Wednesday, August 9, 2023

TOKOH IBU BAPA TAN2


Assalamu'alaikum WBT. 

Pada hari penyampaian AMC yang lepas, antara anugerah yang disampaikan adalah anugerah Tokoh Ibu Bapa. Ia adalah segmen terakhir bagi majlis tersebut yang mana membuatkan mata saya berair dan rasa sangat sebak. Saya kenal anak kepada ibu bapa yang merangkul tokoh ini. Anak yang baik budi bahasa, rajin dan hormat orang lain. 

Tiada yang diharapkan oleh setiap ibu bapa melainkan memiliki anak yang dapat menyejukkan hati dan memberi manfaat kepada orang lain serta berjaya dalam kehidupan. Dua anak mereka iaitu Nabil Aiman dan Fatihah Iwani kedua-keduanya mendapat 8A 1B dalam SPM 2021 dan 2022. Kedua duanya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di IPG. Alhamdulillah.

Hmm nak tulis pun saya rasa sebak. Gembiranya hati ibu bapa mereka kan. Bapa mereka seorang guru di SK Gana dan ibu mereka adalah tukang jahit yang menjahit baju saya juga hihi. Anak ketiga mereka sekarang ada di tingkatan 1 Intan dan boleh nampak juga dia punya potensi dari segi pembelajaran dan juga akhlak, alhamdulillah. 

Semoga dipermudahkan urusan Aiman dan Iwani untuk menyambung pelajaran di IPG dan menjadi guru yang terbaik in shaa Allah. Dapatlah si Iwani merasa duduk di Semenanjung sebab dia dapat IPG di Negeri Sembilan. Abangnya dapat di Sabah, cuma saya tidak pasti daerah mana. Satu orang lagi si Syakirah dapat IPG Keningau.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment