Maaflah anak anak. Ustazah kau ini tidak produktif seperti cikgu lain. Sepatutnya kena bagi sebelum raya, ini dah nak masuk minggu terakhir raya baru berkesempatan bagi hadiah pertandingan yang diadakan masa bulan puasa tu hari. Program Ihya Ramadhan ada buat beberapa pertandingan iaitu kuiz terbuka, mencipta kad raya dan juga tadarus al-Quran. Setiap kategori kita cari 6 pemenang, tiga lelaki dan tiga perempuan.
Walaupun lambat, tapi saya sangat puas hati dengan pemilihan hadiah sebab kali ini kita sedikit realistik dan hadiah sangat lah praktikal untuk pelajar. Awalnya saya fikir nak bagi buku iqram akan tetapi berdasarkan pengalaman saya di sini, buku itu hanya akan dijadikan hiasan sahaja dan dibazirkan begitu sahaja. Jadi idea baru adalah bagi benda yang kita rasa sah sah dorang akan gunakan.
Hadiahnya adalah set geometri, botol air, buku nota dan set pen. Saya rasa puas sangat hati bila tengok budak budak guna. Budak pun suka sangat dan ramai menyesal tak join pertandingan haritu. Tapi tak apa, in shaa Allah tahun depan kita fikirkan yang lebih baik lagi supaya budak pun enjoy dalam melakukan aktiviti rohani ini.
Saya kan memang mengesyorkan lah hadiah untuk apa apa aktiviti dalam bentuk alat tulis atau apa apa yang berkaitan dengan proses pembelajaran sebab kalau tengok sendiri dalam kelas kan, correction tape pun pinjam kawan punya. Pembaris apa lagi. Padahal benda basic tu kan. Entahlah sampai bila tradisi pinjam meminjam ini. Jadi melambatkan PdP.
Terima kasih Jia tolong umum di perhimpunan. Kalau tunggu saya, memang sampai ke sudah tak ada sesi penyampaian hadiah haha. Saya lagi rela bagi secara personal daripada kena bercakap di depan. Haih macam manalah aku boleh jadi guru kalau social skill aku begini kahkah. Semoga pada masa akan datang saya dikurniakan keberanian dan confidence untuk buat itu.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment