Thursday, August 6, 2020

Police Report

Hmm tak pasal-pasal kena pergi balai polis untuk buat report beg duit hilang. Tapi saya tak ingat pun beg duit tu hilang di mana. Last saya tengok dalam kereta masa pergi dobi kain. Masa nak guna IC baru perasan beg duit tak ada.

Disebabkan ada IC dan kad bank dalam tu, terpaksalah saya buat report polis supaya tak ada perkara yang diingini berlaku. Yang saya sedihnya adalah beg duit tu saya sayang sangat, pemberian kakak saya. Dah hampir empat tahun saya guna.

Satu lagi, kad matrik universiti saya ada dalam tu. Hmm dahlah dah nak habis belajar. Macam membazir je kalau kena buat yang baru. Tapi terpaksalah buat baru kan untuk kepentingan pelajaran saya juga.

Library UIA kalau nak masuk kena ada kad matrik. Saya rasa menyesal sebab cuai. Kan dah menyusahkan Abah Umi saya. Kad bank saya dah diblocked. Tadi dah call center bank tu. RM80 melayang sebab kena denda masa buat IC baru. Hihi.

Jadi peringatannya adalah lain kali jangan cuai. Okaylah bye dulu! Saya kena translate cerita Hayy Ibn Yaqzan subjek Classical Prose Texts.

P/S: Ada abang polis muka iras-iras Hisyam Hamid. Uishhh bahaya lah. 

Bye!

Update:

Rupanya beg duit saya ada dalam kereta. Seseorang terletak beg duit saya bawah driver seat masa nak service kereta satu lagi. Alhamdulillah dah jumpa walaupun lepas dah siap buat baru semua kad. Banyak bulan jugalah 'hilang' beg tu. Rasanya dah banyak kali cari dalam kereta tu tapi tak jumpa pun. 

Satu hari Umi saya suruh kemas kereta tu sebab nak basuh kereta di kedai. Saya dengan terpaksanya kahkah pergi lah kemas. Tengah tengah kemas tiba tiba ternampak kelibat beg duit saya. Woww! Terima kasih ya Allah. 

Itu saja. Bye!

No comments:

Post a Comment