Wednesday, August 26, 2020

Last Appointment

A Super Scary Moment


Hari ni adalah appointment terakhir dengan doktor pakar sebelum pembedahan pada 9/9/2020 nanti in shaa Allah. Alhamdulillah tak lama sangat menunggu giliran walaupun ramai orang.

Baru tahu memang ramai orang sakit sebenarnya. Penyakitnya bermacam-macam jenis lah. Saya bersyulur kerana masih diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan seperti biasa tanpa apa-apa halangan.

Jadi berbalik kepada cerita tadi, doktor kata nak masukkan kamera dalam tekak untuk tengok peti suara saya supaya pihak mereka boleh tengok perbezaan peti suara sebelum dan selepas pembedahan.

Jadi kalau ada apa-apa perbezaan yang ketara, mereka akan refer kepada pakarlah. Saya punya takut sebab tak tahu dia nak masukkan besi tu macam mana kan. Rupanya sekejap je, dia tarik lidah dan suruh nganga mulut luas-luas dan kena sebut huruf e. 

Hal ini demikian kerana kebiasaannya mereka yang menjalani pembedahan tiroid akan menghadapi risiko suara menjadi serak, sama ada sementara atau selamanya. Minta dijauhkan. Saya sayang suara saya. Boleh duet dengan Usop dah. Tiber. 

Lepas tu siap! Simple kan? Hihi. Lain kali jangan takut awal-awal. Doktor tu baik sangat. Dia doakan semoga pembedahan saya berjalan dengan lancarnya. Aamiin ya Rabb. Lepas tu saya minta MC untuk tunjuk dekat PKP esok dan juga email ke pejabat kulliyyah. 

Walaupun saya tahu saya akan habis R.O.S. lebih lambat dari kawan-kawan yang lain kerana pembedahan ni, tapi saya percaya semua ini aturan Allah S.W.T. yang sudah tertulis sejak azali lagi.

Inilah takdir saya. Saya tak akan bandingkan dengan orang lain sebab semua orang mempunyai jalan hidup dan dugaan yang berbeza. Itu memang ketentuan Allah S.W.T. Jadi, teruskan berdoa dan jangan berputus asa.

Esok saya akan kembali ke sekolah seperti biasa, in shaa Allah. Biasa tu baru sehari kahkah. In shaa Allah dipermudahkan. Semoga Allah bagi saya kekuatan untuk bergaul dengan warga sekolah dan menjalankan tugas saya dengan lancar dan sempurna. 

26/8/2020 (Wednesday)
Di meja belajar. 

No comments:

Post a Comment