Saturday, August 31, 2024

MERDEKA 2024

Assalamu'alaikum WBT. 

Hai semua. Sekarang saya rasa sebak sedikit di dada. Haha tiber kan. Hari ini kan hari kemerdekaan negara kita. Tapi bukan itu yang menyebakkan saya. Setahun yang lepas, saya sedang bercuti awal untuk bersalin di kampung. Pagi-pagi saya, Abah Muhammad dan Tokma sekeluarga menonton perarakan merdeka di tv di ruang tamu. Ketika itu Muhammad masih di dalam perut dan belum ada tanda untuk keluar. 

Tapi hari ini, Muhammad dengan bangganya berdiri di depan tv menengok perarakan merdeka dengan sendirinya dengan penuh bersemangat macam mana semangatnya saya pada tahun lepas. Entahlah saya rasa sebak semacam. Macam-macam terlintas di fikiran. Setahun sudah berlalu. Begitu cepat masa. Tapi sayang saya tak terambil gambar Muhammad masa sedang tengok tv tu. Rasa macam banyak sudah saya lalui untuk sampai ke tahap ini.

Tapi pengalaman saya sebagai seorang ibu masih setahun jagung. Setiap hari saya belajar benda baru alhamdulillah. Saya ingat lagi masa saya tengok askar berarak kan, saya cakap dekat Abah Muhammad, best nya kalau Muhammad jadi askar sambil ada kerja hakiki macam Ustaz Hazmin kahkah. Tingginya angan-angan Umi. Padahal Muhammad belum lagi keluar masa tu. Semoga Muhammad menjadi anak soleh dan memberi manfaat kepada orang lain. 

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-67. Semoga Malaysia terus maju dan dijauhkan daripada bala bencana dan segala apa yang tidak diingini. Semoga Malaysia terus selamat daripada penjajah. Semoga segala yang terbaik buat Malaysia dan dijauhkan daripada benda-benda pelik yang semakin banyak timbul pada zaman sekarang. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, August 27, 2024

TOLONG UMI MOP LANTAI


Assalamu'alaikum WBT. 

Hai semua. Hari ini Muhammad Wildan Al-Hakim tolong Umi mop lantai. Rajinnya anak Umi alhamdulillah. Yang dia mop pun bekas dia tumpahkan juga kahkah. Apapun terima kasih anak Umi yang soleh ringankan kerja Umi. 

Cuma Muhammad macam bagi teaser saja lah. Buat dua lekok lepas tu bagi Umi balik. I appreciate your effort, my love. Kalau Umi pegang penyapu dia pun nak menyapu juga lah. Tapi Umi tengok Muhammad lagi expert kalau bab menyapu. 

Dia dah pandai buat suara mengada guys. Yang acah-acah macam merengek. Rasa cute betul. Tapi kadang geram juga kahkah. Tapi lebih kepada cute lah. Hiks. Dengan rambutnya yang macam bentuk tempurung lagi. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, August 26, 2024

MUHAMMAD'S 1ST TIME TRYING RAMBUTAN


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini Umi bagi Muhammad try buah rambutan. Nampaknya dia suka tapi kena suap. Kalau bagi pegang suruh makan sendiri dia taknak. Okay Muhammad nasib baik Umi rajin menyuap hiks. Tapi yalah tangkai juga yang dia suka gigit. 

Saya pun rasa macam nak makan rambutan sebab lama dah tak makan. Ingat lagi tahun lepas masa bercuti awal untuk bersalin ngam ngam musim rambutan. Penuh dapur rumah Ma dengan rambutan dan manggis. Memang berabis lah Umi makan dengan Abah hihi.

Jadi beli lah rambutan 1kg RM5, tapi Umi beli 3kg. Hiks. Sama juga rasa rambutan sini dengan yang di sana haha. Hari ini Umi ambil Muhammad dari taska awal sikit. Awal 30 minit dari biasa saja sebab boring betul di sekolah tak ada internet.

Balik rumah Umi produktif alhamdulillah terus cuci baju Umi dan Muhammad dan sidai terus. Main dengan Muhammad, melayan Muhammad, mandikan Muhammad, solat dan lepas Maghrib tidurkan Muhammad. Sekian. 

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, August 25, 2024

TEMAN UMI KE HARI TERBUKA PPD


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini Muhammad teman Umi bertugas di Hari Terbuka PPD di dewan komuniti Kota Marudu. Terima kasih Muhammad tak merengek pun walaupun dalam kepanasan. Sempat Muhammad jumpa pengetua Umi ya. Tapi mood Muhammad tak berapa nak okay sebab kami sampai sana dalam pukul 9 lebih yang sepatutnya waktu tidurnya. 

Kami pergi dengan Mak Jia. Bukan main bawa stroller tapi akhirnya mendukung juga sebab tempat itu tak strategik untuk bawa stroller. Punya semput Umi dan Mak Jia bergilir dukung Muhammad haha. Cikgu Freeddy tanya siapa gunting rambut Muhammad haha. Umi sempat beli sushi dan takoyaki. 

Lepas siap di sana, kami ke Marry Brown. Asalnya nak makan sana tapi dengan keadaan yang mati karan dan Muhammad macam nak tidur, kami pun balik makan di rumah. Tapi sempat lagi beli buah. Hiks. Buah naga, rambutan, pisang dan betik. Balik mandikan Muhammad. Dia teman Umi dengan Mak Jia makan kejap dan lepas itu tidur. 

P/S: Harini Muhammad melangkah sebanyak 6 langkah tanpa sedar sebab leka tengok Upin Ipin. Saya pun senyap-senyap saja tengok. Pantang tepuk dia perasan pula kahkah. Lain kali kalau dia melangkah, saya kena diam-diam saja supaya dia boleh concentrate. Kalau tidak dia pun sibuk nak menepuk tangan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, August 24, 2024

ABAH VS UMI


Assalamu'alaikum WBT. 

Memang susah ke budak umur 11 bulan 13 hari nak sebut perkataan selain ABAH? Mengapakah begitu? Sesiapa tolong ajar Muhammad perkataan UMI. Namun, untuk makluman semua, hari ini berdepan dengan tempat pembuangan sampah, tanpa memakai seluar, Muhammad berjaya menyebut U-W-I, walaupun bukan seperti yang saya harapkan, namun dekat-dekat sama juga itu kahkah. 

Lagi kita ajar sebut Umi, lagi jelas dia sebut Abah. Saja nak kenakan Umi ke budak masam satu orang ni. Geram je tau. Hihi takdelah. Umi suka je kalau Muhammad sebut Abah. Bye. Perlu ke saya ambil gambar atau video saya basuh berak dia, mandikan dia, susukan dia, main dengan dia, bawa dia jalan-jalan, melayan kerenah dia, bagi dia makan supaya dia menyesal kenapa tak sebut nama Umi awal-awal kahkah. 

Apapun perkataan Muhammad sebut, Umi doakan Muhammad jadi anak yang soleh, baik, sihat, kuat, cerdik dan memberi manfaat kepada orang lain. Terima kasih menceriakan hari-hari Umi dengan keletah Muhammad yang kadang-kadang saja nak menguji kekuatan fizikal Umi kahkah. Kalau naik walker, saya kena pakai sepatu roda untuk kejar dia haha. Punya lah laju. 

Alhamdulillah maksudnya kaki Muhammad sihat kan in shaa Allah. Umi sayang Muhammad. Terima kasih Muhammad teman Umi di kala Umi sunyi. Tiber. Sekarang Muhammad nak berjinak mandi dengan air paip biasa tanpa rebus dulu. Alhamdulillah dia suka tapi ada cara dia. Siapa nak tahu cara dia boleh pm tepi. Dia punya suka sampai taknak keluar bilik air. Bye. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, August 22, 2024

JSU PAI 2024


Bagus-bagus soalan UASA sebelum ini disediakan, sekarang kena buat sendiri pula. Tiber. Kalau boleh ikut style sendiri tidak apa juga, tapi ini kena ikut dia punya syarat yang sangat banyak dan cerewet. Tolong! Ini hanya menambahkan kerjaku sahaja. Cukup sudah aku pening dengan kerja lain. *crying*

Okay itu hanyalah drama semata-mata. Hello saya dah tiga tahun buat soalan exam sendiri. Semua tingkatan 1, 2 dan 3 lagi. Apalah sangat benda ini kan. Kacang saja bak kata Abah. *crying again*

Update:

Doalah semoga semuanya dipermudahkan. Semoga Allah memberiku semangat dan kerajinan yang berterusan untukku membina soalan yang terbaik untuk anak-anak didikku yang terchenta uhuk. Tadi saya rasa sunyi tapi sekarang alhamdulillah saya suka sebab ada kawan-kawan yang baik dan pandai kahkah. 

Saya dapat kawan baru iaitu Ustazah Isrun, Ustazah Adila, Ustazah Aini, Ustazah Shahirah dan ramai lagi. Ada juga yang saya dah kenal macam Ustazah Basirah paling function sebagai JUD untuk subjek Bahasa Arab. Menyala sis! Bak kata Kakda lah kahkah. 

Saya baru siap buat soalan untuk ditaksir sekejap lagi di depan. Nervous tapi excited untuk tahu betul ke tidak saya punya cara. Hihi. Jangan takut mencuba. Tiber. Okaylah sampai di sini dulu coretan hari ini. Bye! Ouu esok ada lagi bengkel ini in shaa Allah. Sekian.

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, August 21, 2024

RAMBUT BARU MUHAMMAD



Assalamu'alaikum WBT. 

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang tidak selesa mata tengok rambut Muhammad. Semuanya salah saya, saya mengaku. Saya cuma ingin memberi sedikit keselesaan kepada Muhammad. Namun seperti yang boleh dilihat, terlebih potong. Saya akan belajar skill memotong rambut dengan gigih pada masa akan datang supaya tidak memudaratkan sesiapa. Terima kasih.

Tapi kenapa saya rasa macam Muhammad jadi makin baby dengan rambut baru. Saya suka sangat tengok lagi-lagi lepas siap mandi dan bila bangun tidur. Geram saja saya tengok. Hihi. Saya bersyukur sangat sekeliling sangat supportive dengan hasil potongan rambut Muhammad kahkah. Contohnya Tokmi. Sekian. Yang lain faham-fahamlah haha. 

Okay gurau. Abah Muhammad cakap, tak apa Muhammad lain kali nanti Abah potongkan ya. Dari situ sudah boleh faham apa yang ingin disampaikan. Mungkin sedaya-upaya untuk tidak menghiris hatiku kahkah. Mama dan Nenek sangatlah baik. Dorang cakap nda apa juga cikgu. Aku kesian juga rambutnya tebal selalu dia garu-garu kepala. Tumbuh juga nanti cikgu. In shaa Allah.

Tokmi cakap, "Comelnya bojeng cucuku, dua tiga hari lagi nanti lagi comel". Okay kalau tengok di sini, ia adalah satu kritikan sebenarnya namun membina. Tapi saya terima juga haha. Kalau MamaDa dia jangan cakap, dia kritik terus skill aku. Mana ada dia bagi ayat-ayat membina. Lambat lagi. Selagi dia boleh kritik dia kritik. Sekian haha. 

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, August 20, 2024

SENJATA DALAM SENYAP

Assalamu'alaikum WBT. 

Ada tak inovasi baru di dunia ini yang boleh daku gunakan masa mengajar. Mari saya terangkan. Ada tak senjata yang saya boleh guna dalam senyap untuk menyakitkan pelajar yang mencabar kesabaranku dalam kelas atau luar kelas. Saya sangat memerlukan benda itu sekarang kerana mengajar budak sekolah ini amatlah mencabar diri ini. 

Dari pagi dah buat aku menyinga. Cukuplah ada satu orang wakil saja dalam setiap kelas yang membuatkanku benci dengan kelas tersebut. Dengar nama kelas pun rasa badmood dah. Apalagi yang dalam satu kelas hampir separuh yang penyebab kepada ketidakwarasan fikiran untuk hari itu. Hari cuti ku pun boleh moody kalau memikirkan sikap pelajar. 

Saya tahu bukan di sekolah ini saja yang begitu. Mana-mana sekolah pun mesti ada budak yang jenis suka mencabar kesabaran guru. Macam aku dulu juga lah kahkah. Rabiatul pun ada mengadu budak dia tak pandai hormat guru. Masih sekolah rendah. Itulah sekolah menengah lain ragam, sekolah rendah lain pula ragamnya. 

Sebab itulah saya memerlukan alat atau kuasa untuk menyakitkan pelajar dengan tujuan mendidik, dari jauh kahkah. Tapi bukan menggunakan sihir atau ilmu hitam. Tolong lah siapa-siapa tolong cipta atau bagi idea. Barulah puas sedikit hati saya dapat melepaskan geram. Sekian. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, August 19, 2024

RALIT TENGOK TV


Umi geram je tengok Muhammad ralit betul menengok tv. Kadang-kadang sampai ke depan almari tv tu dia berdiri dan dengan lekanya menonton tv. Kadang rasa cute, kadang rasa risau juga. Bukan apa, Muhammad pun ada keturunan pakai cermin mata. 

Kalau belah Abah dia, semua pakai cermim mata dari Ma dan Abah, anak sulung sampailah anak bongsu semua pakai cermin mata. Mana Umi tak risau kahkah. Belah Umi pun ada juga tapi bukan semua. Yalah walaupun kita tak tahu gen tu punca ke tak, still lah risau. 

Tapi cute sangat kalau dia tengok tv sambil duduk sorang-sorang di tengah ruang tamu tu, dengan mulutnya ternganga. Ada satu kedudukan kaki dia yang buat Umi rasa nak gigit je anak soleh ni. Nanti kalau dia duduk macam tu lagi Umi gambar in shaa Allah. Hiks. 

Biasanya cerita yang Muhammad tengok adalah Upin & Ipin. Pandai memilih dah sekarang. Kalau dengar lagu pembukaan cerita dari dalam bilik, terus dia merangkak keluar. Haa satu style lagi dia suka berdiri sambil tengok tv dan garpu di tangan macam biasa lah. 

Ingat lagi kalau anak-anak buah tengok tv makcik-makcik nya ni strict betul tak bagi duduk dekat sangat. Haha lawaknya kalau ingat. Sekarang Umi sendiri yang menghadapinya. Haa ambik kau kahkah. Semua tu adalah untuk kemaslahatan semua anak-beranak. Tiber. Bye! 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, August 18, 2024

KAU SAKSI KU

Sesungguhnya hanya kau Ya Allah, satu-satunya saksi perjalanan hidupku yang hakiki. Saksi susah dan senangku, kegembiraanku, kesedihanku, Kau jualah pendengar setia luahan hatiku. Tiada siapa yang aku bergantung harap kecuali kepada-Mu. Tidak pernah sekali pun aku percayakan kawan-kawanku, tidak juga aku ingin membebankan keluargaku dengan segala masalah dan luahanku. Hanya Kau sahaja Ya Allah. 

Amboi ayat boleh tulis buku ke tidak haha. Begitulah hidup ini, ada naik ada turunnya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan juga ujian yang Allah turunkan kepada kita. Semuanya kerana Allah sayang. Saya tulis ini pun, sekadar untuk mengingatkan diri ini bahawa Allah sentiasa ada untuk kita. Kita saja yang lalai, sentiasa lupakan Allah. Di saat susah, barulah pandai mencari-Nya. 

Semoga kita semua dijauhkan dari sifat sebegitu. Semoga di saat senang kita, di saat susah kita, di saat gembira kita, di saat sedih kita, sentiasa ada Allah di dalam hati. Semoga dapat aku tafsirkan segala kesyukuranku kepada-Nya dengan solat pada awal waktu, amanah dalam bekerja, sentiasa bersangka baik dan sebagainya. Perbanyakkanlah muhasabah diri. Tambahbaik apa yang perlu. Sekian. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, August 17, 2024

USTAZAH, TAHNIAH ✨️

Wow pertama kali dalam hidupku sepanjang posting di sini, aku dipuji oleh pengetua. Pagi Jumaat kemarin sampai saja aku di pejabat am untuk punch, ada pengetua sedang rancak berborak dengan Cikgu Junietha depan kaunter. Aku pun tunduk saja lah. Takut juga ditanya itu ini. Sekali pengetua memanggilku, "Ustazah, tahniah tiada sudah nama yang lambat-lambat". Aku hanya tersenyum dan terus lari kahkah. 

Berbaloi juga lah usaha ku dalam memperbaiki mutu diri ini walaupun semuanya bukanlah kerana pengetua, tapi untuk kepuasan diri sendiri dan demi tanggungjawab yang ku rasa semakin aku abaikan. Juga bukan pujian yang aku harapkan. Terima kasih ya Allah kau permudahkan segala urusanku, lancarkan hariku dan memberiku tenaga untuk bekerja dengan lebih gigih. 

Semoga aku dapat menjadi lebih baik selepas ini in shaa Allah. Semoga apa yang aku lakukan diberkati oleh Allah. Semoga segala apa yang aku lakukan adalah semata-mata untuk mencari reda Allah. Semoga apa saja yang aku lakukan dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab. Semoga aku terus istiqamah dan gigih pada masa akan datang. 

In shaa Allah akan ku ubah apa yang perlu secara perlahan-lahan. Namun kelemahanku masih perkara yang sama iaitu tidak boleh bercakap di khalayak ramai. Tidak dapat kubayangkan jikalau minggu ku bertugas, rakan bertugasku tiada dan aku yang terpaksa ke depan untuk bercakap di perhimpunan. Tidak sanggup aku bayangkan kahkah. 

Semoga aku dianugerahkan keberanian itu suatu hari nanti yang tidak ku pasti bila akan berlaku. Hiks. Semoga hari-harimu yang mendatang dipermudahkan oleh Allah SWT. Keep smiling, be positive and live happily. Itu saja coretan daku untuk hari ini. Semoga aku juga diberi kerajinan untuk mengupdate blog dengan lebih kerap in shaa Allah. Bye! 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, August 16, 2024

PENEMAN SETIA UMI


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini Muhammad Wildan bangun tepat jam 4 pagi. Memaksa Umi untuk bangun juga hua hua. Terima kasih Muhammad kejutkan Umi. Muhammad teman Umi buat bekal makanan di dapur. Goreng ayam dan cekodok pisang. Sambil tunggu Umi di kerusinya, Muhammad makan pisang dan juga roti. 

Lebih sejam juga kami di dapur. Terima kasih Muhammad teman Umi. Lepas itu Muhammad teman Umi mandi, solat dan bersiap untuk ke sekolah. Semalam Umi dah letak siap-siap baju Muhammad dalam beg sebab dua hari lepas pengasuh minta, Umi lupa. Hiks. 

Separuh perjalanan ke sekolah, Muhammad pun tidur dengan garpunya yang sentiasa setia di sisi. Kalau nampak di pipi dia ada lebam secotek. Dia jatuh masa cuba untuk berjalan dengan sendiri. Confident saja dia ya. Hari ini Umi sampai sekolah 6.50 pagi. Kelas Umi straight hari ini. Bye. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, August 13, 2024

WEEK 21 WAS A SUCCESS ✨️

Hai assalamu'alaikum. Hari ini saya ingin mengulas tentang minggu ini yang saya rasa adalah satu kejayaan yang baru bagi saya iaitu dari segi kehadiran ke sekolah. Tidak pernah ku sampai ke sekolah selama 5 hari berturut-turut sebelum jam 6.50 pagi. 

Namun minggu ini adalah satu pencapaian yang hebat bagi Nur Syahirah. Hiks. Selain itu, saya telah menyiapkan hampir semua kerja yang ingin saya buat. Itu pun saya rasa sangat gembira memandangkan diri ini bukan sentiasa begitu. Good job Umi Muhammad! 

Dasar Cikgu Neckly menyindirku. Saya sedang tanda kertas exam dua minggu lepas dan masa itu paper saya baru habis, Cikgu Neckly lalu tepi saya dan cakap, "Kalau sa pentadbir, memang sa bagi gaji lebih sama Ustazah Syahirah". Saya pun cakap lah, bukan selalu saya begini. 

Dia pun cakap, "Ya sebab kau jarang begini lah sa cakap begitu". Kurang asam kan kahkah. Tapi memang betul pun saya bukan selalu begitu. Jadi kalau ada masa saya rajin, saya sangat bersyukur hiks. Dipersembahkan segala benda yang membuatkan saya bangga minggu ini. 

1) Sampai awal ke sekolah ✅
Isnin: 6.41 AM - 4.45 PM
Selasa: 6.42 AM - 4.57 PM
Rabu: 6.41 AM - 4.40 PM
Khamis: 6.40 AM - 4.32 PM
Jumaat: 6.48 AM - 4.23 PM

2) Key in markah PPT ✅

3) Susun nama penerima BKP ikut kelas ✅

4) RPH minggu 22 ✅

5) Agih surat amaran kehadiran ✅

Monday, August 12, 2024

MUHAMMAD: 11 MONTHS TODAY

Assalamu'alaikum semua. Hari ini anak Umi yang soleh Muhammad Wildan Al-Hakim genap umurnya 11 bulan. Perkembangan terkini Muhammad sekarang suka berdiri dan semakin lama dia punya berdiri alhamdulillah. Dia juga suka meraikan sendiri kejayaannya berdiri walaupun sekejap. 

Muhammad juga kurang makan sekarang lebih-lebih lagi nasi. Kalau benda lain laju juga dia makan. Mungkin dia pun bertukar taste kali kan sekarang. Tapi ada juga hari dia laju makan nasi. Ada hari kurang. Kata pengasuhnya, mungkin Muhammad sedang meringankan badan dalam usaha untuk berjalan. 

Kalau begitulah, alhamdulillah. Tokmi pun cakap kalau Muhammad taknak makan jangan paksa. Saya ada juga try resepi potato stick, alhamdulillah laju dia makan. Kadang saya suap roti gardenia. Kadang bagi dia air susu kotak. Kadang bagi bubur. Kadang bagi buah. Begitulah seterusnya. Dia ada habit suka buat jatuh ke belakang. Geram! 

Semoga anak Umi Muhammad Wildan Al-Hakim menjadi anak yang soleh, baik, sihat, kuat, cerdik, memberi manfaat kepada orang lain dan menjadi penyejuk mata hati Abah dan Umi serta orang sekeliling. Kalau Abah dia call dan saya tengah solat, dia yang duluan pergi ke handphone dan cuba bercakap dengan Abah. Haha geramnya! 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, August 10, 2024

CIK SIROH KAWAN BERGADUH WILDAN


Hari ini Umi dan Muhammad pergi Macha dengan Mama Liyda dan Cik Siroh. Lepas siap makan di Macha, Umi masuk Servay, Mama Liyda pergi cari barang untuk projek RBT dan Cik Siroh menjaga Muhammad dalam kereta. Umi mendapat laporan bahawa sepanjang dalam kereta mereka tak henti bergaduh kahkah. 

Tapi gaduh-gaduh manja lah. Sekali-sekali Cik Siroh bawa Muhammad jalan di luar kereta tapi sekejap saja. Almaklumlah Muhammad dan Cik Siroh sama besar saja kahkah. Cepat saja Muhammad melurut ke bawah. Jadi sambung gaduh dalam kereta. Muhammad suka sangat duduk dengan Cik Siroh. 

Alhamdulillah Cik Siroh pun suka budak-budak. Melepas rindu kepada sepupu di kampung. Abu Bakar, Udin, Fahmi, Siti Hajar dan Abdullah Abbas. Semua anak Pok Uda dan Mok Uda. In shaa Allah bulan 9 Cik Siroh balik kampung setelah hampir 5 bulan di negeri orang tak balik kampung. 

Khusyuk Muhammad menengok muka Cik Siroh. Alhamdulillah at least ada masa Umi healing kejap sambil cari barang di Servay. Beli pampers Muhammad, sabun dia, susu dia, jajan dia dan lauk-pauk serta barang Umi sedikit sebanyak. Terima kasih Cik Siroh dan Mama Liyda bagi peluang dekat Umi Muhammad. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, August 9, 2024

TIGA KETUL MORNING PERSON


Berita tergempar:

Tiga orang budak dipercayai berasal dari Rantau Panjang bernama Abdurrahman Zakwan, 6 tahun, Abdullah Abbas, 2 tahun dan Abdul Hadi, 1 tahun dilaporkan menjadi morning person sejak lahir. Walau bagaimanapun, punca tidak dapat dikenalpasti berikutan tiada siapa dalam keluarga mereka dipercayai sebagai morning person. Gurau. 

Berlainan daripada kakak sulung mereka iaitu Zahratul Iman, mereka adalah orang pertama yang akan bangun pada waktu pagi mengalahkan semua makcik pakcik mereka serta secara terang-terangan kakak mereka yang kebiasaannya bangun selepas jam 9 pagi dan ke atas. Namun, disebabkan pemberita sudah lama tidak bersama mereka, pemberita juga kurang pasti dengan rutin terkini mereka memandangkan kakak dan abang sulung sudah bersekolah.

Selain itu, masa kini semakin cepat berlalu dan tanpa sedar mereka membesar dengan sangat laju tanpa memberi notis. Semestinya berita tergempar ini adalah yang paling hangat dan sensasi. Mengupas segala rutin harian anak-anak kecil ini yang sangat comel dan dirindui. Sekian berita untuk hari ini. 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, August 7, 2024

HAPPY BIRTHDAY AVENEY


Happy birthday sumandak Sabah, Aveney yang ke-27, the most calm and coolest girl I've ever met in this world. Bila saya cakap paling cool, maksudnya paling cool ya tuan puan. Dia adalah orang paling tak kalut pernah saya jumpa. Kami pertama kali kenal masa posting di sekolah ini. Kami jadi geng kantin sebab masa itu masih online class iaitu bulan Mac 2022. Ketika itu belum lagi kami ditimbuni dengan kerja-kerja yang sekarang seperti gunung ya tuan puan. Kerja yang tidak pandai behenti dan tiada noktah serta titik penghujung.

Saya pasti Aveney pun punya masalah, tapi di manakah dia sembunyikan semua masalahnya itu? Saya memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada kamu Aveney kahkah. Tapi saya lagi syorkan kamu ajar si Jia dulu. Obvious betul muka dia kalau happy, marah, sedih dan sebagainya. Okay berbalik kepada cerita asal, Aveney lah manusia paling rileks di dunia ini haha. Tak pernah saya tengok dia marah atau kalut. Bila dapat kerja, dengan senang hatinya dia buat. Saya memerlukan ketenangan itu.

Dia bercakap dengan nada yang satu key sahaja bak kata Ramli MS. Sekarang rambut Aveney sudah panjang. Aveney pun dah ada kereta sendiri iaitu X50 warna putih. Sangat sesuai dengannya yang kecil molek. Nampak sangat elegant dengan cara jalannya yang unik. Begitulah seorang Aveney ya tuan puan. Ada fun fact pasal dia iaitu dia tak pernah menjejakkan kaki ke Semenanjung. Seumur hidupnya adalah di Sabah, Sarawak dan Labuan. 

Semoga kamu sentiasa berjaya dalam hidupmu Aveney. Teruskan dengan perwatakanmu yang sentiasa menjadi idola kepada pelajar-pelajar di sini. Saya doakan yang terbaik untuk kamu. Saya harap saya dapat walaupun secebis kerajinanmu dan ketenanganmu itu supaya saya boleh buat segala kerja yang diberi dengan jayanya dan ikhlasnya. Hiks. Baiklah sampai di sini saja coretan birthday kawan Sabahanku ini. Bye!

Kota Marudu, Sabah.

Monday, August 5, 2024

PERMULAAN BARU BABY KU SYAHADAH


Assalamu'alaikum warga internet yang disayangi sekalian. Tiber. Hai semua. Hari ini saya ingin bercerita tentang adik saya yang perempuan satu orang ini yang sekarang sudah meningkat dewasa dan perlahan-lahan ke arah yang lebih matang. Tiber kali kedua. Taklah, adikku ini telah memulakan perjalanan barunya sebagai guru di SMK Gual Periok. Cepatnya masa berlalu. ROS sudah ini budak. Bilakah kau membesar? Okay sedih.

Nampak cantik dan comel kan adik saya perempuan satu orang ini? Tapi nak menjaganya hanya Allah yang tahu kahkah. Okay gurau. Tidak juga berguraulah. Syahadah budak paling bagus namun ada ketikanya susah untuk predict. Berdasarkan laporan harian yang diperoleh daripada Puan Norizan aka Umi terchenta, pagi dan hari budak ini bergantung kepada tudung yang dipakainya.

Bagus tudung itu, baguslah mood dia hari itu. Berkeronyok tudung itu, begitulah harinya sepanjang di sekolah haha. Tapi adikku semakin membesar dan matang dewasa. Saya pula sedih. Tapi yang penting perangainya itu itu juga. Tidak banyak berubah. Semoga adikku Syahadah menjadi guru yang cemerlang, berwibawa, berdedikasi, sentiasa semangat dengan kerjaya yang dipilih walau apapun dugaan dan ujian yang dihadapi. 

Saya tahu adik saya kuat. Cuma kadang-kadang dia tunjuk ngada-ngada dia, namun kematangannya disorokkan untuk dirinya sahaja supaya orang tidak judge dia tua. Sekian. Apapun kakakmu yang baik ini mendoakan yang terbaik untukmu adikku. Jangan patah semangat hanya kerana benda kecil-kecil. Bak kata orang putih, hidup ini keras. Kentalkan jiwa, kuatkan semangatmu, kau pasti boleh. 

Ini baru permulaan bagimu. Banyak lagi yang akan kau tempuhi pada masa akan datang. Hadapinya dengan tenang. Berseronoklah dengan kehidupanmu. Bersyukurlah dengan segala yang kau ada. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu. Kakakmu akan sentiasa mendoakanmu. Jangan lupa doakan kakakmu juga. Aku pun sedang struggle dengan pelbagai perkara, namun Allah ada.

P/S: Ternyata kakakmu ini sangat baik. Aku sanggup tukar gambar yang lebih cantik demi mu. Sebenarnya semua gambarmu cantik, jadi susah untuk ku memilih salah satu. Bye. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, August 1, 2024

NEW MONTH, NEW ME


Assalamu'alaikum WBT. 

Tanpa sedar kita sudah menghampiri pengakhiran tahun 2024. Di manakah keberkatan masaku. Mengapa begitu cepat masa berlalu. Begitu juga dengan umurku yang kian meningkat, namun sebanyak manakah amalku meningkat. Muhasabah lah Syahirah. 

Semoga bulan baru ini membawa lebih banyak keberkatan in shaa Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga segala urusan kita dilancarkan baik berkaitan kerja atau kehidupan peribadi. Semoga aku lebih bersyukur dengan kehidupanku sekarang. 

Sejujurnya aku merindukan diriku yang dulu. Namun aku juga gembira dengan kehidupanku sekarang. Aku cuma harap dapat menikmati kehidupan seperti dulu kala namun dengan adanya nikmat sekarang. Tamakkah aku? Hmm. 

Semoga bulan ini Umi Muhammad lebih produktif dan rajin dalam apa jua perkara. Semoga Umi Muhammad meneruskan kerajinan yang ada sekarang dan usaha untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Doakan. 

Kota Marudu, Sabah.