Group Muszarlalia. |
Kita masuk tajuk baru iaitu Pengurusan Jenazah. Sebelum buat yang amali, kita selesaikan dulu bahagian teori. Kita buat grouping walaupun hasil kerja individu supaya dorang ada geng untuk berkomunikasi. Kalau tak bercakap memang tak sah dorang ni. Aku pun kadang kadang terfikir apalah yang tak habis habis dorang borak.
Tapi bila buat macam ini dorang lebih bersemangat mungkin sebab style baru kan. Biasanya dalam kelas saja. Masa awal awal dulu saya aktif juga buat kelas di surau, tapi jadi malas nak turun sekarang kahkah. Tapi tak apa. Demi suasana yang kondusif dan mempelbagaikan cara pembelajaran, kita sanggup mengorbankan rasa malas.
Semuanya demi kau lah anak anak. Tajuk ini sangatlah senang dan mudah difahami. Dia ajar cara memandikan jenazah, mengapakankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah. In shaa Allah next class kita akan buat amali pula. Bersedialah bakal model jenazah semua ya. Sekian assalamu'alaikum.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment