السلام عليكم
Hari ini, tanggal 5 November 2020, genap 26 tahun satu-satunya kakakku dilahirkan ke dunia ini. Hampir 15 tahun kami membesar bersama-sama, sehinggalah dia melanjutkan pelajaran ke universiti. Setelah itu, kami jarang bersama dan kalau dia cuti pun, sekejap sangat. Lagi-lagi dia sangat aktif dalam club dan society, Akhi Club.
Dia banyak kelebihan, tapi saya tak nak cakaplah sebab kita tak digalakkan puji-memuji orang, takut riak kan. Tapi apa yang saya boleh cakap pasal dia, adalah dia seorang yang bijak dan dia belajar untuk ilmu, bukan untuk peperiksaan. Dia sangat hebat dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Yang kekurangan nak kena cakap ke? Hihi. Mungkin dia cepat emo kot. Tapi itu tak buat dia seorang yang tak baik atau teruk. Dia sangat memahami. Dulu dia banyak dengar cerita saya tapi sekarang sebab jarang jumpa, saya tak ceritalah apa-apa dekat dia. Penggantinya adalah adik perempuan saya yang tercinta. Hihi.
Saya dan kakak saya beza umur tiga tahun tapi nampak macam saya yang lebih tua. Biasalah tu, saya tak kisah pun. Lagipun memang badan saya lagi besar daripada dia. Alhamdulillah bulan 1 tahun lepas dia selamat berkahwin dengan jejaka pilihannya, dengan restu Abah dan Umi.
Semoga dipermudahkan segala urusannya, dan dapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga dia terus berbakti kepada keluarga, bangsa dan negara. Saya tak wish pun birthday dekat dia sebab Abah saya tak galakkan. Cukuplah kita doakan saja ya.
Bye!
No comments:
Post a Comment