebak dah sebenarnya. Bila Alang dah bertolak, saya dan Umi pun naik kereta nak baliklah. Lepas tu saya nangis masa bawak kereta.

Mana tak sedihnya, seumur hidup saya, ini kali pertama Alang duduk di rumah lebih dari 10 hari iaitu 4 bulan, start dari PKP hari tu. Itupun ngam ngam dengan Alang habis belajar. Alhamdulillah dipermudahkan. 

Jadi, saya dah rasa sayang lebih dekat Alang. Walaupun Alang tak cakap banyak, tapi ilmu dia banyak sangat. Kalau tanya apa apa, alhamdulillah dia boleh jawab. Memang Alang ada bagitahu, lepas habis belajar kitab, Alang nak sambung belajar di Pakistan.

Tapi qadarullah, musim COVID-19, tak boleh ke luar negara. Jadi, Alang buat keputusan untuk sambung belajar dulu dalam negara. Itupun tahfiz tu nak ambil seorang je lagi pelajar, kalau dah penuh, Alang kena balik semula lah. 

Semoga dipermudahkan urusan Alang dalam apa saja Alang buat, termasuklah untuk sambung belajar dan berjaya di dunia dan di akhirat. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL ALAMIN. 

Semoga dipermudahkan juga urusan kerja Along dan Angah. Semoga dipermudahkan segala urusan semua ahli keluargaku. Aamiin ya Rabb.

Bye!

No comments:

Post a Comment