Kemarin anak Umi, Muhammad Wildan demam. Panas badan dia dari malam sebelum. Taknak tidur sendiri, kena Umi pegang atau dukung baru lah dia tidur. Itu pun sedar sedar menangis. Mungkin dia tak selesa kan. Pagi nampak belum kebah, Umi tak pergi sekolah. Bawa Muhammad ke Klinik Dr. Lee dekat dengan pasar tamu. Umi bukan nak cakap apalah, Umi sebenarnya hampir pengsan sebab belum makan dan rasa tak bermaya. Tapi Muhammad lagi lah tak bermaya.
Nasib sekejap saja di klinik. Doktor bagi 3 jenis ubat dan harganya RM49. Boleh tahan murah juga. In shaa Allah berkesan. Kemarin Muhammad langsung tak duduk atas walker dia. Saya letak sekejap, nampak dia tak bermaya jadi saya angkat balik. Ada juga masa Muhammad gelak gelak tapi nampak dia letih. Sayu rasa hati tengok dia tidur sendiri sambil tengok KL Gangster. Sempat tu dia tengok haha. Alhamdulillah Muhammad bagi Umi masa untuk masak bubur dan buat apa yang patut.
Sambil layan Muhammad, Umi cuci baju, basuh pinggan, kemas bilik dan beberapa benda lagi kecuali mandi kahkah. Bagi Muhammad makan ubat dan dia tidur, Umi pun sambung kerja. Lepas tu ambil pakaian nak mandi, melangkah masuk ke dalam bilik air, Muhammad pun bangun. What! Tapi alhamdulillah Muhammad faham Umi tak mandi dari semalam jadi dia bagi Umi ruang untuk membersihkan diri dan solat. Terima kasih anak soleh Umi.
Malam sekali lagi Muhammad susah sangat nak tidur, kena dodoi, kena dukung. Banyak kali tersedar. Alhamdulillah selepas itu, Muhammad tidur dengan lenanya dan beri ruang kepada Umi untuk merehatkan badan juga. Badan Umi sakit sangat dan kepenatan tapi sangat puas hati sebab dapat jaga sendiri Muhammad alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Muhammad asyik kemam mulut dia. Ada gigi dia baru tumbuh!
Ini pagi tadi. Umi tak tahu apa motif dia haha. Lama pula tu dia duduk begitu masa Umi tengah bersiap nak ke sekolah. Mungkin dia nak tunjuk, "Umi, tengok ni. Muhammad kuat! Muhammad dah okay Umi". In shaa Allah anak Umi sihat dan kuat ya. Alhamdulillah Muhammad bangun dengan good mood dan senyum. Bagi susu, berak dan main. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment