Wednesday, September 20, 2023

BERPANTANG

Assalamu'alaikum WBT. 

Begini rupanya rasa berpantang. Itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. Itu tak boleh buat, ini tak boleh buat. Tapi semuanya untuk kebaikan saya juga pada masa depan. Saya terpaksa akur dan patuh. Kalau bab makanan saya okay lagi boleh kawal dengan diawasi oleh Umi dan Syahadah. 

Tapi kalau bab menjaga badan, berjalan perlahan lahan saya memang tak boleh. Saya kena marah dengan tukang urut sebab jalan laju dan ganas. Itu memang tabiat saya dari dulu kan jalan macam itu. Tapi apa boleh buat. Saya berjalan dengan perlahan sehabis yang boleh. 

Apa yang saya mahu sekarang adalah makan ais! Saya nak kunyah air batu. Tolong! Saya nak minum air yang sejuk dan nak makan buah buah macam watermelon, mangga, betik dan banyak lagi. Okaylah sampai di sini dulu coretan saya. Saya mahu pergi tengok Muhammad sekejap. Abah dia tengah jaga dalam bilik. Hihi. Bye! 

Rantau Panjang, Kelantan. 

No comments:

Post a Comment