Monday, November 30, 2020

Yesterday's Highlight

Rare Occasion


Assalamu'alaikum W.B.T.

Boleh teka tak apa jenis makanan yang saya buat dengan menggunakan bahan bahan tersebut? Haa betul! Jawapannya adalah Vietnam roll. 

Bahannya adalah imitation crab, suun (mi transparent), kertas wrap dan parsley. Sedap sangat! Kalau tak pernah rasa, boleh try sekarang. 

Hihi okaylah bye!  

Sunday, November 29, 2020

Gag Concert

Gag Concert adalah salah satu program di bawah KBS (Korea Broadcasting Station). Saya suka sangat tonton rancangan ni. Di Youtube pun ada juga dari tahun 2013 kalau tak silap. 

Kalau di Malaysia mungkin macam Sepahtu Reunion atau JKKK. Cuma Gag Concert ni dia gabung ramai pelawak dan mereka ada sketsa masing masing. 

Antara segmen yang saya suka adalah: 

1. Badump Badump
2. Goosebumps
3. Three Friends
4. Forever Alone
5. Why We Don't Need Men
6. Yes or No
7. Uncomfortable Truth

Saturday, November 28, 2020

Bitter Moment

Hari Pendaftaran Yang Kecoh


Salah satu hari yang saya taknak ulangi lagi kalau diberi peluang sebab kami semua bermerah mata. Haha. Tahu tak kenapa? 

Sebab kena berpisah dengan adik perempuan saya seorang ni. Dialah yang paling kuat menangis. Maklumlah tak pernah berjauhan dengan ahli keluarga kan. 

Asyik berkerut saja muka dia. Tapi sekarang nampak happy duduk dekat UIA Gambang. Alhamdulillah dia dapat sesuaikan diri dengan suasana baru dengan cepat. 

Sekarang dia cuti sem. Nanti masuk sem baru dia akan belajar secara online enam minggu dan face to face enam minggu. Itu pun tengok keadaan pandemik sekarang ni. 

Okaylah nak solat Maghrib dulu. Nanti kena siapkan beberapa assignment dan revise subjek Arabic for Academic Purpose yang akan berlangsung Khamis depan in shaa Allah. 

P/S: Gambar berikut adalah yang terbaik yang diambil oleh Umi saya. Walaupun nampak tangan Umi, saya tetap pilih sebab tutup perut saya yang b_____. Bye! 

Friday, November 27, 2020

Dataran Merdeka

2017

Kelas Leadership diajar oleh Dr. Syed Uddin. Alhamdulilah pengalaman yang bermakna bagi saya. Masa ni saya masih tahun pertama dan sem pertama kos TAASL. Dah lama kan? Sekarang dah last year. 

Najwa pun ada sekali. Dalam kelas ni kos campur campur. Ada budak Law, HS, IRK, BAR dan sebagainya. Semua baik baik. Dalam gambar tu kami di Dataran Merdeka. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini. 

Kami dipilih untuk pergi, tak tahulah kenapa. Mungkin nak tunjuk macam mana leader menjalankan tugas. Yalah subjek Leadership kot kan. Nasib baik Umi bagi pergi sebab ada lecturer sekali. Kalau tidak lambat lagi dek. 

Masa ni pertama kali saya berjumpa dengan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Ketika itu beliau masih Perdana Menteri Malaysia. Saya sangat suka beliau dari dulu lagi. Ada artis lain juga macam Faizal Tahir dan Awal Ashaari. 

Ada Black Hanifah dan tak ingatlah siapa seorang lagi. Banyak food truck tapi saya tak beli apa apa pun sebab dah kenyang makan makanan sponsor dari universiti. Rindunya! Malangnya saya tak dapat A pun subjek Leadership. 

Okaylah bye saya kena study sebab esok ada midterm subjek Arabic Speech. Saya dah habis tonton lima episod drama Imam Ahmad bin Hanbal. Best juga sebenarnya cerita Arab ni kan. 

Kalau ustaz tak suruh memang tak tengoklah. Tapi terpaksalah sebab masuk dalam midterm kan. Tapi! Saya dah terjatuh cinta dengan cerita ini. Saya ingat nak tengok semua episod kalau ada masa lah. Hihi. 

Bye! 

Thursday, November 26, 2020

Happy Anniversary!

26 November 2020

Hari ini genap 31 tahun Abah dan Umi saya berkahwin. Dah lama kan? Mereka kahwin pada tahun 1989 masa sama sama belajar di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (MPPPP). Abah umur 23 tahun dan Umi 25 tahun. 

Dua tahun selepas perkahwinan pada 1991, mereka dikurniakan anak lelaki pertama ketika dua dua sedang posting di Sabah. Pada 1992, mereka sekali lagi menimang cahaya mata lelaki dan begitu juga pada tahun berikutnya iaitu 1993. Semua lahir di Sabah. 

Mereka membesarkan tiga orang anak ini sama sama di rumah biru dengan bantuan pembantu sebab dua dua mengajar. Tapi pembantu hanya bantu masa Abah dan Umi di sekolah, kiranya bukan 24 jam. Yang selebihnya mereka urus sendiri. 

Saya tak tahu macam mana mereka manage untuk besarkan anak anak tiga orang dengan kesibukan bekerja. Pada waktu malam, budak budak jiran datang belajar mengaji. Banyak gambar kenangan mereka di Sabah. 

Pada tahun 1994, Abah dan Umi ditukarkan ke sekolah di Kelantan. Pada tahun yang sama juga, Umi mengandung anak keempat iaitu satu satunya kakak saya. Empat orang anak dalam empat tahun. Biasalah kan orang dulu dulu. 

Tiga tahun kemudian saya dilahirkan. Lama juga saya bongsu sebelum adik perempuan saya menyibuk. Haha. Lima tahun selepas saya lahir, dia dilahirkan pada 2002. Kiranya dia orang pertama generasi 2000 dalam keluarga saya. 

Saya pula yang terakhir dalam keluarga saya yang lahir tahun 90-an. Hmm tak penting pun tapi gigih nak selitkan juga. Hihi. Okay sambung cerita, lima tahun selepas itu adik bongsu saya dilahirkan. Kiranya saya terpaksa berdepan dengan dua orang adik yang mengada. Okay gurau saja.

Beberapa tahun yang lepas, abang sulung saya mendirikan rumahtangga dengan perempuan pilihan keluarga dan alhamdulillah mereka dikurniakan dua orang anak setakat ini. Tahun lepas kakak saya punya giliran pula untuk berkahwin, dengan jejaka pilihannya. 

Giliran siapa pula selepas ini, hanya Allah yang tahu. Tapi yang penting saya nak anak saudara lagi. Please! Saya rindukan baby. Jadi begitulah sedikit sebanyak kisah keluarga saya yang saya pun tak tahu menarik atau tidak. Tapi sekadar untuk kenangan. 

Okaylah sampai di sini dulu. Saya kena tonton lima episod Musalsal Ahmad Ibn Hanbal untuk exam midterm Sabtu ini. In shaa Allah dipermudahkan. Doakan saya ya. Sekarang pula musim hujan. Rumah sentiasa sejuk, alhamdulillah.

Monday, November 23, 2020

23 Nov 2020

Alhamdulillah sebentar tadi baru submit video kisah. Kena bacakan kisah Qabil dan Habil dalam bahasa Arab. Interesting sangat! 

Esok ada midterm. Sebenarnya saya ada tiga midterm sekarang tapi tak tahu pun tarikhnya. Hihi. In shaa Allah dipermudahkan. 

Malam ni adik adik saya tidur awal. Pukul 10 lebih malam rumah dah sunyi. Saya pula habiskan masa main game sementara tunggu video render. 

Saya belum baca secara mendalam lagi untuk midterm esok. Hehe. Tali dah mengantuk sekarang. What should I do? Tidurlah! 

Esok in shaa Allah bangun awal dan boleh revise masrahiyyah. Aamiin in shaa Allah. Semoga segala apa yang dilakukan diberkati oleh Allah S.W.T. 

Bye!  

Saturday, November 21, 2020

Friend's Birthday

Hari ni birthday dua orang yang saya kenali. Pertama, Aliyana Asyirah kawan sekolah menengah saya dulu. Kedua, Nik Ammar classmate universiti. Ramai sangat orang yang saya kenali lahir bulan November. 

Selain dua orang ni, Hidayah 6/11, nenek Rashila 7/11, Kak Azreen 16/11, Atiqah 17/11, Sabrina 29/11. Ramai kan? Hihi. 

Okay sepatutnya sekarang saya kena buat assignment tapi mood belum sampai lagi. Sekarang saya di ruang panjang bersama adik adik saya. Adik perempuan saya baru buka laptop sebab nak tulis blog juga.

Dia nak catch up balik semua memori di UIA Gambang di blog dia. Haha dia blur kejap sebab dah lama tak berblog. Maklumlah selama ni dia fokus pelajaran semester pertama dia. 

Adik lelaki saya pula makan nasi goreng dengan ayam goreng bestari. Esok dah start ke tahfiz balik, in shaa Allah. Saya sedang dengar lagu One Moment In Time nyanyian Whitney Houston. 

Bye, assalamu'alaikum!

Thursday, November 19, 2020

You'll Be Missed

IIUM


Studying at this university will always be a wonderful experience in my entire life. I got to know amazing people, different cultures which I could not get anywhere else. I am grateful to have this memorable experience. 

I haven't finished my studies by the way. I am currently in my second last semester. Next semester will be my teaching practical. Time sure flies so fast, isn't it? Sometimes I miss my university, the situation, the places like library, HS cafe and of course my kulliyyah building. 

I also miss my friends and classmates. But I don't want to be apart from my family anymore. It's okay. We have variety of modern technology like Whatsapp video call right. We can reach them anytime we want. In shaa Allah we will get to meet, face to face one day. 

I will always be missing them. I think that's all for now. I have to finish one of my assignments and many more are queuing to be done. I guess that's the normal and typical life of students, right? Thanks Allah for everything. 

P/S: Picture above was taken by my friend a year ago. I am not sure what the subject was but Dr. Adnan classes have always been amazing. Thank you. Assalamu'alaikum. - one of my emotional days.

19 November 2020 (Thursday)
Living room.

Wednesday, November 18, 2020

Keberkatan Masa

السلام عليكم

Pernah tak satu hari tu kita boleh buat banyak benda. Contohnya, kita boleh siapkan dua tiga assignment, revise pelajaran dan sempat kemas rumah lagi. Tapi ada satu hari kita boleh siapkan satu benda saja dan kadang kadang tak ada benda pun kita buat dalam satu hari tu. 

Padahal, setiap hari ada 24 jam. Tak ada hari yang kurang atau lebih dari 24 jam. Jawapannya adalah keberkatan masa. Jadi apa yang boleh kita buat untuk mendapat keberkatan masa? Mungkin kita kena dekatkan diri kita lebih dekat dengan Allah.

Lagi, jangan sekali kali tidur lepas Subuh dan cuba aktifkan diri kita. Kalau kita tak tidur pagi, rasa lama je masa kan. Boleh buat banyak benda. Seboleh bolehnya kita kena jadi produktif lah. Kalau kita asyik tidur, bangun je dah tengah hari, dah petang, dan nak malam. 

Mana nikmatnya hidup kalau macam tu kan? Sebenarnya saya bagitahu ni untuk diri saya sendiri sebab kebanyakan hari saya rasa macam singkat sangat. Tahu tahu je dah malam, dah nak esok balik. Haha. Hmm okaylah saya dah start melalut dah. Bye!

Monday, November 16, 2020

2017

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Apa khabar semua? Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat, in shaa Allah. Esok saya kelas start 8.30 pagi dan sekarang pukul 12.32 tengah malam. 

Sekarang saya dengan adik adik sedang tonton The Smurfs: The Lost Village. Saya dah kali ketiga tengok, adik saya baru first time. 

Saya baru siapkan separuh khuttah mabdaiyyah setelah tiga hari tangguh. Cuti berapa hari ni saya tak buat apa apa pun. Apalah nak jadi dengan saya kan. 

Dua hari lepas kawan ARCOM saya kahwin. Allahu rasa cepatnya masa berlalu. Kami kenal masa asasi di Petaling Jaya lagi. 

Bila masuk degree, saya sempat satu sem je dengan ARCOM sebab saya tukar kos. Lepas tu mereka ke Pagoh dan lepas tu memang tak jumpa lah. 

Teringat masa kami buat teater Cleopatra, iaitu salah satu subjek untuk kos Arabic Communication. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izin Allah S.W.T. 

Banyak juga dugaan kami, dari segi kewangan, skrip yang susah untuk diterjemah dan juga berlaku salah faham sesama classmates. 

Pakaian kami jahit sendiri, semua prob buat sendiri dan banyak lagi lah. Semua kenangan masa tu takkan saya lupakan sebab pertama kali saya berlakon depan orang ramai. 

Itupun watak sampingan dan tak penting sangat pun. Tapi ia satu pengalaman yang sangat bermakna bagi saya. Sekarang kebanyakan mereka dah habis belajar dan saya tinggal lagi satu sem, in shaa Allah. 

Jadi bila dah ramai kawan yang dah habis belajar dan berkahwin, rasa diri makin tua lah kan. Hihi. Harap dapat jumpa mereka nanti convocation (kalau ada). 

Okaylah saya rasa cukup dulu sampai sini. Saya pun dah mengantuk sebenarnya. Assignment banyak tapi tak sentuh pun. Macam biasalah. Okay bye! 

16 November 2020 (Monday)
Depan TV. 

Thursday, November 12, 2020

Little Sister Coming Home

Yeahhh akhirnya! In shaa Allah adikku akan habis exam lastnya esok pagi dan malamnya bertolak pulang ke kampung halaman. 

Wahh sepanjang beberapa bulan di sana tak pernah dia balik rumah lebih lebih lagi musim covid ni. 

Berdikarilah namanya tu. Woww. Tahniah adikku. In shaa Allah dipermudahkan urusannya jawab exam dan dapat keputusan yang cemerlang. Aamiin. 

In shaa Allah dipermudahkan juga perjalanannya dan kawan kawan lain untuk sampai ke destinasi iaitu rumah masing masing dengan lancar dan selamat. Aamiin. 

Rindu dekat budak tu. Sepanjang duduk sana, dekat seratus kali video call kahkah. Tapi takpelah saya faham macam mana perasaannya. 

Bye! 

Tuesday, November 10, 2020

Buntu

Bila assignment terlalu banyak, jadi tak tahu yang mana patut buat dulu. Tambah lagi dengan diriku yang kerajinan tak kunjung tiba.

Mungkin ini namanya last sem syndrom. Biasa kita dengar last paper syndrom saja. Tapi kali ini lain. 

Bertambah lagi dengan emosiku yang tidak berapa stabil dua tiga minggu ini. Tapi harus aku kuatkan diri. 

Haa gitewww. Syok tak ayat saya? Berlakon saja bah. Setiap permulaan ada penamatnya. Sekarang saya berada di pertengahan jalan menuju ke penamat.

In shaa Allah penamatnya cemerlang. Tak kiralah apa yang saya lalui, Allah sentiasa ada untuk saya. 

10 November 2020 (Tuesday)
Atas katilku.

Monday, November 9, 2020

November Baby

I'm Still Young

Assalamu'alaikum everyone! Today is kinda special for me because it's my birthday! I'm officially twenty-three. Still young right? Yes, I am. 

Hihi. 

I'm thankful for all the kind wishes (my little sister, she's the only one who remembers my birthday). But I'm happy! 

I miss my childhood memories, my good old days when I didn't have to think of anything. Yes, anything. 

No hardships. No responsibilities. No hard feelings. No works. No assignments. Just enjoyed and lived my life happily.

But, it's totally different now. So much responsibilities, hardships, hard feelings, works and assignments. I guess that's life, right? 

Just remember that this dunya is temporary and we're in a short journey, heading to the ultimate destination, which is the Hereafter. 

May Allah S.W.T. ease our journey to the Jannah and facilitate all things. Stay strong and always be positive. 


9 November 2020 (Monday)
In my beloved room.

Sunday, November 8, 2020

Hanya Merancang

Allah's The Best Planner

Minggu lepas saya dapat assignment video micro-teaching. Kita punyalah rancang nak ambil adik yang duduk di UIA Gambang untuk jadi student melalui Google Meet. Dah siap bahan semua, terdetik di hati nak try dulu buka Google Meet dan nak belajar in advance macam mana nak record.

Sekali, rupanya student tak ada access untuk record. Hmm manalah saya tahu. Akhirnya, sebab dah kesuntukan masa, saya install screen recorder di laptop dan sedia nak record dengan adik saya. Saya test dulu takut suara dia tak keluar dekat video.

Malang seribu kali malang, video yang terhasil dari screen recorder tu, dia punya suara jadi berlapik lapik, mungkin sebab bertindan dengan Google Meet kan. Akhirnya, saya buat keputusan untuk record seorang diri, tanpa pelajar a.k.a adikku. 

Begitulah cerita yang krik krik ini. Harap terhibur. Hmm. Awkward lah mengajar sorang sorang. Tapi apakan daya, keadaaan sekarang tak mengizinkan. Lagipun memang kalau boleh saya dah taknak menjejakkan kaki ke universiti lagi. 

Selama lebih empat tahun saya di universiti, termasuk asasi, saya punya homesick tak pernah berkurangan walau sedikit pun. Kadang kadang saya tertanya tanya, pelajar yang pilih untuk sertai program berbanding cuti mid sem, mereka taknak balik ke?

Tapi mungkin dia nak grab sebanyak mungkin opportunity selagi berada di universiti, kan? Masing masing punya preference lah. Hmm okaylah, saya ingat nak rehat kejap. Alhamdulillah rumah sudah kemas (anak saudara keluar kejap, lepas ni tengoklah apa jadi balik), dan video micro-teaching pun dah send.

Cuma tak pasti ustaz dah tengok ke belum. Assignment seterusnya adalah buat video saya bacakan kisah Habil dan Qabil dalam bahasa Arab. Ada assignment lain juga, tapi sekarang saya taknak fikir lagi. Hehe.

8 November 2020 (Sunday)
Atas katilku. 

Thursday, November 5, 2020

My Sister's Birthday

السلام عليكم

Hari ini, tanggal 5 November 2020, genap 26 tahun satu-satunya kakakku dilahirkan ke dunia ini. Hampir 15 tahun kami membesar bersama-sama, sehinggalah dia melanjutkan pelajaran ke universiti. Setelah itu, kami jarang bersama dan kalau dia cuti pun, sekejap sangat. Lagi-lagi dia sangat aktif dalam club dan society, Akhi Club. 

Dia banyak kelebihan, tapi saya tak nak cakaplah sebab kita tak digalakkan puji-memuji orang, takut riak kan. Tapi apa yang saya boleh cakap pasal dia, adalah dia seorang yang bijak dan dia belajar untuk ilmu, bukan untuk peperiksaan. Dia sangat hebat dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris. 

Yang kekurangan nak kena cakap ke? Hihi. Mungkin dia cepat emo kot. Tapi itu tak buat dia seorang yang tak baik atau teruk. Dia sangat memahami. Dulu dia banyak dengar cerita saya tapi sekarang sebab jarang jumpa, saya tak ceritalah apa-apa dekat dia. Penggantinya adalah adik perempuan saya yang tercinta. Hihi.

Saya dan kakak saya beza umur tiga tahun tapi nampak macam saya yang lebih tua. Biasalah tu, saya tak kisah pun. Lagipun memang badan saya lagi besar daripada dia. Alhamdulillah bulan 1 tahun lepas dia selamat berkahwin dengan jejaka pilihannya, dengan restu Abah dan Umi. 

Semoga dipermudahkan segala urusannya, dan dapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga dia terus berbakti kepada keluarga, bangsa dan negara. Saya tak wish pun birthday dekat dia sebab Abah saya tak galakkan. Cukuplah kita doakan saja ya. 

Bye!

Sunday, November 1, 2020

Welcome November!

How Time Flies

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan November. Lagi sebulan lebih akan masuk tahun baru. Sepuluh bulan lebih yang telah kuhadapi terasa seperti sekelip mata saja. Banyak perkara yang memorable berlaku tahun ini. 

Alhamdulillah semuanya percaturan Allah S.W.T. belaka. Kita kena percaya dengan takdir-Nya. Semua yang kita lalui adalah dugaan. Kaya, miskin, sihat, sakit, suka dan duka semua adalah dugaan. Jangan pernah mengeluh.

Sem ni pun adalah dugaan bagi saya. In shaa Allah cemerlang. Kita kena sentiasa berdoa dan berusaha, kemudian kita tawakkal. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

Favorite spot at SMKGP.

P/S: Jomlah kita banyakkan membaca. Tak kisah lah bahasa apa pun, atau genre apa pun. Dengan membaca kita boleh luaskan minda dan banyakkan idea. 
Saya rancang nak baca buku bahasa Arab supaya vocab bertambah dan menajamkan kemahiran bahasa Arab. In shaa Allah.