12/9/2023, 7.42 pagi.
Doktor induce ubat. Tak tahu nak cakap sakit ke tidak. Mungkin tidak. Cuma sakit sikit masa dia buka jalan. Itu pun sebab saya kepit. Hiks. Ada 2 orang lagi kawan seangkatan saya yang kena induce sekali. Lepas kena induce, saya kena baring selama 1 jam supaya ubat sebati dan tak keluar balik.
Jadi termenunglah saya sejam di katil. Tapi masa itulah jururawat pelatih buat kerja nya. Menanya saya itu ini. Aduh nasib baik mood saya baik masa itu. Menjawab lah saya satu satu soalan. Saya pun tak salahkan mereka, saya faham itu adalah antara tugasan yang mereka kena siapkan.
12/9/2023, 12 tengah hari.
Saya mula rasa tidak berasa selesa dengan perut dan bawah perut saya. Baby pun kurang gerak dan perut kerap mengeras. Tapi saya buat rileks saja dulu. Tapi memang rasa macam senggugut sikit. Tapi masih boleh tahan. Kakak katil tepi cakap, mungkin ubat induce tadi sudah buat mulakan kerjanya.
Makin lama sakit makin kuat tapi kalau kena rate dari 1-10, saya rate 2. Masa Babam datang melawat, sakit macam senggugut semakin kuat. Muka saya mula berkerut menahan sakit. Babam suruh saya istighfar sambil mulutnya terkumat kumit baca doa itu ini. Mungkin mengharapkan sakit saya semakin reda. Tapi sekali kali tidak.
Masa melawat hampir tamat. Doktor panggil untuk induce kali kedua. Mungkin ini lah starting point kepada kelahiran Muhammad. Ini kerana, sebelum doktor induce, dia cek jalan. Ini doktor lain dari yang pagi tadi. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya masa dia cek jalan. Saya rasa dia buka jalan, bukan cek.
Sekali dia cakap, awak dah contraction sebab perut awak keras sudah. Memang selepas kena induce tadi pagi, perut saya sangat kerap mengeras dan baby kurang gerak. Jadi doktor tak jadi induce. Saya turun dari katil dekat situ, berjalan ke katil saya sambil menangis sebab sakit sangat sangat kena seluk tadi.
Babam tenangkan saya semampu yang boleh kahkah. Waktu melawat pun habis sudah dan sebelum Babam keluar, dia suruh saya solat Zuhur. Tapi saya tak bermaya. Saya baring saja dan melayan kesakitan sambil menangis. Peritnya saya rasa ketika itu. Nurse datang kepada saya dan cakap mahu suntik ubat tahan sakit.
Saya minta dengan nurse untuk kencing dulu. Nurse pun cakap okay dan saya berjalan perlahan lahan sambil menangis. Sakit! Saya kena sound dengan nurse sebab nak guna tandas yang dekat bilik solat. Dia cakap tak boleh guna dekat situ, takut kalau terberanak susah orang tak tahu. Saya pun patah balik kencing di tandas yang sepatutnya.
12/9/2023, 3.25 petang.
Saya siap kencing saya ke katil. Nurse datang nak suntik ubat tahan sakit. Tapi saya teringat ubat tahan sakit boleh buat mengantuk, jadi saya minta untuk solat dulu. Sempat saya kena marah dengan nurse sebab bertindak satu satu kahkah. Dalam kesakitan, saya berjalan ke tempat solat.
Ouh lupa cakap, masa saya kencing tadi ada darah keluar sekali tapi nurse cakap still boleh solat macam biasa. Kembali ke cerita asal, saya pun solat lah, menggunakan kerusi sebab saya memang dah tak boleh duduk bangun. Selesai solat, saya lenggang lenggang saya punya punggung untuk bagi kurangkan sakit.
12/9/2023, 3.40 petang.
Tengah saya lenggang lenggang punggung, saya rasa macam ada satu letupan di bawah perut beserta bunyi sikit macam pop, jadi saya diam kejap. Tiada apa berlaku, saya pun gerakkan badan balik dan, pop! Keluar air dekat bawah. Ya Allah, air ketuban kah ini? Itu dalam fikiran saya lah. Sikit saja dia keluar dan meleleh. Terus saya lipat kain sembahyang dan keluar dari bilik solat.
Sambil saya jalan keluar, air semakin banyak meleleh keluar beserta darah. Ada nurse lalu dan saya bagitahu dia. Dia suruh saya baring di katil saya. Doktor datang dan cek, sekali lagi dia seluk, ya Allah sakitnya! Sekali air memancut keluar. Dia pun cakap, dah tak lama ni. Air dah keluar banyak. Nervousnya saya menanti detik kelahiran.
12/9/2023, 4.30 petang.
Waktu melawat datang lagi. Saya dah call Babam suruh bawa pad dan standby baju baby. Punya lah kalut dia sebab saya cakap air ketuban dah pecah. Sakit makin menyerang dan saya hanya mampu istighfar. Air galak keluar. Babam tak jemu baca doa dan bagi kata kata semangat. Nurse datang suntik ubat tahan sakit.
Nurse monitor jantung baby guna ctg kali kalau saya tidak silap. Saya makin mamai. Saya ingat yang saya bercakap dengan Babam, tapi dalam keadaan tidak sedar. Air pun terus keluar. Setiap kali rasa sakit, air akan keluar. Habis basah katil dan Babam punya seluar. Hiks.
12/9/2023, 6.20 petang.
Nurse suruh tukar baju, sedia untuk ke labour room. Saya minta izin untuk kencing terlebih dahulu. Babam teman saya sebab saya tak boleh jalan sendiri, rasa pening dan sakit. Saya buka semua kecuali seluar dalam saja. Pakai baju biru dia bagi dan kain pink. Keluar saja dari tandas, saya terus muntah. Nasib baik sempat tadah dengan tong sampah kecil.
Saya duduk atas kerusi roda dan nurse tolak ke labour room. Babam kena kemas dulu barang barang saya. Jadi kami babai di situ. Yang saya geramnya, ramai betul penonton ketika itu. Kenapa macam tak pernah tengok orang nak beranak haha. Tapi tak apalah. Lagipun saya kurang sedar masa tu. Saya pun ditolak sampai ke labour room.
Sampai sana, saya baring atas katil dan doktor masukkan sesuatu di bawah. Nurse monitor jantung baby lagi. Masa tu saya fikir, bila saya kena beranak ni. Tapi saya tak rasa nak teran pun. Hampir 2 jam saya baring saja. Dalam tempoh itu, sakit semakin kuat. Rasa macam senggugut datang menyerang lagi tapi makin sakit dari tadi.
Tiada ungkapan yang boleh mendescribe sakit contraction. Hanya Allah yang tahu bagaimana rasanya. Pada saat saat akhir sebelum baby lahir, sakit itu dirasakan setiap kali perut mengeras atau baby bergerak. Umi cakap kepala dia menolak ke bawah tanda mau keluar sudah. Ketika itulah terasa azabnya sakit itu.
12/9/2023, 10.14 malam.
Rasa nak meneran makin kuat, dan saya ada lah amalkan baca doa Nabi Yunus. Ia memang menenangkan hati tapi sakit tetap sama dirasakan. Sampailah akhirnya, saya cakap nak berak! Terus saya teran sehabis boleh. Tak sempat nak bernafas. Dalam 5 kali teran kalau saya tak silap, kepala baby pun keluar walaupun tersekat kejap di dahi.
Keluar kepala, tersekat di bahu pula. Tapi sekejap saja lah. Selepas keluar saja baby, terus hilang rasa sakit. Saya dengar suara baby menangis. Allahu rasa macam mimpi. Apa yang saya fikir, aku dah beranak ke ni? Nurse letak baby atas dada saya. Sukar untuk ungkapkan perasaan ketika itu. Saya tak menangis, cuma bersyukur sebab baby dah selamat keluar.
Nurse bawa baby untuk dibersihkan, nurse yang satu mulakan kerja menjahit. Dia cakap banyak juga kena jahit. Saya tak sempat kena gunting pun sebab teran terus kali. Memang banyak lah koyak nya. Alhamdulillah dilancarkan proses jahitan. Lama juga, mungkin lebih 20 minit. Siap jahit, saya terus call Babam dan Umi, bagitahu saya dah beranak.
Saya siap bercakap dengan Umi, nurse datang bagi baby suruh menyusu. Nasib nurse ajar macam mana nak menyusu. Babam azan dan iqamat melalui video call dulu sebab ambil masa juga untuk keluar dari labour room. Kalau tanya saya sekarang macam mana rasa sakit contraction, saya tak boleh nak cakap sebab tak ingat dah. Tapi cukuplah kau mengetahui bahawa ia menyakitkan dan memeritkan.
Keluar dari labour room, Abah Muhammad tunggu di pintu masuk. Terus azan dan iqamat sekali lagi. Tapi tak kiss baby pun sebab batuk. Saya ditolak ke wad selepas bersalin ditemani Babam. Sempat lah saya borak sekejap sebelum Babam kena balik. Begitulah sedikit sebanyak perjalanan cerita kelahiran Muhammad Wildan.
Rantau Panjang, Kelantan.