Wednesday, April 10, 2024

RAYA 2024

Muhammad dan Abah.

Muhammad dan Umi.

Jangan paksa saya senyum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Ucapan ikhlas daripada Muhammad, Abahnya dan Uminya yang soleh dan solehah in shaa Allah. Pagi raya pertama ini kami beraya dengan Tokbah, Tokmi, Ayah Lang, MamaDa dan Poksu sebelum mereka bertolak ke rumah Tok Aki di Pahang. Tahun ini Umi tidak ikut sembahyang raya. Kalau tahun lepas Umi dan Abah solat sunat raya di Masjid Beijing. Masa tu Muhammad baru 4 bulan dalam perut Umi. Hiks.

Tahun ini alhamdulillah dengan izin Allah, Muhammad dapat beraya dengan Abah dan Umi serta keluarga terchenta. Cantik tak baju raya Muhammad? Umi lah yang pilih, siapa lagi. Pandai tak Umi pilih saiz? Hmm minta puji Umi ni kan haha. Tema tahun ini olive green. Bukan sebab warna popular ke apa, tapi sebab Abah dan Umi nak recycle guna baju kahwin haha. Jimat pun jimat kan. Cuma kesian Muhammad, tiba tiba pagi raya selesema pula.

Banyak lagi sebenarnya gambar raya di rumah Tokma tapi itu nantilah. Umi belum ada mood. Nak tahu tak, sebenarnya Umi rancang nak pakai tudung bawal di pagi raya. Namun disebabkan masalah teknikal, Umi akhirnya pakai tudung bulat hitam sahaja. Tapi bersyukur juga sebab senang nak menempuhi hari sebab senang pakai dan buang kan. Nak kena solat lagi, kena tarik dengan Muhammad lagi kahkah. Ada hikmah lah tudung tak jadi di pagi raya.

Kami saling menjadi cameraman di teratak hijau. Abah gambar Umi, Umi gambar Abah, yang penting bintang utama adalah Muhammad Wildan yang soleh. Selepas siap siap, kami bertolak ke rumah Tokma terus. Dekat sana ada Pakdik, Makdik, Abang Muhaimin, Abang Atiq, Kak Amni, Kak Aufa, Kak Aishah, Tokma. Hidangan pun bukan main lagi. Tapi saya langsung tak ada contribution dalam penghasilan makanan di pagi raya. Sorry.

Lepas Zuhur, kami beraya di rumah Nenek, adik kepada Ayah di tepi sungai. Umi rasa nak menangis sebab terkenang kenangan di kawasan rumah Mek Ayah. Tambah sedih tengok keadaan Nenek walaupun masih sihat tapi ketara tua nya. Lama juga kami di sana. Lepas itu balik rumah Tokma balik, buat itu ini, dan petang kami bertolak ke Kampung Tok Sangkut beraya di rumah Mama Basyi. Sepanjang sehari beraya, Muhammad tetap setia dalam baju melayu nya. 

Lepas habis beraya, balik rumah Tokmi packing barang sikit dan balik ke rumah Tokma. Semua mengantuk dah. Penat beraya lagi lagi Muhammad lah kahkah. Tapi ada perasaan tidak siok sikit sebab sekejap saja beraya di Kelantan. Raya ketiga dah nak kena pergi KL dan terbang ke Sabah. Apapun semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah. Sampai di sini dulu coretan raya pertama kita pada hari ini. Sekian. 

Rantau Panjang, Kelantan.

No comments:

Post a Comment