Saya happy bila adik perempuan saya create blog dia sendiri. Saya yakin dia dah lama nak buat blog, cuma tak tahu macam mana caranya. Lagipun sebelum ni dia tak ada handphone atau laptop. Sekarang dah ada, dia pun dah start buat blog.
Saya memang syorkan buat blog ni sebab saya rasa ia berguna untuk simpan kenangan. Bayangkan, dia start buat blog umur 18 dan terus buat sampai umur 30. Jadi, dia boleh tengok dan baca balik apa yang dia tulis sepanjang 12 tahun tu.
Apa yang dia lalui, apa yang dia rasa tentang sesuatu benda, semua tu lah. Saya start buat blog lambat sikit, iaitu tahun 2019. Itupun akhir-akhir tahun, guna WordPress. Lepas tu saya tukar ke Blogger. Setakat ni saya masih semangat lah buat blog.
Macam saya, saya suka tengok kenangan lama saya macam diari saya, tulisan saya, gambar saya dan keluarga. Ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila kita tengok dan ingat kenangan lama-lama.
Harapnya sampailah apa yang saya cuba nyatakan ni. Hihi. Satu lagi, saya rasa dengan tulis blog, kita dapat isi masa dengan perkara yang berfaedah. Takde lah kita nak buat benda-benda mengarut.
Disebabkan saya dan adik saya tak ada platform lain untuk bersosial, jadi saya rasa penggunaan blog ni berguna sangat. Jadi saya syorkan semua untuk buat blog. Hmm okaylah sampai di sini dulu coretan saya.
Bye!
No comments:
Post a Comment