Tuesday, August 1, 2023

KENAPA PAKSA SAYA BELI

Sekarang jam 12.37 tengah malam, 1 Ogos 2023. Saya tertidur awal tadi, jadi saya terbangun di tengah malam dengan mata yang segar bugar. Saya baru saja selesai membayar duit baju batik sebanyak RM61 kepada Kakda yang merupakan person in charge bagi menguruskan batik sekolah. Warna yang konon dipersetujui adalah warna gold. Seriously! 

Warna itu adalah warna yang diperintahkan oleh pengetua tanpa menanya persetujuan semua guru kahkah. Jenuh aku nak cari tudung warna gold. Pelik betul lah. Konon batik rasmi sekolah lah ini dan puan ingin kelainan dari sekolah lain. Hmm entahlah nak. Saya bayar saja lah walaupun terlambat sudah kahkah. Walaupun warna ini tidak direlakan, namun terpaksa ku akur. 

Cikgu Faidal awal awal lagi dia bagitahu Kakda yang dia taknak bayar. Dia taknak beli pun. Dia cakap bukan semua ada komitmen yang sama. Ya lah saya faham juga, dengan anaknya yang empat orang masih kecil, mungkin dalam fasa menstabilkan kewangan kan. Takpelah, biarlah dia menjawab dengan pengetua kahkah. Malas saya mau fikir. Bukan kena fikir pun kahkah. 

Hmm baguslah mulakan bulan ini dengan blog macam ini ngehngeh. Tanpa sedar kita sudah memasuki bulan Ogos tahun 2023 kan. Satu yang saya boleh cakap, how time flies. Itu saja. Tiada kata yang dapat diungkapkan bagi menyatakan bahawa betapa masa cepat berlalu. Semoga kita semua diberi keberkatan masa oleh Allah SWT. 

Patut kah saya makan whipped potato dan coleslaw malam ini? Kalau tunggu besok takut basi pula kan. Tadi saya beli snack plate dan burger di KFC. Sudah saya makan itu burger, jadi tinggal snack plate lagi. Sekarang mau jam 1 sudah. Teruklah kalau saya makan lagi masa ini kan. Tapi memang saya lapar pun hihi. Okay saya makan. Bukan apa, saya takut basi saja. 

Nak ajar apa besok pun saya tak tahu. Taknak buat rehearsal sekali lagi kh besok kahkah. Tadi kami ada rehearsal untuk Majlis Apresiasi Murid yang akan diadakan pada Rabu ini. Jam 11 sampai lah balik. Jadi belajar kejap saja tadi. Saya turun di dewan denga Kakda. Tapi relaks saja saya tadi sebab saya punya part siap sudah iaitu sijil. Tinggal mau susun lagi. 

Saya belum lagi solat Isyak. Oh ya tadi saya dan Syahadah video call. Dasar si Syahadah konon merajuk dengan saya sebab dia kata saya sombong tiada call atau mesej dia. Hello aku yang selalu terhegeh hegeh call kau okay. Itu pun susah betul kau mau jawab. Tapi memang dia sibuk lah. Tapi perlu ke cakap aku sombong. Sepak kang budak busuk ini. Haha. 

Juga Kaklong ada hantar video Abdul Hadi. Ada iras iras si kakak. Macam mana lah muka bila besar sikit nanti. Kalau Abbas punya lah lain muka dia masa baby berbanding sekarang. Tapi yang penting dia comel alhamdulillah. Walaupun kami jarang jumpa, saya harap dia kenal lah Mama Sya yang ayu lagi baik ini kahkah. Tapi saya belum pernah basuh berak dia. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment