Friday, October 1, 2021

Welcome October!

Assalamu'alaikum W.B.T.

Apa khabar semua? Hari ini sudah masuk bulan baru iaitu Oktober. Memang sangat pantas masa berlalu ya tuan puan. Alhamdulillah minggu ini saya dan keluarga dapat menghabiskan masa bersama anak anak buah terchenta, Iman dan Abdurrahman. Happy sangat tengok mereka buat aktiviti. Antaranya, melukis dan mewarna guna water color. Syadah dan Shin pun join sekali lah. Termasuklah saya kahkah. 

Mereka buat kuih dengan Umi, main panah yang Abi mereka beli untuk mereka, jalan jalan di kawasan rumah, naik kereta sama sama. Hihi. Seminggu lebih juga lah mereka dekat rumah saya dan keluarga. Tadi Abi nya balik dari vaksin, terus ke sini. Rehat, makan dan bawa balik Iman dan Abdurrahman terus. Nampak lah excited nak balik jumpa Umi nya. 

Syadah tengah join Zoom, sesi perkongsian tips belajar bersama panel panel yang hebat belaka. Antaranya ada kawan saya. Hihi. Namanya Nadhirah Ishak, kawan dari asasi sampailah degree. Cuma saya tukar kos kan, dari ARCOM ke TASL, jadi dah tak belajar sekali lah. Dia di Pagoh, saya di Gombak. Lagipun dia habis setahun awal dari saya dan sedang sambung master dalam TASL. Semoga dipermudahkan urusannya. Aamiin ya Rabb.

Jadi nampaklah bersemangatnya si adikku itu. Lagipun dah nak start kelas esok lusa dah. Beria ajak aku pergi kedai nak cari buku. Maklumlah nak ikut jejak langkah panel panel hebat. In shaa Allah cemerlang. Hmm okaylah saya nak cas laptop dulu. 

P/S: Shin tengah bersemangat tengok perlawanan badminton Piala Sudirman, antara Lee Zii Jia dan Momota dari Jepun. Dia paksa saya tengok sekali. Saya dah lah nervous tengok live. Bye!

11.10 PM Saturday
Di ruang tamu.

No comments:

Post a Comment