Friday, May 31, 2024

MENCARI IKAN BILIS DI PITAS





Betul memang betul kami pergi mencari ikan bilis, namun tiada aku ambil gambar ikan bilis haha. Selepas kami membeli, singgah dulu di Dataran Bengkoka untuk mengambil angin laut. Nak tunjuk juga dekat Abah Muhammad apa yang menarik dekat sini. Muhammad pun tak pernah sampai sini. 

Alhamdulillah cuaca memberi kerjasama walaupun ada panas sikit. Gigih Abahnya nak suruh Muhammad berjalan. Sabar ya Abah in shaa Allah slow slow Muhammad jalan. Sekarang masih menyulur orang putih cakap. 

Saya terkejut sebenarnya sebab saya baru tahu banyak kedai ikan bilis dan ikan kering di sini dan harga pun boleh tahan. Tak payahlah susah susah nak ke KK dah kalau nak membeli ikan bilis. Siap packing cantik cantik lagi. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, May 30, 2024

LOK KAWI WILDLIFE PARK














Hari ini Abah bawa kami ke zoo yang terletak di Kota Kinabalu. Perancangan ini sebenarnya last minute tapi jadi juga alhamdulillah. Kata Abah nak suruh Muhammad tengok gajah. Tapi ternyata bila sampai saja di sana, baru nampak siapa sebenarnya yang nak tengok gajah. Sesungguhnya zoo ini sangatlah besar sampai mengah Umi nak berjalan. Abah lagi lah kesian kena dukung Muhammad lagi, bawa barang lagi. Bukan Umi taknak tolong, tapi Abah kata tak apa kahkah. Abah cakap Abah kan kuat. Hmm yalah Abah. Alhamdulillah. 

Kami bertolak dari Kota Marudu dalam jam 10 pagi dan sampai pukul 1 tengah hari lebih sikit. Tak singgah mana mana, terus ke zoo. Abah tak sabar nak jumpa haiwan dekat sana. Memang banyak jenis binatang yang jarang juga saya jumpa kalau pergi zoo lain. Ada sun bear, cheetah, harimau, gajah dan banyak lagi saya tak ingat. Banyak juga tempat kami tak sampai sebab kena jalan jauh. Kalau ada dia punya bas senang juga. Ini dah lah berbukit bukit. Saya tak larat. Sorry Abah sebab Umi bantutkan excitement Abah. Tapi Abah faham juga.

Kalau tengok saya punya perut harap jangan salah faham. Hanya keluarga saya yang mengenali diriku yang tak pernah perut slim haha. Umi dan Muhammad suka sangat datang sini walaupun penat. Muhammad punya berpeluh macam dia yang kena dukung Abah haha. Saya punya penat pun macam lah saya yang kena dukung Muhammad. Nanti lain kali in shaa Allah kalau Muhammad ada stroller kita bawa Muhammad lagi ya Abah. Abah tak payah nak dukung Muhammad dah. 





Sambung cerita, lepas balik dari zoo, kami singgah di UMS tempat belajar arwah Poklong aka Abe Odi. First time saya menjejakkan kaki ke sini. Besar betul dia punya universiti. Masa masuk tu Abah Muhammad kena tinggalkan lesen memandu di depan dan kami dikira sebagai pelawat. Strict juga eh tak macam UIA dan UKM senang saja masuk. Tapi memang situ tarikan pelancong. Masa tunggu Abah Muhammad solat di masjid UMS, ada sekumpulan pelancong Korea bergambar depan masjid.

Setelah puas round UMS, kami bergerak ke restoran arab iaitu Masyawi. Kami makan nasi arab dan shawarma. Boleh tahan sedap juga lah. Tapi saya tak berapa berkenan dengan rasa nasi dia. Bagi saya rasa macam minyak gamat. Tapi Abah Muhammad suka saja alhamdulillah. Lepas siap makan kami terus bertolak balik ke Kota Marudu. Tak bermalam di sini pun. Jam 10 malam begitu kami sampai alhamdulillah. Terima kasih Abah 💞

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, May 26, 2024

MUHAMMAD BERCUTI DI KUNDASANG













Rehat di rumah satu hari kemarin bagi memberi peluang untuk Abah recharge bateri badan kahkah, hari ini kita ke Kundasang! Abah dah tempah bilik yang selesa untuk Umi dan Muhammad. Terima kasih Abah. Selesa sangat dan luas. Kekurangan di sini adalah terlalu sejuk haha. Kita memerlukan kesejukan, tapi bila terlalu sejuk, hilang habis mood kahkah. Saya respect lah mereka yang memang hidup dalam kesejukan. 

Saya dan Muhammad tak mandi hihi. Abah saja yang rajin mandi. Walaupun ada air yang panas untuk mandi, tapi saya tak sanggup nak mandi. Begitu juga Muhammad saya tak mandikan takut demam pula. Terlalu sejuk bah. Nak tahu benda yang exciting tak? Kami tak ke sini bersendirian. Ada keluarga Kak Nurul dan Abe Jani alhamdulillah. Kami duduk bilik bersebelahan saja. Dorang masak sedia di rumah dan kami sampai sampai je, makan terus.

Kami bawa buah tembikai, jambu batu dan timun susu. Kami makan dalam bilik dorang. Suka sangat dapat jumpa anak anak buah yang tak lama lagi akan berpindah ke Semenanjung sudah sebab Moknik dan Poknik Muhammad dapat pindah ke Perak alhamdulillah. Penantian yang sangat mencabar selama 17 tahun di negeri orang. Akhirnya setelah beberapa kali yang tak terkira dorang apply pindah, akhirnya rezeki dorang juga.

Keesokan hari kami ke Desa tengok lembu yang menghasilkan susu dan makan aiskrim yang diperbuat daripada susu lembu itu juga. Irsyad berani sangat bagi makan dekat lembu. Dekat pula tu dia punya tangan dengan mulut lembu. Lepas selesai di Desa, kami ke restoran nasi arab. Sedap dooh lah nasi arab situ. Lagi sedap sebab Moknik dan Poknik belanja. Pertemuan kami berakhir di situ dan berpisah dalam kesyahduan. Terima kasih Moknik Poknik dan family sanggup datang jauh dari Beluran untuk jumpa kami.

Semoga dipermudahkan urusan Moknik Poknik dan keluarga di tempat baru. Tahniah akhirnya dapat juga berpindah ke Semenanjung setelah penantian yang panjang di Sabah. Semoga terus cemerlang dalam apa saja yang kalian lakukan. Sebenarnya Kak Nurul hampir give up. Masa raya tu hari ada Kak Nurul cakap dia bincang dengan Abe Jani, kalau kali ini tak lulus juga pindah, dorang nak pencen awal. Dah tak tahan tinggal di tempat orang sejak bertambah usia.

Kota Marudu, Sabah.

Friday, May 24, 2024

ABAH MUHAMMAD DATANG SABAH


Assalamu'alaikum WBT

Berita baik untuk Umi dan Muhammad, hari ini Abah sampai di Sabah alhamdulillah. Beginilah ini kehidupan PJJ, kalau tidak Umi dan Muhammad yang balik, Abah lah yang datang ke sini. Terima kasih Abah sanggup datang dari jauh demi membahagiakan hati Umi dan Muhammad. Jam 10 pagi Abah sampai di Kota Marudu, Umi apalagi pecutlah terus ke pekan ambil Abah. Hihi.

Banyak perancangan Abah sepanjang cuti 10 hari ini. Saya bersyukur juga sebab sepanjang cuti ini semua housemate balik kampung masing masing. Jadi tak perlu lah kami menyewa di mana mana. Takpelah bagilah chance 10 hari buat macam rumah sendiri kahkah. Jadi perancangan Abah nak memasak mee goreng mamaklah, nak ke Kundasanglah, nak ke KK lah. In shaa Allah dipermudahkan.

Sebelum saya kahwin, tak pernah saya terfikir akan hidup PJJ. Yalah saya kan sentiasa muda, memang ada rasa nak berpasangan, tapi tak pernah fikir akan kahwin dan juga apatahlagi hidup begini berPJJ. Siapa je yang sanggup. Tapi Allah pilih sebab Allah tahu kita boleh in shaa Allah. Allah tak akan uji di luar kemampuan hamba-Nya.

Kalau itu yang saya percaya, in shaa Allah hati ini akan tenang. Semoga kawan kawan senasib saya seperti Kak Izzati dan ramai lagi geng UIA yang sekarang PJJ dengan ada anak lagi dan ada yang berjauhan dengan anak, semoga semuanya dipermudahkan. 

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, May 19, 2024

UPDATE ANAK BUAH TERCHENTA


Bukan nak cakap apalah, bila anak buah aku jadi 4 orang? Seingat aku dulu, ada Iman dan Abdurrahman sahaja. Sekali tuptup naik jadi 4 kahkah alhamdulillah. Itu menunjukkan kesyukuran saya sebenarnya. Saya pun tak pernah terfikir akan ada anak buah. Sekarang sampai 4 alhamdulillah. Semuanya comel comel dan bijak. Senang dijaga uhuk. 

Iman dah masuk darjah 1, Abdurrahman dah tadika dah 6 tahun, Abdullah dah nak masuk 2 tahun dan pandai bercakap dan Abdul Hadi mungkin akan berjalan tidak lama lagi. Itu yang saya cakap bilakah dorang membesar! Tapi saya sedikit sedih sebab Abdullah dan Abdul Hadi tak banyak masa dengan saya sebab saya dah start posting masa dorang membesar.

Semoga semua anak buahku diberi kesihatan yang terbaik sentiasa, bijak, cerdik, petah bercakap, ringan tulang menolong, baik budi pekerti dan memberi manfaat kepada orang lain. Mama Sya sayang semua. Jangan lupakan Mama Sya yang jauh di Sabah ya. Saya tak ingat kalau saya pernah basuh berak Abdullah ke tak, tapi Abdul Hadi memang tak pernah. Yang dua orang atas tu tak payah cakap.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, May 18, 2024

RINDU TOK & AKI


Assalamu'alaikum WBT.

Jarang betul saya dapat jumpa Tok dan Aki sekarang. Yalah dulu bukan sekerap mana pun. Cuma kalau dulu kalau beraya saya akan balik sekali dengan keluarga. Raya tahun ini saya tak balik sebab saya dah jumpa Tok dan Aki masa cuti bulan 2 haritu. Bawa Muhammad jumpa dengan moyang nya. Hiks alhamdulillah. 

Lagipun tahun lepas saya dan Abah Muhammad serta Muhammad di dalam perut sudah balik beraya di Pahang alhamdulillah. Terima kasih Abah Muhammad sebab sanggup mengorbankan raya bersama keluarga besar terchenta untuk beraya bersama keluargaku jauh di Pahang. Hihi. Jadi bila lagi saya boleh jumpa dengan Tok dan Aki.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Semoga Tok dan Aki sentiasa diberi kesihatan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan. Saya sebak setiap kali bersalaman dengan Tok, Tok akan cakap Tok tak minta Allah panjangkan umur Tok, Tok cuma minta selagi Tok hidup, Tok sihat walafiat dan tak menyusahkan orang lain. 

Kota Marudu, Sabah.

Friday, May 17, 2024

ANAK UMI DEMAM


Kemarin anak Umi, Muhammad Wildan demam. Panas badan dia dari malam sebelum. Taknak tidur sendiri, kena Umi pegang atau dukung baru lah dia tidur. Itu pun sedar sedar menangis. Mungkin dia tak selesa kan. Pagi nampak belum kebah, Umi tak pergi sekolah. Bawa Muhammad ke Klinik Dr. Lee dekat dengan pasar tamu. Umi bukan nak cakap apalah, Umi sebenarnya hampir pengsan sebab belum makan dan rasa tak bermaya. Tapi Muhammad lagi lah tak bermaya. 

Nasib sekejap saja di klinik. Doktor bagi 3 jenis ubat dan harganya RM49. Boleh tahan murah juga. In shaa Allah berkesan. Kemarin Muhammad langsung tak duduk atas walker dia. Saya letak sekejap, nampak dia tak bermaya jadi saya angkat balik. Ada juga masa Muhammad gelak gelak tapi nampak dia letih. Sayu rasa hati tengok dia tidur sendiri sambil tengok KL Gangster. Sempat tu dia tengok haha. Alhamdulillah Muhammad bagi Umi masa untuk masak bubur dan buat apa yang patut. 

Sambil layan Muhammad, Umi cuci baju, basuh pinggan, kemas bilik dan beberapa benda lagi kecuali mandi kahkah. Bagi Muhammad makan ubat dan dia tidur, Umi pun sambung kerja. Lepas tu ambil pakaian nak mandi, melangkah masuk ke dalam bilik air, Muhammad pun bangun. What! Tapi alhamdulillah Muhammad faham Umi tak mandi dari semalam jadi dia bagi Umi ruang untuk membersihkan diri dan solat. Terima kasih anak soleh Umi. 

Malam sekali lagi Muhammad susah sangat nak tidur, kena dodoi, kena dukung. Banyak kali tersedar. Alhamdulillah selepas itu, Muhammad tidur dengan lenanya dan beri ruang kepada Umi untuk merehatkan badan juga. Badan Umi sakit sangat dan kepenatan tapi sangat puas hati sebab dapat jaga sendiri Muhammad alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Muhammad asyik kemam mulut dia. Ada gigi dia baru tumbuh!


Ini pagi tadi. Umi tak tahu apa motif dia haha. Lama pula tu dia duduk begitu masa Umi tengah bersiap nak ke sekolah. Mungkin dia nak tunjuk, "Umi, tengok ni. Muhammad kuat! Muhammad dah okay Umi". In shaa Allah anak Umi sihat dan kuat ya. Alhamdulillah Muhammad bangun dengan good mood dan senyum. Bagi susu, berak dan main. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, May 16, 2024

SELAMAT HARI GURU 2024

Assalamu'alaikum WBT.

Saya dengan rendah hatinya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru atau pendidik di mana saja anda mengajar, tak kira sesiapun yang diajar. Selamat Hari Guru juga kepada bakal guru yang sekarang sedang berjuang habis habisan untuk menjadi seoarang guru yang in shaa Allah cemerlang dan gemilang serta berwibawa. In shaa Allah niat suci ini dipermudahkan.

Terima kasih Abah Umi menjadi guru pertamaku, di rumah juga di sekolah. Walaupun saya bukan satu sekolah dengan Umi dulu, tapi saya pernah merasa belajar dengan Umi ketika mengikuti kelas tambahan di sekolah Umi. Saya kagum dengan cara Abah dan Umi mengajar. Jadi sekarang sedikit sebanyak saya meniru cara mereka mengajar semampu yang saya boleh. Hiks.

Tapi masalahnya saya tak garang. Tolong ajar macam mana nak jadi garang. Kalau lah saya dapat ambil kegarangan Abah dan kecheekian Umi masa mengajar di dalam kelas. In shaa Allah doakan saya ya. Saya sekarang masih menimba ilmu, belajar bagaimana menjadi guru yang terbaik. Abah dan Umi banyak juga memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Kebanyakannya berkaitan dengan cara handle stress dalam kelas bila pelajar bising atau tak mendengar kata. Dulu saya tak tahu macam mana kerjaya guru ini sebenarnya. Yang saya nampak hanya lah sisi baik sahaja. Namun bial diberi peluang untuk bergelar guru, baru lah saya tahu ia bukanlah satu tugas yang mudah bahkan tersangatlah mencabar.

Yalah kerjaya apa saja yang tak mencabar kan. Tapi saya baru berdepan dengan realiti bila menjejakkan kaki ke alam ini. Semoga kita sama sama cemerlang. Saya dengan rendah hati sekali lagi meminta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala kepayahan dan kesukaran yang telah kuberikan kepada guru guru sepanjang saya bergelar pelajar. 

Kerjaya ini sebenarnya menyeronokkan tapi yalah setiap bidang ada kesukaran masing masing kan. Semoga adikku Syahadah terus semangat dalam mempersediakan diri dalam menjadi seorang guru yang in shaa Allah cemerlang, gemilang dan terbilang. Cuma aku risau sikit muka dia macam budak. Semoga dipermudahkan urusanmu baby. Aku percaya muka budak tapi tegas ini budak. 

Kota Marudu, Sabah.

Monday, May 13, 2024

PENYELARAS SPBT


Nampak function ke tidak Ustazah Syahirah di situ. Takpe biar saya jawab, memang function teruk weh alhamdulillah. Inilah perumpamaan masuk bakul angkat sendiri kahkah. Hari ini kami penyelaras buku teks untuk setiap tingkatan ditugaskan untuk mengira baki buku teks yang ada di bilik spbt. Alhamdulillah dengan adanya budak budak asrama memudahkan lagi kerja kami untuk mengira. Mereka sangat function ya guys. 

Guru yang terlibat adalah Cikgu Sue, Cikgu Khalida, Cikgu Aveney, Cikgu Neilda dan ketua kami iaitu Cikgu Erlinda. Budak budak semua ramai tak ingat dah siapa. Terima kasih semua. Penat juga jadi penyelaras buku teks. Saya kurang suka sebab kena mengira. Lepas tu bilik dia sedikit panas jadi rasa kurang bersemangat setiap kali turun. Sekian.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, May 11, 2024

BAKAT TERPENDAM MUKHLISIN


Aku tak tahu bila masa adik aku Mukhlisin pandai menyanyi. Maksud saya ada bakat menyanyi. Kalau diikutkan genetik, macam tiada juga. Mungkin sebab Abah dan Umi jarang menyanyi kan. Kalau tengok adik beradik, rasanya suara semua hancur kecuali Kakcik lah kali. Kalau si Syahadah nauzubillah sama macam aku haha.Sebenarnya aku tak pernah dengar Syahadah menyanyi betul betul sebab dia selalu buat macam main main kahkah. Mungkin Syahadah sebenarnya berbakat, dia saja yang tahu.

Tapi Mukhlisin aku memang tak pernah weh. Rupanya berbakat budak kecil satu orang ini. Jadi ketua lagi tu haha. Terima kasih lah kepada para guru yang memberi kepercayaan dan berani untuk bertaruh haha. Tapi sedap suara Adik rupanya. Umi setiap kali dengar akan menangis haha. Mungkin tak sangka kan Adik ada bakat lain selain melukis. 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, May 8, 2024

TOGETHER WE ARE STRONG


I love you Umi
My lovely Umi
You make me happy
When I'm hungry
I always have you
Inside my heart
When I am here with you
I feel happy

Muhammad anak Umi yang soleh sentiasa menjadi penenang hati Umi di kala Umi kusut. Muhammad Wildan Al-Hakim sentiasa menjadi peneman setia Umi di saat Umi sunyi. Umi sayang Muhammad sangat sangat. Umi tak sangka akhirnya Muhammad dan Umi bersatu selepas beberapa bulan hidup berasingan. Kadang Umi rasa bersalah sebab sanggup tinggalkan Muhammad di saat Muhammad masih memerlukan susu badan Umi.

Tapi bak kata Tokmi, setiap apa yang Allah aturkan itu ada hikmahnya. Perancangan untuk membawa Muhammad tinggal bersama Umi di sini pun dibuat dengan cepatnya, alhamdulillah dengan izin Allah. Umi pun tak tahu dari mana Umi dapat kekuatan untuk bersama hanya dengan Muhammad jauh di Sabah ini. Alhamdulillah ala kulli hal. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Semoga Umi pun sentiasa positif dan ceria in shaa Allah. 

Berduaan dengan Muhammad di sini banyak mengajar Umi. Walaupun Umi nampak kurang matang, tapi Umi rasa makin lama makin terserlah sisi kematangan Umi yang orang tak pernah nampak dan takkan pernah nampak. Biarlah orang memandang rendah Umi pun, yang penting Umi tahu Umi sudah buat yang terbaik dalam membesarkan Muhammad. Umi pun masih dalam proses belajar. Umi sangat baru dalam hal ini. 

Umi pun makin berhemah dalam berbelanja alhamdulillah. Umi baru nampak betapa pentingnya berjimat cermat. Tapi setakat ini bab makan Umi tak pandai berjimat. Hiks. Terima kasih Muhammad kerana tabah melayani kerenah Umi. Mungkin awal awal Umi menjaga Muhammad berseorangan, terlalu banyak kekurangan Umi. Umi akui itu. Tapi in shaa Allah makin lama Umi makin belajar dan takkan pernah berhenti belajar demi Muhammad. 

Kadang Umi ada juga terasa hati dengan orang di sekeliling kerana mereka sentiasa memandang rendah terhadap kemampuan Umi dalam menjaga Muhammad, seolah olah Umi tidak layak untuk menjadi seorang ibu. Ini kejadian yang terjadi di sekolah. Susah untuk Umi ceritakan di sini. MamaDa kalau nak tahu cerita boleh pm tepi. Kadang mereka ingat mereka bergurau tapi bab begini sangat lah sensitif kepada Umi seolah Umi tak pandai menjaga anak.

Kadang ada yang terpaling pernah melalui fasa yang Umi lalui sekarang. Jadi bila Umi buat sesuatu yang lain daripada apa yang pernah dia buat untuk anaknya, Umi cepat dihukum. Tapi Umi hanya akur dan mengiyakan sahaja. Benda benda kecil pun asal berkaitan dengan Muhammad, Umi akan cepat terasa. Tapi alhamdulillah walaupun ada juga hari yang Muhammad memerlukan perhatian lebih, tapi Muhammad banyak bagi Umi kerjasama alhamdulillah.

Baru Umi makin sedar betapa sukarnya menjadi seorang ibu, bekerja, menjaga anak, tapi itulah kebahagiaan sebenar. Penat yang berbayar serta merta. Bila kusut, lihat wajah anak, hati menjadi sayu. Kau lah penguatku. Bahagianya hati dapat mencium mu seusai bangun tidur. Bahagianya hati melihatmu tersenyum seolah olah faham apa yang Umi bualkan. Puasnya hati dapat memenuhi kehendakmu. Doakan Umi ya sayang.

Umi akui fasa awal Umi menjaga Muhammad bersendirian sangat sukar sebab Muhammad pun baru pertama kali membesar dengan Umi secara keseluruhannya. Umi pun baru kenal betul betul rutin Muhammad yang mungkin sebelum ini ketika dijaga oleh orang lain, tidak ditunjukkan kepada Umi. Tapi itulah cara Umi belajar dan belajar, trial and error. Umi sayang Muhammad. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Kota Marudu, Sabah.

Monday, May 6, 2024

SOLAT JENAZAH 3 INTAN/PERMATA

Group Shahfiq.
Group Shaira.
Group Jamalullail.
Group Arissa.
Group Syahirah.
Group Elfira.
Tiga sukarelawan menjadi jenazah.
Aslie tak fokus.
Imam Shahfiq yang mantap.

Kalau perlu dipilih kumpulan mana yang terbaik, saya akan pilih kumpulan Shahfiq kerana bacaan yang mantap dan lengkap. Jenazah pun bagus, tiada gerak gerak. Para makmum pun fokus dan mengikut segala pergerakan imam dengan betul. Tapi kumpulan lain pun tiada kurangnya juga. 

Yang bagus kelas ini adalah semangat dorang dan senang masuk kalau kita cakap apa apa. Yang kurangnya adalah tak faham bahasa, orang suruh diam makin dia bising. Itu yang berapa orang kena tarik bulu ketiak olehku kahkah. 

Apapun tahniah semua. Harapnya apa yang kamu belajar hari ini dapat kamu amalkan di kemudian hari. Saya bersyukur dapat berkongsi ilmu dengan mereka. Asalnya saya pun blur pasal solat jenazah, tapi bila ajar dorang, saya pun jadi tahu alhamdulillah.

Kota Marudu, Sabah.