Wow pertama kali dalam hidupku sepanjang posting di sini, aku dipuji oleh pengetua. Pagi Jumaat kemarin sampai saja aku di pejabat am untuk punch, ada pengetua sedang rancak berborak dengan Cikgu Junietha depan kaunter. Aku pun tunduk saja lah. Takut juga ditanya itu ini. Sekali pengetua memanggilku, "Ustazah, tahniah tiada sudah nama yang lambat-lambat". Aku hanya tersenyum dan terus lari kahkah.
Berbaloi juga lah usaha ku dalam memperbaiki mutu diri ini walaupun semuanya bukanlah kerana pengetua, tapi untuk kepuasan diri sendiri dan demi tanggungjawab yang ku rasa semakin aku abaikan. Juga bukan pujian yang aku harapkan. Terima kasih ya Allah kau permudahkan segala urusanku, lancarkan hariku dan memberiku tenaga untuk bekerja dengan lebih gigih.
Semoga aku dapat menjadi lebih baik selepas ini in shaa Allah. Semoga apa yang aku lakukan diberkati oleh Allah. Semoga segala apa yang aku lakukan adalah semata-mata untuk mencari reda Allah. Semoga apa saja yang aku lakukan dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab. Semoga aku terus istiqamah dan gigih pada masa akan datang.
In shaa Allah akan ku ubah apa yang perlu secara perlahan-lahan. Namun kelemahanku masih perkara yang sama iaitu tidak boleh bercakap di khalayak ramai. Tidak dapat kubayangkan jikalau minggu ku bertugas, rakan bertugasku tiada dan aku yang terpaksa ke depan untuk bercakap di perhimpunan. Tidak sanggup aku bayangkan kahkah.
Semoga aku dianugerahkan keberanian itu suatu hari nanti yang tidak ku pasti bila akan berlaku. Hiks. Semoga hari-harimu yang mendatang dipermudahkan oleh Allah SWT. Keep smiling, be positive and live happily. Itu saja coretan daku untuk hari ini. Semoga aku juga diberi kerajinan untuk mengupdate blog dengan lebih kerap in shaa Allah. Bye!
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment