Sunday, October 31, 2021

Mama Sya Baju!

Saya ada cerita lawak. Semalam saya berborak dengan anak saudara saya, Iman. Saya cerita pasal pembedahan tiroid saya. Saya cerita lah saya kena jahit dekat tekak, dengan penuh dramatiknya. Lepas tu dia gelak dan dia kata, "Mama Sya baju!". Hmm. Dia ingat baju saja ke yang kena jahit kahkah. Okay bye!

Sekian cerita yang sangat lah lawak ini. Enjoy! Have a productive day.

Friday, October 29, 2021

Kakyid Nak Kahwin

Berita tergempar!

Kakyid kawan kelas universiti saya dah nak kahwin! Tahniah kakyid! I'm happy for you. Tarikh kahwinnya 4 November 2021. What a nice date. Kiranya kakyid orang ketiga yang kahwin dalam batch saya. 

Apapun semoga perkahwinan kakyid diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Semoga kakyid dan pasangan bahagia hingga ke syurga dan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Aamiin ya Rabb.

Bye!

Tuesday, October 26, 2021

Favorite Youtubers (October 2021)

1. Zhafira Aqyla

Channel ni saya suka sangat sangat walaupun saya baru discover dia dalam seminggu dua. Bagi saya pemilik channel ni iaitu Zhafira sangat educated dan matang walaupun baru berumur 21 tahun. Dia orang Indonesia dan tinggal di Jepun. Belajar dekat sana dan sekarang dah habis degree dan jadi research student. Channel dia banyak ke arah motivasi lah. Dia encourage viewer dia untuk belajar. Wow sesuai dengan saya kan.

2. PlanD

Dia seorang wanita Korea yang dah bekerja. Tema dia punya channel adalah memasak dan menjahit sebab memang kerjaya dia adalah menjahit. Nampak educated dan elegant. Saya suka sangat. Kehidupan dia pun nampak realistik. Saya suka tengok rumah dia terutamanya tempat menjahit. Saya harap satu hari nanti saya akan miliki kemahiran menjahit juga in shaa Allah.

Random Pictures

Iman dan Abdurrahman.
Kelas seni, bermain dengan adunan tepung beras.
I'm fully vaccinated but no picture. Ini saja gambar kenangan di pusat vaksin.
Tunggu 15 minit sebelum balik.
Totally disaster! Almari tempat letak periuk dan tupperware musnah.
Inilah rupanya gambar raya bersama anak buah ya tuan puan. Bertabah sajalah.
Adikku sayang muka penat tapi excited sebab dapat ke UIA.
Masa ni teman saya ambil barang di mahallah. Jun 2021.
Mama Sya dan Abdurrahman bersama kucing siapakah?
Abdurrahman, Mama Da dan Iman!
Paksu dan Abdurrahman!

Paksu tolong Tokmi sediakan bahan bahan untuk laksa Penang.
Abdurrahman.
Abdurrahman, manusia paling ego pernah saya kenal kahkah.

Academic Excellence Award

KOED Academic Excellence Award

What did the Dean say to me? I couldn't remember. So nervous!
Smile!
Did I stand too close to her?
Kak Izzah, Irham, Amar, me and Anis.
Anis!

It was such an honor for me to be receiving this award. Thanks Allah for everything. Gonna miss this moment forever. The same day which the UPSR result was announced and my youngest brother got 6A's! Alhamdulillah. So happy for him. My younger sister was preparing for SPM at that time. Alhamdulillah she also got excellent result, 8A's 1B. Mathematics? Absolutely her permanent and eternal enemy. Bye!

Syahadah must be so nervous huh.
Her bestfriend Anis was among the best students of MMRP.
الحمدلله، هذا من فضل ربنا
My baby Mukhlisin was so small compared to now.
P/S: Just for memories, so that we can look back to our good old days and get motivated to achieve future goals in shaa Allah. May Allah S.W.T. bless all of us. Aamiin ya Rabb.

2.16 AM (26/10/2021)
My beloved room.

Kenangan Classmate TASL


Assalamu'alaikum W.B.T. Pada hari Ahad yang lepas, sepatutnya saya dan kawan kawan sekelas universiti bergambar melalui Google Meet. Tapi saya tak join. Saya memang taknak join pun, dan malam itu saya tertidur. Bergambarnya pukul 9 malam dan saya terbangun daripada tidur petang pada pukul 10 lebih. Saya buka internet, ada missed call dari Zai dan mesej dari Najwa dan Fatin. Mereka tanya saya nak join ke tak. Tapi itulah, dah terlambat untuk jawab. Saya mengaku memang salah saya sebab tak bagitahu mereka awal awal. Yang tak join adalah saya dan Faiz. 

Haa untuk pengetahun, saya satu batch dah dapat anak saudara kedua batch kami, iaitu anak Zai! Alhamdulillah Zai selamat melahirkan anak perempuan dua hari yang lepas. Masa sesi bergambar ni dia masih mengandung. Semoga dipermudahkan urusan Zai dan suami. Selamat berpantang! Anak saudara pertama batch kami iaitu anak kak Izzah dah besar dah. Lahir bulan Januari haritu, rasanya dah boleh jalan kot. Saya pun tak pasti sebab dah lama tak contact.

Saya rindu Naaim! Kalau saya pergi Langkawi saya nak jumpa Naaim. In shaa Allah kalau ada rezeki jumpa, bolehlah jumpa ya. Lagipun dia ada homestay di sana. Jadi bolehlah bermalam di homestay Naaim kalau pergi Pulau Langkawi. Naaim adalah antara insan yang mengubah persepsi saya terhadap orang Kedah. Boleh kata dari persepsi yang kurang menyenangkan menjadi persepsi yang lebih positif. Terima kasih Naaim!

Batch kami asalnya ada 20 orang sahaja. Tapi lepas tu jadi 21 orang sebab tambah kak Nabila Syakirah. Dia sebenarnya batch bawah saya. Tapi dia transfer kredit dari diploma dan akhirnya sekelas dengan kami. Saya suka perwatakan dia yang nampak bengis dan tegas. Tapi baik saja orangnya. Dia pernah juga tumpangkan saya balik ke mahallah dengan kereta dia. Saya ingat lagi kereta Perodua Axia warna merah menyala. Masa nak turun saya cakap terima kasih dan salam tangan dia. Lepas tu dia gelak. Haa masa tu belum muncul lagi cik corona ya.

Tak lupa kepada kawan sekumpulan saya yang setia dari awal sem hingga akhir sem, iaitu Zai, Najwa, Anis dan Ain. Kalau kumpulan kena tiga orang, saya, Zai dan Najwa lah. Kalau kumpulan kena lima orang, haa tambah Anis dan Ain. Disebabkan kami banyak buat kerja dan assignment berkumpulan bersama, lama lama kami faham karakter masing masing dalam buat kerja. Jadi makin senanglah alhamdulillah. Mereka insan yang hebat hebat belaka. Terima kasih ya Allah kerana menghantar kawan kawan yang bisa memahamiku, at least dalam buat assignment.

Okaylah saya rasa sampai di sini dulu coretan saya yang acah acah macam speech menang award. Semoga kawan kawan saya sentiasa di bawah lidungan Allah dan dipermudahkan segala urusan mereka. Saya berdoa agar mereka dapat menjadi guru secepat yang mungkin, posting secepat yang mungkin dan menjadi guru yang hebat dan rajin yang berbakti sepenuhnya dan seikhlas hati dalam membentuk pelajar pelajar sebagai insan yang seimbang dari segi fizikal, rohani dan jasmani.

Aamiin ya Rabb.

Fun Fact

Excavator

Perkataan ini saya kenal pada 20 Oktober 2021. Di saat umurku 23 tahun, kurang dari sebulan sebelum menginjak 24 tahun. Terima kasih. 


12.57 AM (26/10/2021)
Dalam bilikku.

Monday, October 25, 2021

Iman Abdurrahman Main Bola


Tadi petang aku melayan dua anak saudaraku ini main bola di ruang tamu. Yang pink tu Ayah Cik dan Mama Iqa baru beli. Abdurrahman punya dah berzaman lamanya. Kakakku dan abang iparku dah balik ke rumah mereka di Nilai semalam. Bertolak pukul 11 malam lebih juga. Sampai sana dalam pukul 9 pagi kot sebab berhenti di rnr Gua Musang. 

Tak apalah. Biar lambat asal selamat. Sampai saja dekat sana terus ke hospital untuk temujanji. Allahu sibuk benar hidupnya ya. Semoga dipermudahkan. Suasana sedih semalam menyulubungi rumahku masa nak melepaskan kakakku dan abang iparku pergi. Yalah tak tahu bila pula boleh balik. Dua dua kerja, jadi susah sikit nak set time. 

Saya pula tak ada mood semalam sebab sakit gigi. Abah pesan dekat Abe Cik kalau penat atau mengantuk, berhenti sekejap dan rehat. Orang Kelantan cakap 'jange dok kace'. Memang berhenti lah, 3 jam pula tu untuk tidur kahkah. Baik lambat kan, biar selamat. Hmm okaylah saya nak solat Isyak. Bye!

P/S: Jenuh nak melayan dua orang kanak kanak yang comel dan busyuk masyam itu menangis. Hari menangis sedunia agaknya harini. Asyik nangis saja. Sakit telinga saya. 

Sunday, October 24, 2021

Sejarah Mungkin Berulang


23 Oktober 2021

Abi dan Umi belikan Iman dan Abdurrahman mainan excavator. Cantik sangat! Masalahnya sekarang yang lagi excited adalah Paksu. Dia beria main yang Abdurrahman punya. Nasib baik dia bagi. Iman punya awal lagi tak boleh sentuh kahkah. 

Comel sangat Iman dan Abdurrahman. Saya rasa macam mereka membesar cepat sangat. Iman bercakap lancar sangat sangat. Abdurahman lancar juga, cuma kadang kadang adalah emm emm emm. Tak sepetah kakaknya lah. Tapi okaylah untuk umur dia.

Sekarang Iman banyak main dengan Mama Da dan Paksu. Saya pun tak tahu kenapa dia tak suka saya sekarang, haha. Dulu masa kecil sikit bukan main semua nak Mama Sya. Basuh berak pun nak Mama Sya, taknak orang lain. Tapi sekarang tak sayang saya! Kalau saya panggil taknak jawab. Suruh mandi taknak. Kalau orang lain suruh, nak pula.

Sekarang Abdurrahman pula macam kakaknya dulu. Manja terlebih dengan saya. Semua nak Mama Sya. Pakaikan baju ke, mandikan ke. Jadi saya tak adalah beria sangat sebab nanti dia besar sikit lagi, mungkin jadi macam kakaknya juga. Saya tak mahu lah sejarah berulang. Kadang kadang saya sedih juga haha, tapi biasalah budak budak kan.

Sekarang ada Mama Iqa dengan Ayah Cik. Sukalah tu dapat makan ais krim selalu. Haha cutelah. Selalu ajak Ayah Cik naik kereta nak beli ais krim. Ayah Cik pun layanlah. Lagipun bukan selalu dapat balik kan.  

24 Oktober 2021

Sekarang saya berada di Hospital Lati untuk vaksin adik bongsu saya, Shin. Saya tunggu dalam kereta saja sambil buat blog. Umi dan Syadah turun sekali, tunggu adik vaksin. Saya beria bawa laptop sebab hajatnya nak study lah. Tapi itulah. 

Saya tak ada mood sangat sekarang sebab tengah sakit gigi. Dari semalam sakit, makan pun susah. Gusi saya membengkak. Gigi tak boleh rapatkan pun. Bersabar sajalah kan. Bukan selalu diuji dengan sakit. Saya tengah tulis blog sambil dengar lagu Wany Hasrita dan Jamal Abdillah, Belenggu Rindu. Okaylah bye! Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Doakan saya!

12.34 tengah hari
Dalam kereta.

Saturday, October 23, 2021

Bergambar Bersama Excavator

 

22 Oktober 2021

Lepas Zuhur, Abah, Umi, saya, Shin, Iman dan Abdurrahman makan angin di jalan yang baru dibina. Naik keretalah, bukan jalan kaki. Syadah tak ikut sebab dia ada kelas. Kesian. 

Panjang sangat jalan baru ni. Saya pernah lalu dengan Abah dan Shin masa naik basikal haritu. Ni kira kali kedua lah. Itupun masih rasa panjang sangat sangat. Rasa tenang juga sebab tak ada orang lalu. Kalau ada pun satu dua kereta saja. Motor pun ada. 

Tengah tengah jalan jumpa pula excavator. Kegemaran anak anak saudaraku. Apa lagi, berhenti kereta dan ambil gambar buat kenangan lah. Biasanya main yang mainan kecil kecil saja. Kali ini dapat peluang tengok yang real dan besar. Besarnya sampai Abdurrahman takut. 

Jalan tu berakhir di Lubok Jong. Alang alang, kami berhenti di Pantai Timur Lubok Jong. Abah dan Umi saja yang turun sebab saya pakai tak senonoh sangat kahkah. Abah dan Umi beli dua kipas, untuk bilik saya dan Shin. Lagi beli dapur kecil dan barang barang dapurlah.

Sementara tunggu Abah dan Umi, kami karaoke dalam kereta. Challenge suara paling tinggi. Antara lagu yang kami nyanyi adalah Romancinta, She's Gone, Hilangkanlah dan banyak lagi lah. Jenuh juga saya nak melayan Iman dan Abdurrahman sebab takut mereka bosan duduk dalam kereta saja.

Balik rumah saya terus assemble kipas untuk bilik saya. Cantik sangat! Warna hitam harganya RM219. Shin punya yang dah siap sedia ada sebab ambil dekat dia display sebab stok dah habis. Harga lebih kurang kot saya pun tak pasti juga. 

Saya punya jenama adalah Sino. Pertama kali saya dengar sebenarnya. Tak tahulah kenapa rasa berdosa dengar jenama ni kahkah. Saya suka sangat sekarang sebab semua ahli keluarga saya ada di rumah sekarang. Macam raya pula gayanya. Kakak saya balik rumah mentua dia esok rasanya. Seminggu juga duduk sini.

Okaylah sampai di sini dulu blog saya untuk kali ini. Saya nak simpan kenangan excavator dekat sini sebenarnya. Boleh lah anak anak buah kesayangan saya tengok balik suatu hari nanti. Ohh aku pernah bergambar dengan keto keh rupanya. Hmm okaylah bye!

23 Oktober 2021 (9.44 malam)
Atas katil bilikku. 

Thursday, October 21, 2021

21 October 2021

Hari yang mendung. Dari pagi lagi hujan renyai renyai. Alhamdulillah dapatlah tanaman Abah Umi mandi ya. Saya pun rasa sejuk sangat sekarang. Abe Cik, Kakcik dan Syadah on the way ke rumah Mok untuk ambil Iman dan Abdurrahman. Yalah balik jarang jarang kan mesti nak jumpa. Yang Syadah menyibuk tu kenapa pula. Haha okay gurau saja. 

Saya belum makan. Saya lapar tapi malas makan. Macam mana tu? Tadi saya, Kakcik dan Syadah tolong Umi masak! Hihi. Bagus tak anak anak perempuan Umi? 

Hmm okaylah saya nak pergi luar kejap. Umi saya minta tolong ambil something dalam kereta. Bye! Have a nice and productive day!

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb. Nur Izzuddin! Soh Wooi Yik! Aaron Chia! Lee Zii Jia! Momota! Tiber... Bye!

Update: 10.46 PM

Iman dan Paksu.

Abdurrahman.

Wednesday, October 20, 2021

Tutup Restoran

Assalamu'alaikum W.B.T.

Saya ada berita sedih! Setelah sekian lama saya mengusahakan restoran saya, akhirnya saya terpaksa tutup dan menghentikan operasi serta merta. Saya terpaksa kerana tak cukup masa untuk menguruskan restoran ini. Saya ada kedai pizza lagi. Kedai tofu lagi. Jadi saya kena lepaskan mana mana kedai supaya saya dapat fokus sepenuhnya kepada perniagaan tertentu. Kerana terpaksa aku relakan. Tak apalah. Kalau ada rezeki lagi saya akan buka kembali kedai makan saya ini. Doakan saya. 

Bye. Have a good day!

Suprise

19 Oktober 2021, dekat pukul 4 petang, saya dan Syadah pergi ke dobi untuk basuh tiga toto. Lepas tu beli lauk dan barang yang Umi pesan. Balik balik rumah, terkejut nampak kereta kakak dan abang ipar saya tersadai depan rumah. 

What! Tak bagitahu pun nak balik. Tahu tahu dah sampai. Tapi alhamdulillah selamat perjalanan balik dari KL ke sini. Masa tu dah dekat pukul 7 malam dah. Tahu tak kakak saya bawa balik biskut! Sedap! 

Sekarang pukul 1.49 pagi, 20 Oktober 2021, kakak saya sedang bekerja. Hihi. Dia sekarang shif malam. Kerja secara online. Selama ni dengar dari mulut dia saja macam mana proses dia bekerja. Harini berkesempatan untuk tengok sendiri. 

Menarik juga. Tapi saya tak sehebat dia. Saya tak boleh kerja macam tu. Masih perlukan pengalaman hidup dan ilmu yang lebih banyak kahkah. Apa yang saya cakap ni? Hmm okaylah. Bye saya nak tidur. Sweet dreams!

P/S: Last kakak saya balik sini masa raya tahun lepas. Kiranya lebih setahun setengah lah. Lama kan? Yalah PKP kan. Rentas negeri tak dibenarkan. Alhamdulillah ada rezeki dapat balik kampung. Nanti dia nak balik rumah mentua di Johor pula, in shaa Allah. 

Tuesday, October 19, 2021

Kenangan 2013

Comel tak saya?
Posing jenis apakah ini?
Rutin harian Shin dulu, tengok YouTube.
Tengoklah Shin masa umur 6 tahun! Cute kan? Comel sangat saya rasa. At least bagi saya sebagai seorang kakak, dia comel lah kahkah. Gigih kakak saya pakaikan Shin kain pelikat. Sekarang umur dah 14 tahun pandai pakai kain pelikat sendiri lah. Hihi.

In shaa Allah tak lama lagi Shin akan jadi hafiz quran. Semuanya dengan izin Allah. Harapnya tak lama lagi boleh lah saya makan pizza. Sekarang dia tinggi dari saya! Antara adik beradik saya, Shin yang kedua tertinggi. Paling tinggi adalah Along. Setakat inilah. Tak tahulah kalau Shin bertambah tinggi lagi.  

Hmm okaylah saya nak tidur. Dah pukul 1.41 pagi. Doakan saya bangun awal esok. Hihi. 

Monday, October 18, 2021

18 October 2021

Assalamu'alaikum W.B.T. Selamat petang! Sekarang pukul 3.45 petang, hari Isnin. Tahu tak menu apa yang Umi masak harini? Ikan siakap tiga rasa! Dah lama saya tak makan lauk ni. Last rasanya makan di New Horizon. Sedap sangat Umi buat. Alhamdulillah. Dua kali saya tambah nasi tadi. Hihi. 

Sekarang dah masuk minggu kedua degree. Alhamdulillah saya happy tengok Syadah menjalani kehidupan degree setakat ini. Nampak bersemangat. Shin pula kelas dia setiap pagi pukul 7. Lepas kelas mesti melukis. Itulah rutin hariannya. Mengaji, melukis depan tv, makan dan main dengan Syadah dan saya. 

Saya? Hmm tak payah cakaplah. Saya tahu makan saja kahkah. Doakan lah saya rajin membaca ya. Hmm okaylah saya nak pergi dapur nak tengok Umi buat kuih tepung pelita.

Bye!

Friday, October 15, 2021

Mini Jidin

Assalamu'alaikum W.B.T. Selamat pagi! Hari ni dah masuk pertengahan bulan Oktober. Cepatnya kan masa berlalu? Saya tak baca apa apa lagi, ya Allah! Tolonglah aku! Kuatkan diriku untuk belajar! 

Okay bukan itu yang saya nak cakap dalam blog hari ni. Hihi. Saya nak cerita pasal kucing saya seekor ni. Nama dia saya bagi Jidin Kecik sebab rupa dia dan corak dia macam Jidin. Kalau kenal Jidin lah kahkah. 

Comel sangat! Jarang kucing saya corak macam Jidin dan Jidin Kecik. Dulu saya tak boleh terima tapi sekarang saya suka sangat. Perangai mereka pun sama. Kucing lain kalau kita halau sikit dah lari dah. Kalau dua ekor ni makin halau makin duduk relaks tahu tak?

Kadang kadang saya sakit hati juga tapi kadang kadang saya rasa mereka comel sangat. Hihi. Macam tak takut dekat apa apa. Haa tapi mereka takut dekat anak anak saudara saya, Iman dan Abdurrahman. Haha lawaklah setiap kali Iman dan Abdurrahman halau mereka dari masuk rumah, lari tak ingat dunia haa dua ekor tu haha.

Abah saya buat tempat duduk untuk kucing. Cute sangat. Tapi yang selalu guna Jidin Kecik lah. Hihi. Hehe alright saya nak makan dulu. Kejap lagi saya, Syadah dan Shin akan tolong Umi simpan kayu katil dalam stor. In shaa Allah. Doakan saya.

Bye! 

Thursday, October 7, 2021

Along & Kaklong

Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan yang ke-5 bagi Along dan Kaklong. Rasa macam baru saja 7/10/2016. Rupanya dah lima tahun. Mereka dikurniakan dua orang anak yang comel dan bijak alhamdulillah. In shaa Allah tahun depan tambah lagi seorang ahli keluarga kecil mereka. 

Masa abang saya kahwin, saya tak ada sekali sebab saya tengah exam di CFS. Masih asasi lagi masa tu. Bayangkan dah lama dah berlalu saat itu. Masa tu masih asasi, sekarang dah habis degree. Wah meremang bulu roma saya memikirkan masa yang bergerak dengan begitu pantas. 

Kaklong seorang yang sangat cool dan penyabar. Saya bersyukur sangat dapat kakak ipar macam Kaklong. Dia adalah kakak kepada kawan sekelas saya dan anak kepada kawan Abah saya. Masa kahwin umur dia 22 tahun dan Along umurnya 25 tahun. Muda kan? Abang saya pun boleh tahan cool juga orangnya. Anak anak mereka panggil mereka Abi dan Umi. Comel kan? Kadang kadang panggil Abi dia Bi saja. Haha. 

Semoga perkahwinan mereka sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T. Aamiin ya Rabb. Semoga keluarga mereka makin berkembang dengan sihatnya. In shaa Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka semua. 

P/S: Saya tak wish pun dekat mereka tapi saya sentiasa mendoakan mereka. Hihi. Takpe kan? Bye!

Sunday, October 3, 2021

Kenangan 2012

Assalamu'alaikum W.B.T.

Hari ni saya terjumpa gambar lama di Photos. Hihi. Masa ni rasanya tahun 2012. Saya sekeluarga hantar kakak saya ke stesen bas dekat Masjid Muhammadi. Kakak saya nak balik ke CFS Petaling Jaya. Itu memang rutin kami kalau setiap kali kakak saya balik rumah cuti sem atau mid sem, kami akan hantar dia ramai ramai ke tempat bas. Dulu bas UIA pick up pelajar dari Kota Bharu saja. Sekarang, bas pick up dari Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kota Bharu dan lain lain. Kan zaman makin moden kan. Makin senang lah jadinya alhamdulillah. 

Saya masa ni masih dalam Form 3 dan Syadah dalam Darjah 4. Memang bercita cita nak belajar di UIA juga. Terliur lah tengok kakakku belajar dekat situ. Alhamdulillah tercapai jua impian itu. Begitu juga Syadah. Esok dah start kehidupan degree nya di UIA, walaupun secara maya saja. Taaruf week dah habis dua hari lepas. 

P/S: Amboi labuh benar ya tudung adikku ini. Haha. Sekarang kalau dia tengok dia rasa malu haha. Masa tu beria dia pakai tudung labuh saya. Saya pula kakak saya pakaikan shawl dia. 

Friday, October 1, 2021

Welcome October!

Assalamu'alaikum W.B.T.

Apa khabar semua? Hari ini sudah masuk bulan baru iaitu Oktober. Memang sangat pantas masa berlalu ya tuan puan. Alhamdulillah minggu ini saya dan keluarga dapat menghabiskan masa bersama anak anak buah terchenta, Iman dan Abdurrahman. Happy sangat tengok mereka buat aktiviti. Antaranya, melukis dan mewarna guna water color. Syadah dan Shin pun join sekali lah. Termasuklah saya kahkah. 

Mereka buat kuih dengan Umi, main panah yang Abi mereka beli untuk mereka, jalan jalan di kawasan rumah, naik kereta sama sama. Hihi. Seminggu lebih juga lah mereka dekat rumah saya dan keluarga. Tadi Abi nya balik dari vaksin, terus ke sini. Rehat, makan dan bawa balik Iman dan Abdurrahman terus. Nampak lah excited nak balik jumpa Umi nya. 

Syadah tengah join Zoom, sesi perkongsian tips belajar bersama panel panel yang hebat belaka. Antaranya ada kawan saya. Hihi. Namanya Nadhirah Ishak, kawan dari asasi sampailah degree. Cuma saya tukar kos kan, dari ARCOM ke TASL, jadi dah tak belajar sekali lah. Dia di Pagoh, saya di Gombak. Lagipun dia habis setahun awal dari saya dan sedang sambung master dalam TASL. Semoga dipermudahkan urusannya. Aamiin ya Rabb.

Jadi nampaklah bersemangatnya si adikku itu. Lagipun dah nak start kelas esok lusa dah. Beria ajak aku pergi kedai nak cari buku. Maklumlah nak ikut jejak langkah panel panel hebat. In shaa Allah cemerlang. Hmm okaylah saya nak cas laptop dulu. 

P/S: Shin tengah bersemangat tengok perlawanan badminton Piala Sudirman, antara Lee Zii Jia dan Momota dari Jepun. Dia paksa saya tengok sekali. Saya dah lah nervous tengok live. Bye!

11.10 PM Saturday
Di ruang tamu.

Hari Melukis Serumah

Water Color

Shin, Abdurrahman dan Iman beraksi di pentas seni.

Cantik tak hasil karya Iman?

Wow dia lukis apa pun saya tak tahu kahkah. Abstrak!

Yang gelap Syadah punya, saya punya di sebelahnya. Cantik ke tidak?

Reading time.