Assalamu'alaikum WBT.
Sehari sebelum saya balik ke Kelantan, 11/8/2023 tempoh hari, berlaku satu perkara yang mengejutkan iaitu histeria yang melibatkan pelajar asrama. Ia amatlah menakutkan. Bila saya ingat balik jeritan budak yang kena rasuk, terus meremang bulu roma saya yang teratur ini. Tambah lagi benda itu berlaku depan pintu rumah warden. Bayangkan sangat dekat dengan saya. Takut!
Cerita yang saya tahu adalah, budak itu dia jumpa Sue untuk minta kebenaran balik sempena kepulangan tak wajib. Sue yang memang umum mengetahui seorang yang tegas, tidak memberi kebenaran sebab ini budak pernah langgar peraturan asrama yang agak serious iaitu pulang bermalam tanpa kebenaran dengan memberi alasan mahu outing.
Budak itu macam reda saja. Tiada juga dia memberontak. Dia pun keluar lah dari rumah warden dan sampai saja di luar pintu, dia pengsan dan selepas terbangun dia terus menjerit macam kena rasuk. Tapi memang kena rasuk kan. Suara dia jadi garau! Dia adalah wakil penyanyi sekolah yang dikenali dengan suara yang merdu. Bila dia menjerit, hanya Allah yang tahu betapa takutnya saya ketika itu.
Saya baru lepas video call dengan Babam dan tertidur sekejap dalam bilik yang gelap. Tiba tiba terdengar jeritan dia lah. Bunyi nya sangat lah dekat. Saya ingat kan benda itu terjadi depan bilik saya. Saya terdiam sekejap, saya bangun dan kunci pintu. Mana tahu tiba tiba dia terkam dan buka pintu bilik saya. Sangat menakutkan, saya tak boleh describe. Dia bukan saja menjerit, malah mengilai. Hmm first time saya menghadapi sendiri benda begini.
Dalam 7 minit selepas kerasukan itu berlaku, saya terdengar suara suara lelaki azan, baca ayat Kursi dan ayat ayat Quran yang lain. Ngam pula ketika kejadian, Cikgu Faidal tiada di sekolah. Sambung cerita, kerasukan tidak berhenti di situ. Ia berjangkit kepada pelajar kedua yang dipercayai ada eye contact dengan pelajar pertama yang kena rasuk. Berjangkit pula kepada pelajar ketiga. Mula dari jam 10.30 malam sampailah jam 1 pagi baru selesai.
Ironinya, ketiga tiga pelajar yang dirasuk adalah pelajar yang pernah memohon untuk keluar asrama. Saya pun tidak pasti lah ada kaitan ke kejadian kerasukan itu dengan permohonan mereka untuk keluar asrama. Kejadian itu tidak berlaku di situ saja. Itu ibarat permulaan saja. Beberapa selepas kejadian, berlaku lagi kerasukan yang terjadi seminggu berturut turut. Semuanya adalah pelajar Muslim.
Ouh akhir cerita, semua pelajar yang dirasuk dibawa pulang oleh waris masing masing dan pelajar Muslim yang lain dibenarkan untuk pulang ke rumah sehingga kejadian betul betul reda. Dugaan betul kan sebelum cuti sekolah. Harap semuanya reda seperti biasa bila buka sekolah nanti. Satu lagi, ada seorang pelajar baru keluar asrama yang mana dia dakwa ada ternampak budak perempuan kecil berkeliaran di kawasan asrama. Sekian.
Rantau Panjang, Kelantan.