Thursday, September 14, 2023

LAST PICTURE BEFORE DELIVERY


Assalamu'alaikum WBT.

Saya bersyukur sangat saya tidak menolak ajakan bergambar di pagi hari sebelum ke hospital. Tiada siapa tahu itu adalah gambar mengandung yang terakhir diambil sebelum melahirkan. Tapi memang saya jarang bergambar sepanjang mengandung. Ada juga lah kenangan kan alhamdulillah. 

14 September 2023 adalah sepatutnya due date saya tapi kes saya direfer ke Hospital Kota Bharu tiga hari lebih awal sebab baby dalam perut disyaki besar. Jadi 11 September saya dan Babam bertolak ke hospital awal pagi untuk ke temujanji. Doktor scan dan bagitahu berat baby 3.5 kg lebih kurang. 

Doktor cakap baby boleh tahan besar. Ada 2 pilihan yang doktor bagi. Sama ada serah diri lebih awal iaitu pada hari tersebut dan induce pada keesokannya. Ia adalah disebabkan kalau tunggu lebih lama, dikhuatiri baby bertambah besar dan kemungkinan untuk pembedahan tinggi atau baby terlekat di bahu kalau dilahirkan secara normal. 

Pilihan kedua adalah tunggu sehingga 21 September iaitu 6 hari selepas due date kalau belum ada tanda bersalin lah. Jadi saya dan Babam berbincang. Sebenarnya tak berbincang sangat lah. Lebih kepada Babam buat keputusan iaitu teruskan dengan pilihan pertama. Nasib baiklah sudah standby pakaian semua. 

Rantau Panjang, Kelantan.

No comments:

Post a Comment