Sunday, August 18, 2024

KAU SAKSI KU

Sesungguhnya hanya kau Ya Allah, satu-satunya saksi perjalanan hidupku yang hakiki. Saksi susah dan senangku, kegembiraanku, kesedihanku, Kau jualah pendengar setia luahan hatiku. Tiada siapa yang aku bergantung harap kecuali kepada-Mu. Tidak pernah sekali pun aku percayakan kawan-kawanku, tidak juga aku ingin membebankan keluargaku dengan segala masalah dan luahanku. Hanya Kau sahaja Ya Allah. 

Amboi ayat boleh tulis buku ke tidak haha. Begitulah hidup ini, ada naik ada turunnya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan juga ujian yang Allah turunkan kepada kita. Semuanya kerana Allah sayang. Saya tulis ini pun, sekadar untuk mengingatkan diri ini bahawa Allah sentiasa ada untuk kita. Kita saja yang lalai, sentiasa lupakan Allah. Di saat susah, barulah pandai mencari-Nya. 

Semoga kita semua dijauhkan dari sifat sebegitu. Semoga di saat senang kita, di saat susah kita, di saat gembira kita, di saat sedih kita, sentiasa ada Allah di dalam hati. Semoga dapat aku tafsirkan segala kesyukuranku kepada-Nya dengan solat pada awal waktu, amanah dalam bekerja, sentiasa bersangka baik dan sebagainya. Perbanyakkanlah muhasabah diri. Tambahbaik apa yang perlu. Sekian. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment