Sunday, November 8, 2020

Hanya Merancang

Allah's The Best Planner

Minggu lepas saya dapat assignment video micro-teaching. Kita punyalah rancang nak ambil adik yang duduk di UIA Gambang untuk jadi student melalui Google Meet. Dah siap bahan semua, terdetik di hati nak try dulu buka Google Meet dan nak belajar in advance macam mana nak record.

Sekali, rupanya student tak ada access untuk record. Hmm manalah saya tahu. Akhirnya, sebab dah kesuntukan masa, saya install screen recorder di laptop dan sedia nak record dengan adik saya. Saya test dulu takut suara dia tak keluar dekat video.

Malang seribu kali malang, video yang terhasil dari screen recorder tu, dia punya suara jadi berlapik lapik, mungkin sebab bertindan dengan Google Meet kan. Akhirnya, saya buat keputusan untuk record seorang diri, tanpa pelajar a.k.a adikku. 

Begitulah cerita yang krik krik ini. Harap terhibur. Hmm. Awkward lah mengajar sorang sorang. Tapi apakan daya, keadaaan sekarang tak mengizinkan. Lagipun memang kalau boleh saya dah taknak menjejakkan kaki ke universiti lagi. 

Selama lebih empat tahun saya di universiti, termasuk asasi, saya punya homesick tak pernah berkurangan walau sedikit pun. Kadang kadang saya tertanya tanya, pelajar yang pilih untuk sertai program berbanding cuti mid sem, mereka taknak balik ke?

Tapi mungkin dia nak grab sebanyak mungkin opportunity selagi berada di universiti, kan? Masing masing punya preference lah. Hmm okaylah, saya ingat nak rehat kejap. Alhamdulillah rumah sudah kemas (anak saudara keluar kejap, lepas ni tengoklah apa jadi balik), dan video micro-teaching pun dah send.

Cuma tak pasti ustaz dah tengok ke belum. Assignment seterusnya adalah buat video saya bacakan kisah Habil dan Qabil dalam bahasa Arab. Ada assignment lain juga, tapi sekarang saya taknak fikir lagi. Hehe.

8 November 2020 (Sunday)
Atas katilku. 

No comments:

Post a Comment