Assalamu'alaikum WBT.
Happy birthday to my beloved hero, Abahku sayang, cinta pertamaku. Hiks. Hari ini genap umur Abah 59 tahun. Semoga dipermudahkan segala urusan Abah, dimakbulkan segala doa Abah, dipanjangkan umur Abah dalam kebaikan dan kesihatan yang terbaik. Semoga Abah diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Kaksha sayang Abah. Hihi.
Terima kasih Abah kerana sentiasa menjadi inspirasi hidupku. Terima kasih Abah atas segala ajaranmu kepadaku. Terima kasih Abah kerana sentiasa ada menasihatiku di saat aku memerlukan kata kata semangat. Terima kasih Abah dan Umi atas segalanya. Tanpa ajaranmu dan didikanmu, tiadalah aku di sini saat ini. Sayang Abah dan Umi.
Terima kasih Abah kerana menjadi ketua keluarga yang terbaik. Bagi saya, setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam membesarkan anak anak dan Abah dan Umi telah menggunakan cara terbaik yang sesuai dengan kami anak anak mereka. Tiada kekurangan pun dalam cara mereka membesarkan kami alhamdulillah. Terima kasih Abah dan Umi.
Saya ada satu cerita la. 2016 dulu masa saya final exam asasi, saya memang tengah stress dan saya ada luahkan kepada Umi, dan Abah ada dengar sekali. Lepas itu saya tutup hp la dah habis meluah menangis semua. Sekali saya tercall nombor hp Abah, dan Abah tanya kenapa. Saya cakap, "Kaksha tertekan." Abah pun tanya kenapa, saya pun cakapla saya tertekan.
Abah pun tanya, tertekan kenapa. Saya cakap, "Abah, kaksha tercall Abah." Abah pun cakap, "Ouhhh, ingatkan tertekan bakpo takdi, jange stress stress deh." Macam lawak tapi saya rasa terharu sangat sangat. Banyak lagi sebenarnya moment yang Abah tenangkan saya disamping Umi la. Antaranya masa saya baru tahu ada thyroid dan ada kemungkinan untuk dibedah.
Lagi masa saya menangis kereta kena block dengan Cikgu Faidal dan masa itu saya dah siap untuk keluar cari makan. Lagi masa saya baru posting dan tinggal seorang di flat sebelum buka sekolah. Banyak!!! Terima kasih Abah dan Umi atas perhatian yang diberikan kepada anakmu yang mengada ngada ini. Semoga syurga untuk Abah dan Umi.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment