Friday, August 11, 2023

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini saya bertanggungjawab membawa empat orang anak didik ini ke SMKKM II bagi mengikuti kursus pengurusan jenazah. Mereka adalah antara yang terpilih dari segi akhlak dan kepintaran di dalam kelas. Selain itu ya, kriteria pemilihan adalah senang dikawal. Jadi mereka lah orangnya. 

Kami jalan jam 7 pagi lagi. Sebelum gerak, singgah di kantin beli makanan sebagai pengalas perut dan makan dalam kereta. Punyalah banyak cakap mereka dalam kereta. Tapi saya layankan saja sebab bukan selalu kan. Alhamdulillah kursus berjalan dengan lancarnya dan terkawal.

Tapi saya sedikit kepenatan sebab menunggu hampir empat jam. Saya ada juga tengok macam mana menguruskan jenazah tapi saya banyak duduk di luar surau sahaja sambil buat skema jawapan exam pertengahan tahun. Bila siap, terus kami balik sebab ada kepulangan tidak wajib.

Alhamdulillah satu pengalaman yang bermakna bagi mereka. Dapat lagi sijil kan. Jadi berbaloi lah mereka pergi sana walaupun mula mula saya berat hati mau bawa. Yalah apa apa kita yang bertanggungjawab kan. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment