Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini kita dating di Secret Recipe hihi. Makan kek saja pun sambil bercakap itu ini sebelum ambil anak anak di taska. Bukan selalu boleh macam ini sebab Abah Muhammad sekolah sesi petang. Cuma hari ini ada majlis PIBG di Salaping, jadi sekolah satu sesi sahaja. Habis sekolah jam 2.30 petang terus saya pecut balik. Sekali Abah Muhammad tengah mandi ya masa saya balik dan masa itu hampir 3 petang dan ambil anak paling lambat jam 5 petang.
Tapi tak apa, saya faham juga Abah Muhammad penat mengurus budak masa majlis. Okayla kita maafkan, cuma adala tunjuk ketidakpuasan hati sekejap kahkah. Maafla saya masih belajar untuk menjadi solehah. Sambung, lepas siap makan kek, kami ke Jamal Salim untuk makan roti naan cheese dan minum air kelapa. Tak lama la, siap makan terus jalan untuk ambil anak anak yang dirindui. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami berdating kahkah.
Sejak Abah Muhammad sekolah sesi petang, kami macam mencari cari juga masa untuk dicuri demi meluangkan masa bersama. Yalah alhamdulillah suka sangat dapat membesarkan anak sama sama, tengok anak depan mata, tapi ada juga masa yang kita perlukan untuk spend time masa bersama. Masalahnya kalau tunggu anak tidur, dengan kami sekali ketiduran. Jadi terbangun keesokannya, sama sama bangun dengan anak anak soleh yang morning person juga haha.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, segala urusan sesiapa yang membaca blog yang boring ini. Setiap kali dalam doa saya sentiasa meminta agar diberi ketenangan hati dan kedamaian jiwa supaya dapat menjalani kehidupan seharian dengan harmoni dan tenang in shaa Allah. Sejak kawan kawan saya pindah ke Semenanjung, ada masanya yang saya rasa kusut. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi suka la sekarang ada jiran baru yang dari Semenanjung juga hiks.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment