Tuesday, April 30, 2024

1 INTAN/PERMATA 2024



Hari ini kelas 1 Intan dan 1 Permata beraksi di surau. Kita paksa mereka buat amali solat memandangkan ada yang kali terakhir solat ketika di sekolah rendah. Alhamdulillah ada juga yang layak menjadi imam sesuai dengan namanya iaitu Shaaban. Budaknya nampak macam nakal tapi boleh diharap juga lah. 

Daripada cara mereka solat, kita memang boleh nampak dah siapa yang biasa solat, siapa yang tak biasa solat. Kita buat dua solat iaitu solat Subuh dan solat Isyak. Tukang azan pun alhamdulillah function iaitu Asrul. Lepas dorang solat, saya pun komen lah sikit sikit kan berkaitan itu ini. Saya harap apa yang saya ajar dapat saya gunakan juga dalam kehidupan.

Yang tak tahan adalah bau stokin. Saya pun tak tahu berapa minggu dah dorang tak cuci stokin. Itu saja lah kelemahan buat kelas di surau. Bau stokin sangat memeningkan kepalaku sampaikan terhuyung hayang aku berjalan. Tapi ada juga saya tegur, bila last kau cuci stokin ni? Dorang cakap baru kemarin ustazah, tapi kaki kami memang bau haha. Jujur sangat pula.

Kota Marudu, Sabah.

Monday, April 29, 2024

2 INTAN/PERMATA 2024



Sejuk ke tak mana memandang baik mengaku. Bagi saya saat ini sangatlah menenangkan kerana pada masa itu saja suara mereka tidak kedengaran. Kalau tidak, mau pecah kepala ustazah menahan keletah dan kebisingan budak budak yang tak berapa nak muda dah ni.

Adakah ini karma? Tapi seingat aku, tidak juga aku bising masa sekolah dulu. Tapi dapat budak adeh nauzubillah. Terutamanya di Mukhza, Khalid dan Aqeef. Tiga orang ini sudah cukup untuk melelahkan daku. Tapi masalah dorang ni otak pandai, cuma perangai susah dikawal.

Macam manakah penyelesaiannya. Kalau Mukhza, aku ada bukti untuk dijadikan bahan ugutan. Aku ada rekod dia buat action tak senonoh masa di surau. Aku ugut kalau tak behave, aku viralkan video tu di group kampung dia, Kampung Tanjung Batu kahkah.

Behave sekejap, lepas tu dia gunakan konsep 'ada aku kesah'. Mana tak menua cepat cikgu cikgu kalau begini rupa perangai budak sekolah haha. Aku seikhlas hati memohon maaf kepada semua guruku dulu jika aku ada ternakal atau termenyakitkan hati mereka.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, April 27, 2024

HADIAH PELAJAR


Maaflah anak anak. Ustazah kau ini tidak produktif seperti cikgu lain. Sepatutnya kena bagi sebelum raya, ini dah nak masuk minggu terakhir raya baru berkesempatan bagi hadiah pertandingan yang diadakan masa bulan puasa tu hari. Program Ihya Ramadhan ada buat beberapa pertandingan iaitu kuiz terbuka, mencipta kad raya dan juga tadarus al-Quran. Setiap kategori kita cari 6 pemenang, tiga lelaki dan tiga perempuan. 

Walaupun lambat, tapi saya sangat puas hati dengan pemilihan hadiah sebab kali ini kita sedikit realistik dan hadiah sangat lah praktikal untuk pelajar. Awalnya saya fikir nak bagi buku iqram akan tetapi berdasarkan pengalaman saya di sini, buku itu hanya akan dijadikan hiasan sahaja dan dibazirkan begitu sahaja. Jadi idea baru adalah bagi benda yang kita rasa sah sah dorang akan gunakan.

Hadiahnya adalah set geometri, botol air, buku nota dan set pen. Saya rasa puas sangat hati bila tengok budak budak guna. Budak pun suka sangat dan ramai menyesal tak join pertandingan haritu. Tapi tak apa, in shaa Allah tahun depan kita fikirkan yang lebih baik lagi supaya budak pun enjoy dalam melakukan aktiviti rohani ini. 

Saya kan memang mengesyorkan lah hadiah untuk apa apa aktiviti dalam bentuk alat tulis atau apa apa yang berkaitan dengan proses pembelajaran sebab kalau tengok sendiri dalam kelas kan, correction tape pun pinjam kawan punya. Pembaris apa lagi. Padahal benda basic tu kan. Entahlah sampai bila tradisi pinjam meminjam ini. Jadi melambatkan PdP.

Terima kasih Jia tolong umum di perhimpunan. Kalau tunggu saya, memang sampai ke sudah tak ada sesi penyampaian hadiah haha. Saya lagi rela bagi secara personal daripada kena bercakap di depan. Haih macam manalah aku boleh jadi guru kalau social skill aku begini kahkah. Semoga pada masa akan datang saya dikurniakan keberanian dan confidence untuk buat itu.

Kota Marudu, Sabah.

NAJWA'S GETTING MARRIED


Tahniah sahabat baikku di universiti, geng belajar, geng assignment, geng meluah (kunun), geng dalam semua hal lah. Najwa nak kahwin dah! Siapakah yang berjaya memikat hati kawanku ini. Setahu daku kawanku ini susah untuk jatuh cinta. In shaa Allah, Syahiran Kamal pilihan Najwa adalah yang terbaik yang menjadi asbab mereka sama sama menempuh kehidupan hingga ke syurga in shaa Allah. 

Semoga dipermudahkan segala urusan Najwa dan bakal suami. Semoga yang baik baik saja untuk kamu. Maafkan kawanmu ini mungkin tidak dapat menghadiri majlis pentingmu padahal kau sanggup datang dari jauh semata mata untuk ke majlisku di musim hujan. Terima kasih Najwa. Walaupun saya jauh di sini, saya tetap mendoakan yang terbaik untuk Najwa. 

Semoga perkahwinan yang bakal dibina tidak lama lagi kekal hingga ke syurga dengan kebahagiaan. Semoga pasangan ini diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Semoga kalian diberi kebaikan oleh Allah di dunia dan juga di akhirat. Love you Najwa! Najwa kawan saya paling sempoi di abad ini. Saya sangat selesa berkawan dengan Najwa. Namun dia punya critical thinking kadang membuatkan lelah haha. 

Masalah dia adalah dia selalu berfikir dalam dalam sedangkan saya seorang tidak mahu berfikir haha. Tapi baguslah sebab Najwa akan buat sesuatu benda sehabis baik. Saya syak Najwa tak boleh move on dengan saya ni, nama suami dia pun lebih kurang saya haha. Gurau bah. Terima kasih Najwa menjadikan saya orang pertama tahu pasal ni. Love you! 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, April 26, 2024

POTLUCK RAYA 2024




Minggu lepas AKP dan staf pembersihan buat majlis raya potluck tanpa kami, minggu ini kami pula buat haha. Taknak kalah eh. Tak adalah bukan itu niat kami. Memang kami sama sama nak meraikan raya di sekolah dalam kalangam guru pun selain mengeratkan ukhwah antara kami. Tapi kami bawa sendiri sendiri saja makanan yang mana sangatlah menarik sebab ada banyak menu kan. Tapi tak ada menu beratlah sebab santai santai saja. 

Antara makanan yang dibawa adalah kelupis, sate, soto, kuih muih seperti kuih koci, kek pisang, kek mangga, bubur jagung dan banyak lagi lah. Kuih raya juga tidak ketinggalan. Yang lagi puas hati semua makanan habis ya. Tiada pembaziran alhamdulillah. Para pentadbir pun ada sekali kecuali Puan Pengetua sebab beliau dikejarkan ke klinik sebab naik darah selepas berjumpa dengan pelajar 5 Mutiara.

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, April 23, 2024

ALL THE BEST USTAZAH RABIATUL & USTAZAH RAJNI


Siapa sangka individu yang dulu paling membenci kerjaya guru dan fikir kerjaya itu mustahil dengannya kini bergelar guru. Haa padan muka kahkah. Itulah lain kali jangan benci sangat eh. Kan dah mendapat. Tapi alhamdulillah benda positif hihi. Saya bersyukur sangat akhirnya ada kawan saya yang sama geng. 

Nak tahu tak Rabiatul dan Rajni posting mana? Rabiatul dapat jauh nun di Sandakan Sabah dan Rajni di Johor. Alhamdulillah mereka sudah lapor diri 15 April lalu di sekolah masing masing. Akhirnya dorang berjauhan eh. Kalau nak tahu dorang ni tak pernah berpisah dari sekolah rendah lagi sampailah lepas habis universiti. 

Tapi sekarang membawa haluan masing masing. Rajni pun in shaa Allah bakal menamatkan zaman bujang hujung bulan 5 tahun ini dengan abang polis. Bukan calang calang eh yang Rajni dapat kahkah. Rabiatul in shaa Allah saya doakan bertemu jodoh yang terbaik. Masa mu akan tiba jua in shaa Allah. Enjoy your life! Jangan stress fikir. 

Dengar kata Rabiatul akan balik Kelantan hujung tahun sebab tiket tersangatlah mahal. Kalau tunggu hujung tahun boleh guna waran. Jadi kesimpulannya Rabiatul tidak akan menghadiri majlis perkahwinan Rajni sahabat baiknya. Sedih! Tapi apakan daya. Semoga yang terbaik untuk mereka semua in shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, April 19, 2024

BERAYA DI RUMAH KAK FIYNA


Hari ini dapat jemputan rumah terbuka Kak Fiyna mewakili ibu bapanya lah. Alang alang rumahnya dekat dengan rumahku, selang sebuah rumah saja, jadi saya, Kakda dan Jia pergilah beraya lepas balik dari sekolah. Bawa sekali si Muhammad. Kami sampai tu ada sudah Cikgu Haliry dan Cikgu Neckly di halaman rumah tapi taknak masuk rumah sebab segan. Seriously?

Kami semua pun masuk lah sebab dah ada geng kunun kahkah. Baru cedok nasi dan ambil makanan yang diingini, Cikgu Erlinda dan Teacher Jovi serta anak anak pun sampai. Apa lagi, kami sama samalah makan. Percaya ke tak, hampir 3 jam kami lepak di sana ya. Mesti dalam hati mak ayah Kak Fiyna, bila lah cikgu cikgu Tandek 2 ni nak berambus. Dahlah conquer ruang tamu.

Tetamu lain datang dan pergi, tapi kami tetap setia di sofa ruang utama buat muka tak malu, tambah makanan lagi. Tapi memang banyak pun makanan yang dihidang. Kalau kami stay sampai malam pun, tak luak rasanya semua makanan tu. Haha tiber bagi justifikasi. Punya lah banyak dorang bercerita sambil makan. Tapi saya ada behave sikit sebab Muhammad memerhati haha.

Terima kasih Kak Fiyna dan family sudi menjemput kami beraya. Terima kasih juga bagi duit raya dekat Muhammad. Hiks. Untuk pengetahuan, saya, Kakda dan Jia paling awal balik dan yang lain stay sampai Maghrib. Memang semua muka tak malu ya haha. Sekian. Ouh saya makan sate dan nasi tomato serta biskut raya. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, April 18, 2024

BAKAT TERPENDAM MAMADA


Aku tak tahu lah siapa yang bagi kata kata semangat dekat si Syahadah sampaikan dia buat keputusan untuk mengambil skill khat. Member dah menyesal dah haha. Tapi tak apalah. Pengecut saja buat kerja separuh jalan. Kau dah mula, kau kena habiskan. In shaa Allah dengan semangat yang ada dan mungkin ada bakat terpendam (tak kuyakin), kau boleh menamatkan skill ini dengan jayanya. 

Tiada apa yang mustahil baby. Aku pun baru tahu rupanya ada pensel khat khas untuk mereka yang kidal ya. Wah betapa khat ini diambil berat juga lah sebenarnya kan. Semoga MamaDa terus cemerlang dalam apa jua yang dilakukan. Kami dari belakang sentiasa mendoakanmu walaupun di depan kami hanya mampu gelak kahkah. You got this MamaDa 💞

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, April 17, 2024

TERIMA KASIH AYAH CIK DAN MAMAIQA

Hisap susu dulu.
Muka paling bersedia.
Abe Cik sebelum lari.
Abe Cik bagi Kakcik ruang untuk gambar.
Rindu!

Tidak lupa untuk Muhammad dan family mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah, Abe Cik dan Kakcik kerana sudi menerima kami sebagai tetamu satu malam. Jasamu akan kami kenang selalu. Maafkan kami kerana buat macam rumah sendiri sepanjang ketiadaan tuan rumah berikutan mereka beraya di Johor. Terima kasih Abe Cik sudi ambil kami di TBS seawal jam 4 pagi.

Terima kasih juga Kakcik sudi menjamu kami dengan lauk yang sangat special bagi saya iaitu ketam masak lemak. Mungkin itu nama masakan itu saya tidak pasti hihi. Tapi sedap sangat! Saya memang suka ketam dan susah mau jumpa masakan ketam walaupun merantau di negeri seafood kahkah. Terima kasih Kakcik!

Terima kasih Kakcik dan Abe Cik sudi balik dari jauh Johor sana dan mengejar masa hantar kami ke airport jam 4.30 pagi. Alhamdulillah sampai on time dan berjaya check in barang dengan jayanya. Terima kasih juga sebab sudi pinjamkan motosikal dan mengizinkan kami berjoli mencari makan di kedai mamak.

Semoga Allah permudahkan segala urusan Kakcik dan Abe Cik dan semoga dipermudahkan rezeki yang halal buat kalian berdua. Semoga Kakcik dan Abe Cik diberi kebaikan di dunia dan juga di akhirat in shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, April 16, 2024

TRYING NEW CARSEAT


Terima kasih Umi belikan Muhammad carseat yang cantik dan selesa in shaa Allah. Wah Muhammad kecil kecil dah pandai in shaa Allah ya. Good boy lah anak Umi in shaa Allah. Alhamdulillah sama juga macam carseat lain, begitu juga itu functionnya dan cara penggunaannya. Pandai tak Umi pilih warna? Umi tak dapat move on lagi tau haha. 

Asalnya saya nak beli warna grey tapi qadarullah, habis pula. Jadi disebabkan kesuntukan masa, saya pun beli sajalah yang warna hitam. Rupa rupanya warna hitam lah yang terpaling cantik. Bak kata Fendy Mojo, hitam itu premium. Memang nampak cantik dan mahal. Saya sangat suka, sejuk mata memandang walaupun warnanya hitam.

Saya punya nervous takut tak sempat sampai sebelum saya balik raya. Namun ngam ngam sehari sebelum cuti raya, pihak jnt call suruh datang ambil di kedai dia sebab tak boleh hantar sebab besar. Saya pun apalagi dengan relanya ke sana dari sekolah semata mata ambil itu carseat. Alhamdulillah penantian yang berbaloi. Saya beli yang isofix, sedikit mahal dari yang biasa tapi belum guna function tu.

Dia adalah untuk extra safety tapi tak pandai pasang. In shaa Allah semoga Muhammad selesa ya sayang walaupun Umi tahu mesti ada hari yang kamu angkat punggung taknak duduk sepertimana terjadi pada carseat kereta Abah, namun in shaa Allah makin lama Muhammad makin selesa. Muhammad faham juga kan Umi satu orang di sini sayang.

Kota Marudu, Sabah.

Monday, April 15, 2024

HARI YANG KALUT DI KOTA MARUDU

On the way ke Kota Marudu.

Siapa buat Muhammad ni.

New friend.

Jom mandi!

Abah dah mengantuk.

Bertolak dari Kota Kinabalu jam 11 pagi dan sampai Kota Marudu dalam jam 2 lebih. Muhammad kurang sihat, ada selesema yang agak teruk. Kesian dia tidur pun tak selesa selalu tersedar. Sampai rumah Kakda, terus mandikan Muhammad dan tengok Abah Muhammad install carseat Muhammad. 

Siap pasang carseat, kami check in hotel dekat Goshen. Satu malam RM55 sahaja. Murah kan? Katil queen. Selesa alhamdulillah. Saya dan Abah Muhammad mandi. Bergilir gilir lah sebab jaga Muhammad di katil. Bahaya tu dah pandai bergolek sana sini. 

Siap mandi dan solat, dalam jam 5.30 petang terus ke Tandek melawat taska yang bakal dihadiri Muhammad sekali dengan bayar deposit. Kami singgah juga sekolah saya sekejap sebab nak ambil lebihan barang di asrama. Tak sempat nak borak dengan Sue sebab dia tengah dalam mood marah budak aspuri. 

Lepas tu kami ke pekan balik dan ke Servay untuk membeli kelengkapan Muhammad dari jam 7 lebih sampailah Servay tutup aircond. Itupun kami buat tak tahu haha. Punya lah rushing. Keletihan tapi puas sebab dapat belikan barang Muhammad bersama seperti diapers, bib, puting makanan, baby bites, sabun, lotion dan sebagainya. 

Lepas siap di Servay, belum habis lagi perjalanan kami. Kami ke rumah Kakda kejap sebab saya nak gosok baju sambil Abah Muhammad install kipas yang baru dibeli untuk diletakkan dalam bilik saya. Lepas siap baru lah kami balik ke hotel dalam jam 11 lebih. Letihnya hanya Allah yang tahu. Terus kami tewas di katil. 

Nasib baiklah Muhammad pun memberi kerjasama dalam ketidaksihatannya pada hari itu, Muhammad tidak sekalipun terbangun dan meminta susu pada malam alhamdulillah. Terima kasih Muhammad kerana memahami. Terima kasih juga Abah drive dari KK ke KM dan sekalipun tak ada rehat kecuali malam. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, April 14, 2024

MUHAMMAD MENDARAT DI SABAH


Alhamdulillah selepas perjalanan yang panjang raya ketiga di kala orang lain galak beraya, Muhammad dan family sampai juga di bumi Sabah setelah menempuh onak dan duri berkhemah dalam bas selama 18 jam, menumpang rumah Mama Iqa, ke KLIA pagi pagi buta, terbang dengan Air Asia. Walaupun ini bukan kali pertama Muhammad di Sabah. Sepanjang 9 bulan saya mengandungkan Muhammad, kami sentiasa bersama di bumi Sabah ini. Tapi ini secara official lah Muhammad di sini. Hiks. 

Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan. Terima kasih ya Allah atas segalanya. Agak mencabar sebab Muhammad banyak juga meragam sebab kurang sihat. Tapi itulah dengan kehendak Allah dan izin-Nya. Tambah juga kerjasama Abah dan Umi. Terima kasih Abah banyak menenangkan Umi. Kalau satu orang saya rasa memang tak terbuat ini. Sepanjang flight Muhammad merengek sebab ketat hidung. Kesian dia. Sila enjoy cerita perjalanan Muhammad ke Sabah.

Terminal Bas Rantau Panjang.

Sejam Muhammad tunggu bas.

Muhammad masam.

Discover tingkap bas.

Makan dulu sebelum berak banyak.

Taknak pegang sendiri tu biskut.

Bos susu beraksi selepas berak.

Sampai di rumah MamaIqa.

Tidur nombor syatu.

Lepak mamak dulu.

Mandi sudah.

Umi, saya mengantuk.

Berjaya tidur.

Sampai airport.

Belum apa lagi dah makan.

Jom terbang!

Kita dah sampai Sabah, Umi.

Is this even real Umi?

Sampai hotel.

Saturday, April 13, 2024

NAIK MOTOR & LEPAK MAMAK


Hari ini first experience Muhammad naik motor dengan Abah dan Umi di Nilai. Hiks. Yang nampak enjoy adalah Abah dan Umi manakala Muhammad kelihatan terkapai kapai. Mungkin tak pernah rasa kan dengan anginnya yang kuat. Keras kakinya taknak duduk mungkin sebab tak biasa. 

Inilah motosikal kalau Muhammad nak tahu. Tapi ini motor Ayah Cik, bukan Abah punya tau kahkah. Dua kali pusing sebenarnya mencari kedai. Akhirnya jumpa juga alhamdulillah. Saya makan roti nan cheese dengan ayam tandori. Abah Muhammad makan nasi kandar dan capati.

Nak balik panas sangat jadi tunggu sekejap sampai cuaca sejuk sikit. Separuh jalan balik Muhammad tertidur. Alaa tak syok lah macam ni Muhammad. Orang nak bawa dia jalan jalan kenal Nilai, dia tidur pula. Makanya Abah dan Umi dia yang bersungguh nak keluar haha. Okay bye. 

Nilai, Negeri Sembilan.