Monday, April 1, 2024

SANAH HELWAH MAMADA


Selamat hari lahir MamaDa kesayangan Tokbah Tokmi 💕 Semoga MamaDa sihat selalu, cantik sentiasa, istiqamah menjadi solehah, terus menjadi penyejuk hati semua in shaa Allah. Love you Syahadah Siddiqah Solehah Munawwarah. Kadang aku kesian dekat adik aku sorang ni sebab dia tak dapat menerima hakikat bahawa dia sudah tua. Umur kau 22 dah baby. Kena terima hakikat tu ya. Syahadah Siddiqah ni paaaling manja tapi sangat boleh diharap. Begitu. Kalau nak tahu liku liku daku menghadap perangai budak busuk ni satu orang, hmm murung nanti kalau cerita. Apa yang saya boleh cakap, bukan senang lah. Sekarang mungkin masih ada sisa perangai dia yang dulu tapi tak banyak dan tak memudaratkan lah alhamdulillah. Saya pun tak tahu bila dia berubah jadi baik. Haha okay gurau.

Saya rasa Syahadah ni paling masak dengan perangai saya. Maksud saya dia pandai handle saya haha. Dia banyak menenangkan saya. Doa doa dia sentiasa menyejukkan hati saya dan mengurangkan beban saya. Dia tahu bila masanya untuk dia layan saya kalau saya ada apa apa masalah atau kekusutan. Saya ingat masa saya sedang emo menangis bagai nak rak di vc masa baru mengandungkan Muhammad, dia diam tak cakap apa apa, dia dengar saja saya menangis. Saya rasa perbuatan dia ketika itu sangat lah gentle. Dia tahu kalau dia tanya saya apa apa, atau nasihatkan saya apa apa ketika itu, keadaan akan bertambah teruk. Tambah lagi dengan muka dia masa tu yang tak boleh blah betul haha. 

Kalau apa apa laporan pasal Muhammad daripada Tokmi, dia wajib menjadi orang pertama kena tahu. Itulah MamaDa Muhammad ya tuan puan. Jadi aku ni apa function. Tak ada function dek. Memang nak kena tarik tudung itu budak haha. Banyak benda yang saya lalui yang saya harap Syahadah tak mengalami benda yang sama. Tapi ada juga dia kena macam saya dulu. Antaranya adalah kesunyian ketika di universiti. Orang yang pernah hadapi sahaja boleh faham. Haha bunyi macam serious kan. Tapi tak apa sebab Syahadah ada juga join program itu ini. Lagipun Kakcik punya rumah kalau kentut pun bunyi. Kakaknya yang di Sabah ni pun a phone call away. 

In shaa Allah kau tak kesunyian baby. Kakakmu ini sentiasa doakan yang terbaik untukmu. Syahadah ni juga dia cepat emo. Tapi senang pujuk juga alhamdulillah. Kalau tidak macam mana aku boleh tahan dengan perangai dia nyah haha. Birthday girl ni pandai tapi dia macam tak sedar. Dia cantik tapi dia taknak mengaku. Itu masalah terbesar dia. Aku ni berbuih mulut cakap itu ini, tapi kalau dia nak fikir macam itu, macam itu juga lah. Adikku ini juga seorang yang berhikmah bagi saya bila dengan anak anak buah. Dia pandai handle walaupun kadang dia ada termarah. Dia lah yang banyak marah, dia juga lah yang anak buah paling sayang. Begitu.

Aku kalau nak describe pasal Syahadah memang tak kurang 1000 patah perkataan. Tapi sampai di sini dulu coretan aka umpatan aka luahan aka tulisan tentang adikku perempuan satu orang ini yang cantik yang solehah yang busuk yang baik yang memahami yang emo. Satu lagi benda yang boleh saya cakap pasal Syahadah adalah dia seorang good listener sampai terkadang cerita dia sendiri dia tak terluah. Sorry baby nanti kakakmu cuba mendengar juga kisah kau. Budak ni juga boleh dipercayai kalau ada apa apa rahsia, setakat ini alhamdulillah. Haa tengok kalau aku sambung lagi memang tak habis. 

Love you Syahadah. Hanya Allah yang tahu betapa Kaksha sayangkan kau baby. Kau banyak persamaan denganku tanpa sedar. Benda dalam fikiran kita banyak sama kan. Jangan kau nafikan. Sampai kita punya taste pun sama kahkah. Nah tengok aku sambung lagi haha. Okay serious sampai sini dulu. Nanti aku tak ada modal dah nak cakap pasal kau. Ada satu benda saya tak pernah cakap dekat sesiapa dan saya taknak cakap. Biarlah rahsia. Semoga yang baik baik saja untuk kau baby. By the way aku terhibur sangat baca blog kau yang 01/04/2024. We love you MamaDa 💖

Satu benda saya nak tambah pasal Syahadah adalah dia tak pandai nak sembunyikan perasaan dia. Kalau dia marah ke, merajuk ke, sakit ke, malu ke, takut ke, geram ke, sedih ke, memang terpapar tersembul terngadah di muka dia. Memang dia tak boleh nak sembunyikan semua itu. Tapi okay lah sebab kita jadi senang faham keadaan dia. Jadi senang lah kita nak ambil tindakan, apa nak dibuat. Sorry baby 'kalau' Kaksha ada sakitkan hati kau, sakitkan badan kau, bergurau lembut atau kasar dengan kau, atau buat benda yang kau tak suka lah. In shaa Allah aku buat lagi. 

Kadang kan kita ni bila kita bergurau ada masa orang tu boleh terima ada masa dia tak boleh terima kan. Mungkin masa tu dia moody ke tengah emosi tak stabil ke. Seikhlas hatiku aku memohon sebelas kemaafan darimu adikku yang terchenta, pape boleh roger tepi. Maafkan daku kalau kau ada terasa hati denganku. Mungkin aku buat tanpa sedar. Mungkin ada masa kau penat tapi aku paksa kau jaga Muhammad sampaikan ada satu malam kau tidur dengan Muhammad padahal aku ada tidur mati dalam bilik. Love you Syahadah 💞 Dah baca, whatsapp aku cakap "I love you Kaksha, you're my everything". Bye!

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment