Assalamu'alaikum W.B.T. Pada hari Ahad yang lepas, sepatutnya saya dan kawan kawan sekelas universiti bergambar melalui Google Meet. Tapi saya tak join. Saya memang taknak join pun, dan malam itu saya tertidur. Bergambarnya pukul 9 malam dan saya terbangun daripada tidur petang pada pukul 10 lebih. Saya buka internet, ada missed call dari Zai dan mesej dari Najwa dan Fatin. Mereka tanya saya nak join ke tak. Tapi itulah, dah terlambat untuk jawab. Saya mengaku memang salah saya sebab tak bagitahu mereka awal awal. Yang tak join adalah saya dan Faiz.
Haa untuk pengetahun, saya satu batch dah dapat anak saudara kedua batch kami, iaitu anak Zai! Alhamdulillah Zai selamat melahirkan anak perempuan dua hari yang lepas. Masa sesi bergambar ni dia masih mengandung. Semoga dipermudahkan urusan Zai dan suami. Selamat berpantang! Anak saudara pertama batch kami iaitu anak kak Izzah dah besar dah. Lahir bulan Januari haritu, rasanya dah boleh jalan kot. Saya pun tak pasti sebab dah lama tak contact.
Saya rindu Naaim! Kalau saya pergi Langkawi saya nak jumpa Naaim. In shaa Allah kalau ada rezeki jumpa, bolehlah jumpa ya. Lagipun dia ada homestay di sana. Jadi bolehlah bermalam di homestay Naaim kalau pergi Pulau Langkawi. Naaim adalah antara insan yang mengubah persepsi saya terhadap orang Kedah. Boleh kata dari persepsi yang kurang menyenangkan menjadi persepsi yang lebih positif. Terima kasih Naaim!
Batch kami asalnya ada 20 orang sahaja. Tapi lepas tu jadi 21 orang sebab tambah kak Nabila Syakirah. Dia sebenarnya batch bawah saya. Tapi dia transfer kredit dari diploma dan akhirnya sekelas dengan kami. Saya suka perwatakan dia yang nampak bengis dan tegas. Tapi baik saja orangnya. Dia pernah juga tumpangkan saya balik ke mahallah dengan kereta dia. Saya ingat lagi kereta Perodua Axia warna merah menyala. Masa nak turun saya cakap terima kasih dan salam tangan dia. Lepas tu dia gelak. Haa masa tu belum muncul lagi cik corona ya.
Tak lupa kepada kawan sekumpulan saya yang setia dari awal sem hingga akhir sem, iaitu Zai, Najwa, Anis dan Ain. Kalau kumpulan kena tiga orang, saya, Zai dan Najwa lah. Kalau kumpulan kena lima orang, haa tambah Anis dan Ain. Disebabkan kami banyak buat kerja dan assignment berkumpulan bersama, lama lama kami faham karakter masing masing dalam buat kerja. Jadi makin senanglah alhamdulillah. Mereka insan yang hebat hebat belaka. Terima kasih ya Allah kerana menghantar kawan kawan yang bisa memahamiku, at least dalam buat assignment.
Okaylah saya rasa sampai di sini dulu coretan saya yang acah acah macam speech menang award. Semoga kawan kawan saya sentiasa di bawah lidungan Allah dan dipermudahkan segala urusan mereka. Saya berdoa agar mereka dapat menjadi guru secepat yang mungkin, posting secepat yang mungkin dan menjadi guru yang hebat dan rajin yang berbakti sepenuhnya dan seikhlas hati dalam membentuk pelajar pelajar sebagai insan yang seimbang dari segi fizikal, rohani dan jasmani.
Aamiin ya Rabb.
No comments:
Post a Comment