Monday, November 16, 2020

2017

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Apa khabar semua? Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat, in shaa Allah. Esok saya kelas start 8.30 pagi dan sekarang pukul 12.32 tengah malam. 

Sekarang saya dengan adik adik sedang tonton The Smurfs: The Lost Village. Saya dah kali ketiga tengok, adik saya baru first time. 

Saya baru siapkan separuh khuttah mabdaiyyah setelah tiga hari tangguh. Cuti berapa hari ni saya tak buat apa apa pun. Apalah nak jadi dengan saya kan. 

Dua hari lepas kawan ARCOM saya kahwin. Allahu rasa cepatnya masa berlalu. Kami kenal masa asasi di Petaling Jaya lagi. 

Bila masuk degree, saya sempat satu sem je dengan ARCOM sebab saya tukar kos. Lepas tu mereka ke Pagoh dan lepas tu memang tak jumpa lah. 

Teringat masa kami buat teater Cleopatra, iaitu salah satu subjek untuk kos Arabic Communication. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izin Allah S.W.T. 

Banyak juga dugaan kami, dari segi kewangan, skrip yang susah untuk diterjemah dan juga berlaku salah faham sesama classmates. 

Pakaian kami jahit sendiri, semua prob buat sendiri dan banyak lagi lah. Semua kenangan masa tu takkan saya lupakan sebab pertama kali saya berlakon depan orang ramai. 

Itupun watak sampingan dan tak penting sangat pun. Tapi ia satu pengalaman yang sangat bermakna bagi saya. Sekarang kebanyakan mereka dah habis belajar dan saya tinggal lagi satu sem, in shaa Allah. 

Jadi bila dah ramai kawan yang dah habis belajar dan berkahwin, rasa diri makin tua lah kan. Hihi. Harap dapat jumpa mereka nanti convocation (kalau ada). 

Okaylah saya rasa cukup dulu sampai sini. Saya pun dah mengantuk sebenarnya. Assignment banyak tapi tak sentuh pun. Macam biasalah. Okay bye! 

16 November 2020 (Monday)
Depan TV. 

No comments:

Post a Comment