Assalamu'alaikum warga internet yang disayangi sekalian. Tiber. Hai semua. Hari ini saya ingin bercerita tentang adik saya yang perempuan satu orang ini yang sekarang sudah meningkat dewasa dan perlahan-lahan ke arah yang lebih matang. Tiber kali kedua. Taklah, adikku ini telah memulakan perjalanan barunya sebagai guru di SMK Gual Periok. Cepatnya masa berlalu. ROS sudah ini budak. Bilakah kau membesar? Okay sedih.
Nampak cantik dan comel kan adik saya perempuan satu orang ini? Tapi nak menjaganya hanya Allah yang tahu kahkah. Okay gurau. Tidak juga berguraulah. Syahadah budak paling bagus namun ada ketikanya susah untuk predict. Berdasarkan laporan harian yang diperoleh daripada Puan Norizan aka Umi terchenta, pagi dan hari budak ini bergantung kepada tudung yang dipakainya.
Bagus tudung itu, baguslah mood dia hari itu. Berkeronyok tudung itu, begitulah harinya sepanjang di sekolah haha. Tapi adikku semakin membesar dan matang dewasa. Saya pula sedih. Tapi yang penting perangainya itu itu juga. Tidak banyak berubah. Semoga adikku Syahadah menjadi guru yang cemerlang, berwibawa, berdedikasi, sentiasa semangat dengan kerjaya yang dipilih walau apapun dugaan dan ujian yang dihadapi.
Saya tahu adik saya kuat. Cuma kadang-kadang dia tunjuk ngada-ngada dia, namun kematangannya disorokkan untuk dirinya sahaja supaya orang tidak judge dia tua. Sekian. Apapun kakakmu yang baik ini mendoakan yang terbaik untukmu adikku. Jangan patah semangat hanya kerana benda kecil-kecil. Bak kata orang putih, hidup ini keras. Kentalkan jiwa, kuatkan semangatmu, kau pasti boleh.
Ini baru permulaan bagimu. Banyak lagi yang akan kau tempuhi pada masa akan datang. Hadapinya dengan tenang. Berseronoklah dengan kehidupanmu. Bersyukurlah dengan segala yang kau ada. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu. Kakakmu akan sentiasa mendoakanmu. Jangan lupa doakan kakakmu juga. Aku pun sedang struggle dengan pelbagai perkara, namun Allah ada.
P/S: Ternyata kakakmu ini sangat baik. Aku sanggup tukar gambar yang lebih cantik demi mu. Sebenarnya semua gambarmu cantik, jadi susah untuk ku memilih salah satu. Bye.
Kota Marudu, Sabah.
Gambar paling hudoh dipilihnya😫
ReplyDelete