Hari ini Abah bawa kami ke zoo yang terletak di Kota Kinabalu. Perancangan ini sebenarnya last minute tapi jadi juga alhamdulillah. Kata Abah nak suruh Muhammad tengok gajah. Tapi ternyata bila sampai saja di sana, baru nampak siapa sebenarnya yang nak tengok gajah. Sesungguhnya zoo ini sangatlah besar sampai mengah Umi nak berjalan. Abah lagi lah kesian kena dukung Muhammad lagi, bawa barang lagi. Bukan Umi taknak tolong, tapi Abah kata tak apa kahkah. Abah cakap Abah kan kuat. Hmm yalah Abah. Alhamdulillah.
Kami bertolak dari Kota Marudu dalam jam 10 pagi dan sampai pukul 1 tengah hari lebih sikit. Tak singgah mana mana, terus ke zoo. Abah tak sabar nak jumpa haiwan dekat sana. Memang banyak jenis binatang yang jarang juga saya jumpa kalau pergi zoo lain. Ada sun bear, cheetah, harimau, gajah dan banyak lagi saya tak ingat. Banyak juga tempat kami tak sampai sebab kena jalan jauh. Kalau ada dia punya bas senang juga. Ini dah lah berbukit bukit. Saya tak larat. Sorry Abah sebab Umi bantutkan excitement Abah. Tapi Abah faham juga.
Kalau tengok saya punya perut harap jangan salah faham. Hanya keluarga saya yang mengenali diriku yang tak pernah perut slim haha. Umi dan Muhammad suka sangat datang sini walaupun penat. Muhammad punya berpeluh macam dia yang kena dukung Abah haha. Saya punya penat pun macam lah saya yang kena dukung Muhammad. Nanti lain kali in shaa Allah kalau Muhammad ada stroller kita bawa Muhammad lagi ya Abah. Abah tak payah nak dukung Muhammad dah.
Sambung cerita, lepas balik dari zoo, kami singgah di UMS tempat belajar arwah Poklong aka Abe Odi. First time saya menjejakkan kaki ke sini. Besar betul dia punya universiti. Masa masuk tu Abah Muhammad kena tinggalkan lesen memandu di depan dan kami dikira sebagai pelawat. Strict juga eh tak macam UIA dan UKM senang saja masuk. Tapi memang situ tarikan pelancong. Masa tunggu Abah Muhammad solat di masjid UMS, ada sekumpulan pelancong Korea bergambar depan masjid.
Setelah puas round UMS, kami bergerak ke restoran arab iaitu Masyawi. Kami makan nasi arab dan shawarma. Boleh tahan sedap juga lah. Tapi saya tak berapa berkenan dengan rasa nasi dia. Bagi saya rasa macam minyak gamat. Tapi Abah Muhammad suka saja alhamdulillah. Lepas siap makan kami terus bertolak balik ke Kota Marudu. Tak bermalam di sini pun. Jam 10 malam begitu kami sampai alhamdulillah. Terima kasih Abah 💞
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment