Friday, June 6, 2025

BYE KAKDA


Iya pigi la semua. Pakat pakat pindah semua. Tinggalkanla Kota Marudu ni. Biarla tinggal kami saja di sini. Apapun tahniah Kakda atas perpindahan ke sekolah baru. Memang rezeki Kakda dapat Kelantan dekat dengan rumah. Bolehla Kakda ulang alik saja tak perlu sewa rumah, boleh sambung business pizza dan tunggu rumah Kakda siap. Perfect dah hidup Kakda alhamdulillah. Boleh bersatu semula dengan anak anak pun rezeki yang sungguh besar. 

Pemergian Kakda adalah satu kehilangan yang sangat besar bagi warga SMK Tandek 2 kerana jasa Kakda sangatla banyak. Kakda tersangatla function sepanjang berkhidmat di sini. Kerja laju, disenangi rakan sekerja, diminati murid. Kakda happy go lucky, sangatla positif. Sekolah kehilangan guru disiplin yang tegas tapi nakal. Murid kehilangan guru RBT yang sangat produktif. Kelas 2 Intan kehilangan guru kelas yang sangat function. Kalau aku jadi pengganti, malangla dorang kahkah. 

Su pun alhamdulillah dapat pindah ke Seremban dapat sekolah jarak 15 minit dari rumah suaminya. Semuanya rezeki la kan tuan puan. Semoga Su sentiasa berbahagia dengan suaminya dan dikurniakan keluarga yang sakinah mawaddah warahmah. Tak sabar nak tengok anak Su mesti putih melepak. Aveney cakap, sekarang tinggal kita berdua ja Syah. Yalah dulu ada Danial dan Kakda sebagai guru guru baru yang asal. Sekarang semua pindah tinggal kami saja lagi. 

Dua tiga hari juga la saya nak menerima kenyataan bahawa hidup sekarang sudah mula berubah slow slow. Mula mula dulu masing masing single, pastu ada yang kahwin, dapat anak dan sekarang Kakda pula berpindah. Sebenarnya sangat ramai yang dapat pindah kali ini. Kosong dah Kota Marudu sekarang. Semua yang Semenanjung nak balik ke tempat asal. Tapi itula kehidupan kan. Tapi itula bila ada yang jenis nak provoke rasa benci juga la. 

Apapun Kakda dan Su semoga terus cemerlang, gemilang dan terbilang di sekolah baru. Bergembirala dengan kehidupan baru kalian. Daku tumpang gembira bercampur sedih juga sebab pernah serumah dengan mereka walaupun sekejap. Jadi ada juga la rasa kehilangan. Tapi saya dah puas menangis haritu. Hmm takpela taknak dah throwback benda tak best. Kita pun walaupun masih statik di sini semoga terus semangat ya. Bye semua. Doakan kesejahteraan mindaku. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment