Assalamu'alaikum W.B.T. Selamat petang! Sekarang pukul 3.45 petang, hari Isnin. Tahu tak menu apa yang Umi masak harini? Ikan siakap tiga rasa! Dah lama saya tak makan lauk ni. Last rasanya makan di New Horizon. Sedap sangat Umi buat. Alhamdulillah. Dua kali saya tambah nasi tadi. Hihi.
Sekarang dah masuk minggu kedua degree. Alhamdulillah saya happy tengok Syadah menjalani kehidupan degree setakat ini. Nampak bersemangat. Shin pula kelas dia setiap pagi pukul 7. Lepas kelas mesti melukis. Itulah rutin hariannya. Mengaji, melukis depan tv, makan dan main dengan Syadah dan saya.
Saya? Hmm tak payah cakaplah. Saya tahu makan saja kahkah. Doakan lah saya rajin membaca ya. Hmm okaylah saya nak pergi dapur nak tengok Umi buat kuih tepung pelita.
Bye!
No comments:
Post a Comment