2017
Kelas Leadership diajar oleh Dr. Syed Uddin. Alhamdulilah pengalaman yang bermakna bagi saya. Masa ni saya masih tahun pertama dan sem pertama kos TAASL. Dah lama kan? Sekarang dah last year.
Najwa pun ada sekali. Dalam kelas ni kos campur campur. Ada budak Law, HS, IRK, BAR dan sebagainya. Semua baik baik. Dalam gambar tu kami di Dataran Merdeka. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini.
Kami dipilih untuk pergi, tak tahulah kenapa. Mungkin nak tunjuk macam mana leader menjalankan tugas. Yalah subjek Leadership kot kan. Nasib baik Umi bagi pergi sebab ada lecturer sekali. Kalau tidak lambat lagi dek.
Masa ni pertama kali saya berjumpa dengan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Ketika itu beliau masih Perdana Menteri Malaysia. Saya sangat suka beliau dari dulu lagi. Ada artis lain juga macam Faizal Tahir dan Awal Ashaari.
Ada Black Hanifah dan tak ingatlah siapa seorang lagi. Banyak food truck tapi saya tak beli apa apa pun sebab dah kenyang makan makanan sponsor dari universiti. Rindunya! Malangnya saya tak dapat A pun subjek Leadership.
Okaylah bye saya kena study sebab esok ada midterm subjek Arabic Speech. Saya dah habis tonton lima episod drama Imam Ahmad bin Hanbal. Best juga sebenarnya cerita Arab ni kan.
Kalau ustaz tak suruh memang tak tengoklah. Tapi terpaksalah sebab masuk dalam midterm kan. Tapi! Saya dah terjatuh cinta dengan cerita ini. Saya ingat nak tengok semua episod kalau ada masa lah. Hihi.
Bye!
No comments:
Post a Comment