Monday, June 30, 2025

MUHAMMAD NAJHAN BERJARUM 6 BULAN

Assalamu'alaikum WBT. Penatnya Umi hari ini banyak yang nak kena settle kan. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Yang bikin pening adalah sijil amc tapi yang itu tolak tepi dulu. Yang penting sekarang nak cerita Muhammad Najhan berjarum 6 bulan hari ini alhamdulillah. 

Abah memang tak boleh cuti, jadi Umi satu orang yang bawa Najhan ke klinik. Habis kelas, Umi siapkan kerja sikit dan masuk meeting. Sempat siapkan sikit bahagian sijil susun nama, jam 3 lebih keluar bikik mesyuarat dan solat. Bukan main plan dengan Nenek untuk ambil Najhan seorang dulu untuk ke klinik. 

Bukan apa, kesian kalau Muhammad nampak Umi, nanti nak ikut juga. Ngam ngam Muhammad tidur, jadi senang la Umi ambil Najhan dan ke klinik terus. Tunggu lama juga la tapi masa tu dah dekat jam 5, jadi nurse pun percepatkan juga sebab dorang pun nak balik awal. Punya la aktif Najhan, lenguh tangan Umi. 

Alhamdulillah berat Najhan 9.79kg, meningkat dari hari tu. Hari ini juga Najhan start makan sudah. Biskut pun saya dah bagi. Ubi pun ada saya bagi. Alhamdulillah setakat ini dia makan. Di taska Nenek bagi bubur. Bilang Nenek berselera juga dia makan alhamdulillah. Bersambung. Nak potong papaya dekat Abah kejap.  

Okay selesai. Sekarang 11.57 malam. Saya baru settle kan sikit sijil untuk print esok atau lusa sambil teman Abah Muhammad buat kerja di idme. Jadi tadi Najhan taknak duduk diam masa check up ya haha. Tapi itu pun satu kesyukuran juga. Dia menangis sekejap bila kena jarum. Masuk kereta saya bagi biskut. 

Lepas itu ambil Wildan dan balik ke rumah. Sampai dalam 5.30 petang. Lepas bawa barang dan dua beradik yang soleh masuk rumah, saya goreng ikan dan potong buah. Abah balik, sempat kami round kampung naik motor. Balik rumah masak sayur dan borak itu ini sambil melayan kerenah budak budak itu. 

Dah standby ubat kalau badan Najhan panas atau ada tanda nak demam, bagi ubat terus. Kami bergilir makan dan jaga dorang. Abah makan, Umi jaga. Lepas itu, Abah solat Maghrib dan Umi makan. Abah jaga dorang, Umi solat. Umi tidurkan Najhan, Abah tidurkan Wildan. Alhamdulillah. 

Begitula kebiasaan rutin kami alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga ada kebaikan dalam segala kepenatan ini. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati dan amal kita sentiasa diberkati. Semoga ini menjadi ladang pahala untukku. Syahirah boleh!!! Tiber. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, June 29, 2025

SANAH HELWAH ZAHRATUL IMAN

Assalamu'alaikum WBT. 

Happiest birthday to my first ever anak buah and the only niece I have so far. Anak buah MamaSya yang dah besar sekarang mencecah umur 8 tahun dalam sekelip mata, tiada siapa yang bersedia. Hiks. Yang penting itu budak chatterbox dan dah banyak emosi. Walaupun MamaSya berada jauh dari Iman, harapnya Iman tak pernah lupakan MamaSya. 

MamaDa dan MamaSya sangat excited dapat anak buah pertama dulu. Kamu yang pertama, jadi segalanya kamu kamu kamu. Dulu pernah MamaSya dan MamaDa kalut lap berak Iman sampai kena toto, riuh rendah cuci toto pula. Semoga Iman membesar menjadi anak yang ceria, solehah, cerdik, cantik, ringan tulang, menyejukkan hati dan memberi manfaat kepada semua. 

Suka tengok sifat Iman yang sentiasa mengutamakan Umi dan Abinya. Kalau ada apa apa makanan, mesti dia simpan juga untuk Umi dan Abi. Tapi sayangnya sekarang MamaSya jarang boleh jumpa sebab jauh kan tapi selalu juga MamaSya dengar cerita tentang kecerdikan, kepetahan dan kebijakan Iman. Comel je Iman tulis welcoming letter dekat MamaDa dan selit dalam bilik carrot tu. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, June 24, 2025

PENAPAU MAKANANKU

Ini la kerja si Jia kalau aku bawa bekal haha. Okay gurau. Memang saya menawarkan kepadanya dan dengan senang hatinya dia menerima pelawaanku. Suka sangat ya dia makan nanas tu. Memang sedap dan manis tak tipu. Itu yang saya beli di tamu tu la. Lepas saya bawa nanas minggu lepas, hari hari dia tanya ada lagi ke, ada bawa ke haha. Saya cakap belum, tunggu saya pergi tamu dulu. 

Bekal hari ini adalah nasi putih, telur masin, ayam goreng bestari, telur rebus dua biji, pisang lima biji dan air teh panas. Sedap!!! Alhamdulillah. Pisang pun Neilda ambil satu, Jia ambil satu. Saya bawa dua jenis iaitu pisang keling dan pisang berangan. Dua dua sedap. Ada rasa tersendiri la. Saya bawa extra hari ini sebab memang rancang nak stay untuk siapkan kerja yang tertangguh. 

Alhamdulillah berjaya siap key in markah di tapak sekolah, di idme belum, siapkan rph yang tertangguh hampir lima minggu dan print syllabus untuk senang tengok apa yang sudah diajar dan belum. Saya bersyukur sangat sebab dipinjamkan kuasa kerajinan untuk menyiapkan semua itu. Terima kasih ya Allah. Okayla sampai di sini dulu coretan mengarut saya untuk hari ini. Bye! 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, June 23, 2025

DATING LEPAS SEKOLAH

Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini kita dating di Secret Recipe hihi. Makan kek saja pun sambil bercakap itu ini sebelum ambil anak anak di taska. Bukan selalu boleh macam ini sebab Abah Muhammad sekolah sesi petang. Cuma hari ini ada majlis PIBG di Salaping, jadi sekolah satu sesi sahaja. Habis sekolah jam 2.30 petang terus saya pecut balik. Sekali Abah Muhammad tengah mandi ya masa saya balik dan masa itu hampir 3 petang dan ambil anak paling lambat jam 5 petang. 

Tapi tak apa, saya faham juga Abah Muhammad penat mengurus budak masa majlis. Okayla kita maafkan, cuma adala tunjuk ketidakpuasan hati sekejap kahkah. Maafla saya masih belajar untuk menjadi solehah. Sambung, lepas siap makan kek, kami ke Jamal Salim untuk makan roti naan cheese dan minum air kelapa. Tak lama la, siap makan terus jalan untuk ambil anak anak yang dirindui. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami berdating kahkah. 

Sejak Abah Muhammad sekolah sesi petang, kami macam mencari cari juga masa untuk dicuri demi meluangkan masa bersama. Yalah alhamdulillah suka sangat dapat membesarkan anak sama sama, tengok anak depan mata, tapi ada juga masa yang kita perlukan untuk spend time masa bersama. Masalahnya kalau tunggu anak tidur, dengan kami sekali ketiduran. Jadi terbangun keesokannya, sama sama bangun dengan anak anak soleh yang morning person juga haha. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, segala urusan sesiapa yang membaca blog yang boring ini. Setiap kali dalam doa saya sentiasa meminta agar diberi ketenangan hati dan kedamaian jiwa supaya dapat menjalani kehidupan seharian dengan harmoni dan tenang in shaa Allah. Sejak kawan kawan saya pindah ke Semenanjung, ada masanya yang saya rasa kusut. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi suka la sekarang ada jiran baru yang dari Semenanjung juga hiks. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, June 22, 2025

PISANG MURMUR DI TAMU


Suka sangat pergi Tamu!!! Alhamdulillah. Macam biasa, Abe duduk di stroller, Adik didukung menggunakan baby carrier. Banyak sangat yang kami beli dan semestinya bukan pembaziran hiks. Kalau tengok pisang dalam gambar tu macam kecil je pisangnya kan? Tidak ya. Pisang sangat besar dan harga semua itu adalah RM10 sahaja guys. Pisang berangan dan pisang keling.

Seterusnya saya beli ubi manis yang isi warna kuning RM8 sekilo. Lagi kami beli nanas RM5 sebiji dan kami beli dua biji. Manis jangan cakapla. Lagi kami beli ikan basung RM 5 sekilo dan kami beli dua kilo. Lagi ikan lumahan RM12 sekilo. Lagi sotong RM10 sekilo dan kami beli dua kilo. Apa lagi ya tak ingat dah. Ouu mochi RM2.50 sebiji dan kami beli enam biji.

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, June 21, 2025

WEEKEND SPENT WELL










Hai assalamu'alaikum semua. 

Alhamdulillah perancangan untuk ke Kundasang minggu ini berjalan dengan lancar dan terkawal. Dah lama rancang untuk ke sana dan alhamdulillah akhirnya dipermudahkan. Tapi tak adalah tempat lain kalau ke sana melainkan Desa Dairy Farm dan Arabic Kitchen makan nasi arab. Hiks.

Nasi arab memang kami akan selalu repeat sebab kesedapannya dan juga kebaikan para pekerjanya melayan kami sekeluarga dan juga orang lain. Murah senyuman dan serve kami dengan sangat baik. Kalau ke Desa kami akan repeat makan aiskrim yogurt dan makan pepperoni pizza. Kami beli satu kotak terus hihi RM28. Aiskrim satu harga RM6.50. 

Muhammad kami letak atas stroller supaya senang untuk dikawal dan alhamdulillah dia pun bagi kerjasama untuk duduk atas stroller dengan tenang. Kalau Najhan, Abah dukung dengan baby carrier. Kerja Umi la paling senang hihi. Tak payah bawa apa apa. Terima kasih Abah. Kami sampai sana pukul 11 pagi dan sampai rumah pukul 6 petang. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, June 19, 2025

HAPPY BIRTHDAY, MY HERO ❤

Assalamu'alaikum WBT. 

Happy birthday to my beloved hero, Abahku sayang, cinta pertamaku. Hiks. Hari ini genap umur Abah 59 tahun. Semoga dipermudahkan segala urusan Abah, dimakbulkan segala doa Abah, dipanjangkan umur Abah dalam kebaikan dan kesihatan yang terbaik. Semoga Abah diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Kaksha sayang Abah. Hihi. 

Terima kasih Abah kerana sentiasa menjadi inspirasi hidupku. Terima kasih Abah atas segala ajaranmu kepadaku. Terima kasih Abah kerana sentiasa ada menasihatiku di saat aku memerlukan kata kata semangat. Terima kasih Abah dan Umi atas segalanya. Tanpa ajaranmu dan didikanmu, tiadalah aku di sini saat ini. Sayang Abah dan Umi. 

Terima kasih Abah kerana menjadi ketua keluarga yang terbaik. Bagi saya, setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam membesarkan anak anak dan Abah dan Umi telah menggunakan cara terbaik yang sesuai dengan kami anak anak mereka. Tiada kekurangan pun dalam cara mereka membesarkan kami alhamdulillah. Terima kasih Abah dan Umi. 

Saya ada satu cerita la. 2016 dulu masa saya final exam asasi, saya memang tengah stress dan saya ada luahkan kepada Umi, dan Abah ada dengar sekali. Lepas itu saya tutup hp la dah habis meluah menangis semua. Sekali saya tercall nombor hp Abah, dan Abah tanya kenapa. Saya cakap, "Kaksha tertekan." Abah pun tanya kenapa, saya pun cakapla saya tertekan.

Abah pun tanya, tertekan kenapa. Saya cakap, "Abah, kaksha tercall Abah." Abah pun cakap, "Ouhhh, ingatkan tertekan bakpo takdi, jange stress stress deh." Macam lawak tapi saya rasa terharu sangat sangat. Banyak lagi sebenarnya moment yang Abah tenangkan saya disamping Umi la. Antaranya masa saya baru tahu ada thyroid dan ada kemungkinan untuk dibedah. 

Lagi masa saya menangis kereta kena block dengan Cikgu Faidal dan masa itu saya dah siap untuk keluar cari makan. Lagi masa saya baru posting dan tinggal seorang di flat sebelum buka sekolah. Banyak!!! Terima kasih Abah dan Umi atas perhatian yang diberikan kepada anakmu yang mengada ngada ini. Semoga syurga untuk Abah dan Umi. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, June 16, 2025

RARE PUNYA CASE

Kes rare kunun kahkah. Begini ceritanya. Benda ni saya beli dari tiga minggu lepas dan guna sea shipping. Memang lama la menanti. Saya sangat tidak sabar untuk memilikinya kerana sekarang musim Najhan ada banyak air liur jadi selalu basah dia punya baju. 

Barang ni beralamatkan rumah Kakda. Kemarin dapat noti yang barang sampai. Tapi saya tak pergi ambil terus la sebab biasanya Kakda akan bawa ke sekolah. Tapi hari ini tiada Kakda bawa. Saya pun chat Kakda tanya. Kakda cakap takde pun barang sampai. 

Saya pun chat la orang yang hantar barang tu. Dia cakap dia dah hantar. Dia malah sudah confirm kan bahawa rumah itu la yang dia pergi hantar ke. Dia cakap dia letak atas kereta tu parcel. Sekali dia hantar gambar. Bila saya amati, dia letak atas bonet kereta si Basirah. 

Kira tinggi la kan, dan bagi yang kenal Basirah, memang tahu la yang Basirah seorang yang kecil dan cute. Kalau ikut logik memang dia tak akan nampak barang tu atas belakang kereta dia sebab Myvi tinggi kan. Tapi benda nak jadi kan. Orang putih cakap, benda nok geroh. 

Jadi kereta itu sudah dia bawa ke hulur ke hilir balik ke rumahnya dan ke sekolah lagi. Barang itu sudah tiada di atas keretanya. Ya la logikla dia bawa mestila tak slow dan barang itu ringan saja ba. Jadi sekarang saya hanya reda dan menerima ketentuan bahawa tiada rezeki saya. 

Kempunan juga la saya nak Najhan pakai supaya tak nampak comot. Tapi takpe. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sedang belajar untuk menerima takdir. Hiks. Doakan guel supaya tenang menghadapinya. Baikla itu saja cerita saya hari ini. Bye! 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, June 15, 2025

GENG ABAH

Sampai hati ya tak ajak Umi bergambar sekali. Hiks. Ini geng Abah la ni eh. Okay daku mengundur diri kahkah. Semoga anak anak soleh Umi membesar dengan sebaik mungkin dengan didikan agama yang mantap dan memberi manfaat kepada orang lain in shaa Allah. 

Kenapa rasa macam cepat betul dua hari cuti ni. Saya belum puas lagi spend time di rumah! Bila cuti lama, rasa nak ke sekolah pula. Bila kena kerja, rasa nak cuti pula haha. Dasar tak bersyukur. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, June 14, 2025

TILL JANNAH ALANG & KAKJA




















Tahniah abangku Alang dan kakak iparku Kakja atas masjid yang telah dibina hari ini. Walaupun tidak dapat kuhadir, daku menitipkan doa semoga perkahwinan ini diberkati dan hidup kalian dirahmati sentiasa. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke syurga Allah dalam kebahagiaan in shaa Allah. 

Suka sangat tengok tema hitam yang dipakai oleh ahli ahli keluargaku yang terchenta. What a wonderful idea! Suka juga tengok ahli ahli keluarga yang jauh berkumpul demi memeriahkan pernikahan Alang di Terengganu. Tok dan Aki pun ada!

Semoga dilancarkan perjalanan seluruh ahli keluarga dan semoga selamat sampai ke destinasi. Aamiin ya Rabb. Sempat mereka singgah di rumah Kak Huda ya. Dapatla merasa kek yang sedap sedap kali alhamdulillah. Saya pula yang sebak tengok dorang berjumpa. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, June 13, 2025

3 CERITA, BERAKHIR DENGAN PENYESALAN


Adik obses dengan Abe, Abe obses dengan Adik, Abah Umi obses dengan dua dua haha. Okay gurau. Dorang ni saling bergeram antara satu sama lain tapi lain dorang punya cara mengekspresikannya. Kalau Abe melalui penumbuk atau duduk atas Adik, kalau Adik dengan kekoh atau jilat Abe. 

Abe tu kalau Abah Umi leka sikit, haa tiba tiba naik basikal atas kaki Adik. Terkejut beruk Umi haritu. Nasib baikla Adik pun jenis kebal juga. Tiada dia menangis. Tapi kalau kena tampar yang kuat sikit tu dekat muka, pandai menangis juga dia. 

Saya ingat lagi dulu masa Iman dan Abdurrahman kecil, bila Iman buat adik dia menangis, saya cakap haa tunggula Abdurrahman besar sikit kena la kakak nanti. Sekali bila besar, rupanya Abdurrahman ni lembut sangat orangnya. Macam tak ada rasa nak balas dendam haha. 

Jadi saya saja la yang kebuluran nak tengok Abdurrahman ngenak Iman sampai tiok. Jahatnya mak saudara pun haha. Sekarang dorangla paling cakap banyak tapi paling function juga bila di rumah Tokmi selalu tolong Tokmi Tokbah buat itu ini. 

Baguslah Iman, Abdurrahman, berbakti banyak banyak dekat Tokbah dan Tokmi ya. Jangan jadi macam Mama Sya menyesal sampai sekarang. Walaupun dah besar masa tu, masih tak matang tak pandai nak berbakti dengan Mek dan Ayah, dengan Tok dan Aki pun saya awkward. 

Kota Marudu, Sabah.