Assalamu'alaikum WBT.
Alhamdulillah bacaan kuning Muhammad sudah semakin menurun. Paling tinggi itu hari 16.9 dan pernah kena jemur bawah lampu. Selepas keluar hospital, pergi cek kuning alhamdulillah turun 6.1 dan last sekali cek dua hari lepas 3.3 alhamdulillah. Nurse pesan suruh baby minum susu banyak banyak.
Musim kuning in shaa Allah berlalu pergi, namun dugaan baru yang datang. Kalau masa kuning, dia banyak tidur. Guruh, kilat, orang bersin dan apa apa bunyi kuat tiada pun dia terganggu. Sekarang terganggu sikit pun tersedar sudah. Tiga hari dah saya tidur lambat dalam jam 2 atau 3 pagi.
Satu memang saya tak boleh tidur, saya pun tak tahu kenapa. Dua disebabkan Muhammad sering tersedar dan menangis. Mungkin ini lah yang dikatakan oleh Kakda dulu. Kakda cakap tidurlah sepuasnya masa pregnant, dah beranak nanti tahu lah macam mana. Kaklong pun cakap lepas kuning, dia akan banyak berjaga.
Semoga Umi Muhammad diberi kekuatan. Begitu juga Abah Muhammad. Terima kasih Abah bangun malam demi tukar pampers Muhammad. Tapi sekarang saya yang banyak bangun dan tukar kan hiks. Saya faham juga sebab memang Abah Muhammad penat mengajar kan. Okaylah sampai di sini saja coretan saya hari ini.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment