Friday, December 31, 2021

Goodbye 2021

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini, 31 Disember 2021, hari terakhir bagi tahun ini. Tahun depan dah masuk 2022. Tahun depan tu esok lah kan? Hihi. Apa yang saya dah capai sepanjang tahun ini? Adakah segala azam yang saya impikan sudah tercapai? Saya pun tak tahu apa azam saya. Saya hanya follow the flow saja. Hihi. Saya tak pernah pun list kan azam tahun baru. Cuma adalah beberapa harapan yang saya harap saya boleh capai dalam tahun yang mendatang.

Alhamdulillah tahun ini, daripada bergelar sebagai seorang pelajar, menjadi guru praktikal dan in shaa Allah bergelar seorang pendidik pada suatu hari nanti, dengan izin Allah. Banyak juga yang saya lalui tahun ini, dan semua itu sedikit sebanyak mematangkan diri saya. Cewah ayat~ Saya harap saya menjadi lebih matang pada masa hadapan. Saya nak jadi lebih serious dan rajin kahkah. 

Alhamdulillah walaupun tak seaktif tahun lepas dalam blogging, tapi saya tetap aktif update blog saya tahun ini supaya ada kenangan yang saya boleh tengok balik suatu hari nanti. Saya gembira juga ada kawan blogging iaitu Syahadah. Saya memang galakkan dia start blogging dari umur muda lagi supaya tak menyesal macam saya. Saya start lambat tapi tak apalah. Itupun kadang kadang saja Syahadah buat blog sebab sibuk dengan assignments dan presentations. 

Tahun ini juga saya rasa sangat gembira kerana boleh jalan jalan. Balik rumah Tok dan Aki di Pahang, pergi rumah kakak saya di Negeri Sembilan dan sebagainya. Haritu pergi Pantai Geting, Aeon Mall dan jalan jalan di Pengkalan Teluk. Semua tu jadi kenangan yang sangat indah bagi saya dapat spend time dengan keluarga terchenta. Kalau dah start kerja suatu hari nanti, belum tentu dapat jalan jalan sekali macam tu lagi.

Untuk tahun hadapan dan tahun tahun yang mendatang, saya nak mendalami dengan lebih lagi dalam Bahasa Arab dan juga Pendidikan Islam. Bukan untuk tujuan kerja saja, tapi juga nak memantapkan diri dengan ilmu. Bagus tak? Saya harap saya dapat rajinkan diri. Lagi, saya nak kurus! Hihi. Berat saya sekarang adalah 61 kg. Saya nak kempiskan perut dan kecilkan paha. Saya nak turun at least jadi 54 kg. Kalau lagi kurus nanti nampak macam tiang pula.

Saya harap saya boleh jadi seorang hamba Allah yang beriman dan solehah serta rajin menjalankan ibadah. Saya juga nak jadi anak dan manusia yang lebih baik, in shaa Allah. Itu boleh kira azam yang sangat umum lah kan, tapi saya harap saya dapat capai lah semua azam yang 'umum' ini in shaa Allah. Okaylah saya rasa sampai di sini dulu coretan akhir tahun saya. Coretan terakhir untuk tahun ini. 

Semoga saya sentiasa aktif dalam blogging pada tahun hadapan dan semoga ada lah benda yang menarik yang saya boleh masukkan dalam blog saya. Hihi. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, makbulkan segala doa kita, dipermudahkan segala urusan kita dan dipermudahkan rezeki yang halal untuk kita. Semoga kita dapat capai segala yang diinginkan dan sentiasa mendapat reda Allah dan di bawah rahmat-Nya sentiasa in shaa Allah. Semoga kita mendapat kebaikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Rabb.

Sekian blog terakhir pada petang Jumaat yang penuh barakah ini. Assalamu'alaikum.

Tuesday, December 28, 2021

Buka Kedai Pizza Baru

Setelah beberapa lama berduka dengan pemberhentian operasi kedai pizza secara mengejut baru baru ini, alhamdulillah saya kembali mendapat semangat untuk memulakan kembali kedai pizza yang baru. Doakan semoga kedai pizza saya makin maju dan dipermudahkan segala urusan. Doakan saya sentiasa istiqamah dalam menguruskan kedai saya. Doakan juga supaya saya tidak leka mengejar nikmat dunia. Bye. 

Saturday, December 25, 2021

Permata Hatiku Tom & Jerry

Syahadah dan Mukhlisin, dua makhluk yang tak pernah ku pinta namun muncul dalam hidupku kahkah. Okay gurau. Adik adikku ini antara manusia yang berada di sisiku hampir setiap masa, tak kira susah atau senang. Namun keadaan yang susah itu muncul juga berpunca daripada mereka. Okay gurau.  

Sekarang dua dua tengah sibuk dengan hidup masing masing. Syahadah sibuk dengan assignment dan presentation, Mukhlisin pula sekarang di tahfiz. Saya pula tak ada benda nak buat kahkah. Masa semua ada sekali dulu, setiap hari kami akan main. Setiap hari ya tuan puan. Walaupun saya sibuk dengan praktikal, Syahadah dan Mukhlisin sibuk dengan kelas, tetap kami luangkan masa untuk bermain. 

Tak pernah sehari pun berlalu tanpa bermain. Main teka lagu, rekod video berlakon, karaoke di rumah bawah, main kertas dan sebagainya. Allahu rindunya mahu macam itu lagi. Saya harap Mukhlisin akan cuti tak lama lagi supaya saya boleh bermain dengan mereka. Yang saya rasa kelakarnya, kadang kadang kami stress fikir permainan apa yang kami nak main bila dah boring dengan permainan sedia ada. Kadang kadang sampai bergaduh bila nak keluarkan idea. Apa bendalah. Haha. 

Trio SyaDaDik bukan function masa main saja, masa buat kerja juga kami bersatu. Ada satu masa saya perlukan pelajar untuk buat micro teaching dan hantar dekat Dr. Arifin Mamat, Syahadah dan Mukhlisin tolong saya jadi pelajar. Ya pelajar yang bagus. Hihi. Ada satu masa Syahadah perlukan pelakon untuk subjek Maharah Muhadathah dan kena hantar dekat Dr. Ma Zheng, Mukhlisin lah yang jadi pelakon dan saya tolong rekod. Bagus tak? Itulah peranan adik beradik ya tuan puan. Setiap hari juga Syahadah tolong dengar Mukhlisin tasmik sebelum mengaji dengan ustaz. 

Walaubagaimanapun, kami bukan sentiasa gembira. Ada masa kami bergaduh tapi tak lama sangat lah. Bila ada benda kelakar, kami gelak dan berbaik balik. Biasalah tu adik beradik. Bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus. Harap faham. Saya rindu. Hmm. Okay bye. 

25 December 2021 (5.08 PM)
Di dapur tunggu ubi setelo siap direbus. 

Hari shooting video Syahadah.
Hari balik Pahang, di RnR Gua Musang.
Tahun 2011 di Cameron Highlands.

Tuesday, December 21, 2021

Favorite Names (2021)

21 December 2021

1. Amir Faisal
2. Amir Hafiz
3. Amir Habib
4. Amirah Yasmin
5. Amirah Suraya
6. Amirah Bushra

Sekian. 

23 December 2021

Maaf. Ada perubahan.

1. Umar Faruq
2. Umar Habib
3. Umar Faisal
4. Umairah Yasmin
5. Umairah Suraya
6. Umairah Bushra

Sekian. 

Friday, December 17, 2021

Favorite Youtubers (December 2021)

1. Najing

Kadang kadang tengok Najing sediakan minuman yang bermacam macam jenis boleh redakan 'stress' saya. Bukan kadang kadang lah, selalu. Hihi. Saya suka cara dia sebab saya rasa dia tak fake. Dia bukan jenis nak tunjuk benda yang cantik cantik saja. 

2. Jihyunkkung

Rutin dalam video Jihyunkkung adalah memasak. Kadang kadang dia tunjuk dia kerja di studio dia. Dia ada perniagaan baju tidur yang selalu dia pakai dalam video. Satu lagi dia hasilkan yogurt dan granola sendiri. Nampak macam best. Saya nak sangat beli pajama dia tapi macam nampak feminin sangat. 

Saturday, December 11, 2021

Reunion Bersama Anis

Assalamu'alaikum W.B.T. Selamat malam! Saya sedang baring atas katil sebab sakit perut dan ada selsema sikit. Lepas tu sakit urat kaki. Hmm okay saya nak cerita benda best! Saya jumpa Anis! Kawan universiti saya. Saya gembira sangat sangat. Hehe. 

Kami jumpa di Pantai Geting dekat dengan rumah Anis. Saya pergi dengan Abah, Umi, Syahadah sekali dengan Iman, Abdurrahman, Abi dan Umi nya. Bertolak dalam pukul 9 pagi. Sampai saja dekat sana, kami kecuali saya dan Syahadah makan nasi bungkus. Syahadah tak makan sebab dia ada kelas. Saya tak makan sebab saya jumpa Anis.

Lama juga kami berborak. Banyak lah benda yang kami bualkan. Yang penting bukan mengumpat yang tuan puan. Kami ambil gambar juga sebagai kenangan hihi. Saya rindu sangat zaman belajar di universiti dan berkawan dengan kawan kawan termasuk Anis. 

Sebelum berpisah, Umi saya bagi bunga kantan dan buah limau dekat Anis. Hihi. Kami sekeluarga pun bertolak ke AEON Mall. Lama juga kami di sana. Buat itu ini. Beli itu ini. Ada peristiwa terjadi pada saya ya tadi tuan puan. Tapi tak apalah tak payah cerita pun tak apa kahkah. 

Dalam pukul 3 petang kami bergerak balik ke rumah. Okay menarik tak cerita saya? At least hari ini terciptalah kenangan baru buat saya. Jumpa Anis, spend time dengan keluarga dan sebagainya. Okay sekian coretan saya untuk hari ini. Lagipun saya nak pergi ruang TV duduk dengan Umi. Hihi. Bye! Assalamu'alaikum. 







Friday, December 10, 2021

Allah Knows Best

Saya hampir dapat merasakan kerja pertama saya. Kerja pertama dalam hidup saya. Namun, Allah mempunyai perancangan yang lebih baik dan terbaik untuk saya. Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik baik perancang. Sekian.

Dua hari lepas, kawan Umi, Aunty Mala mesej Umi dan bagitahu ada kerja kosong di taska kepunyaannya, dan memerlukan pekerja dengan kadar segera. Umi terus bersetuju sebab beberapa bulan lepas Umi pernah bertanyakan tentang kerja kosong tersebut namun tidak available. Sudah ada pekerja ketika itu. Saya pasrah walaupun sebenarnya saya memang nak bekerja untuk kumpul pengalaman. 

Bila dapat peluang ini, memang tak nak dilepaskan. Keesokannya kami terus ke kedai beli barang keperluan seperti kain hitam, tudung, sabun mandi, shampoo, sabun basuh dan sebagainya. Tempat tinggal disediakan oleh Aunty Mala. Tilam dan cadar semua dah tersedia, cuma bawa keperluan saya saja. Memang peluang keemasan kan tak payah susah susah cari rumah. Taska ni terletak di Selangor. 

Saya punya excited. Baju semua dah disimpan kemas dalam bagasi. Hari seterusnya iaitu hari ini keluar lagi beli barang dan makanan. Tiket pun sudah dibeli. Qadarullah, Allah punya perancangan yang lebih baik. Sesuatu berlaku dan saya terpaksa melupakan hasrat untuk bekerja di taska demi 'sesuatu' ini yang sememangnya perkara yang ditunggu tunggu oleh saya selama ini. Pekerjaan yang selama ini saya impikan sudah berada di depan mata. 

Nanti saya akan ceritakan bila semuanya sudah selesai in shaa Allah. Macam misteri sangat bunyi cerita ni kan. Tak ada apa pun sebenarnya. Saja saja nak mengeksklusifkan kahkah. Okay bye. Doakan saya. Semoga Allah S.W.T. permudahkan segala urusan kita semua dan merahmati serta memberkati kita. Semoga kita diberi kebaikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. 

P/S: Umi dah bagitahu Aunty Mala pasal tak jadi bekerja di taska. Saya sedih sangat sebab Aunty Mala kata dia dah bersihkan bilik yang sepatutnya jadi bilik saya bila bekerja dekat sana. Namun apakan daya. Ada rezeki lain in shaa Allah. Semoga Allah permudahkan urusan Aunty Mala sekeluarga dan dapat pekerja yang terbaik in shaa Allah. 

10 December 2021 (2.29 AM)
Dalam kegelapan atas katil bilikku.

Monday, December 6, 2021

Petang Bareng Keponakan



Petang tadi saya, Syahadah, Iman dan Abdurrahman turun bawah dan enjoy pemandangan petang yang sangat nyaman sambil tolong Umi buang daun pokok pisang dan kantan. Lepas tu Syahadah sempat lagi posing dengan daun pokok keladi yang besar amat yang tumbuh tepi rumah.

Cantik kan? Selama ni nampak dalam internet saja benda macam tu. Ini depan mata sendiri, rasa kagum dengan ciptaan Allah. Keladi tu asalnya dari rumah kami yang Abah Umi buang tepi rumah sebab dah banyak dalam kawasan rumah. Dulu kecil saja saiz dia. Bila duduk luar rumah, meliar dia tumbuh.

Bagus juga. Kalau dia besar dalam pagar rumah, tak ke sempit kawasan rumah jadinya. Hmm okaylah saya rasa sampai di sini saja coretan saya buat kali ini. Saya tengah teman Syahadah belajar sebenarnya, sambil sambil dengar lagu lama lama. 

P/S: Iman dan Abdurrahman peminat tegar kucing. Kadang kadang saya takut tengok mereka pegang kucing yang kecil kurus tak banyak isi. Kalau dicekiknya, tak ke naya. Hmm okay bye!

Sunday, December 5, 2021

Kedai Pizza Bankrap

Makluman!

Dukacita dimaklumkan bahawa kedai pizza yang telah berbulan bulan saya usahakan tanpa penat lelah akhirnya telah dihentikan operasinya. Saya berasa sangat sedih dan kecewa. Tapi tiada apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkannya. Terima kasih. 

P/S: Saya dah sampai Day 1056, tapi tadi game jem sekejap dan dia jadi ke hari pertama balik. Bye. 

Friday, December 3, 2021

Pasar Pagi Gual Periuk




Hari ni saya, Umi dan Syahadah berbelanja di pasar pagi Gual Periuk. Dekat pukul 9 pagi kami keluar rumah dan tak sampai 10 minit dah sampai di destinasi. Macam macam kami beli. Nasi kerabu, nasi ikan keli, keropok, ayam bakar dan air mangga. Alhamdulillah semuanya habis kami makan dan tak membazir. Bagus tak? Okay bye.

Minggu depan saya nak pergi lagi. Setiap hari Jumaat pasar pagi ni ada. Tak sabarnya! 

Wednesday, December 1, 2021

New Sandal


Tadi saya, Umi dan Syahadah pergi ke Pantai Timur bertujuan untuk beli selipar dan barang dapur. Saya dan Syahadah ambil masa juga untuk pilih selipar yang kami mahu. Tapi akhirnya hanya saya yang membelinya kerana Syahadah tidak punya pilihan yang disukainya. Cantik tak?

Lepas tu saya beli alat tulis juga. Boleh tahan banyak sebab saya nak isi kekosongan kotak pensel saya. Alhamdulillah sudah penuh! Hihi. Misi seterusnya adalah memenuhi kotak pensel Syahadah. Kalau tengok dia punya sekarang, sedih. 

Dia tak update update lagi pencil box dia dari zaman SPM lagi. Allahu. Kesiannya adik saya. Tapi lulus saja asasi dia. Dah degree pun sekarang. Itulah orang kata, nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Walaupun tak cukup alat tulis boleh berjaya ya adik adik sekalian.

Namun begitu, alat tulis saya lah yang menjadi mangsa. Habis alat tulis saya dipindahnya ke dalam kotak pensel dia. Bertuah punya adik. Hmm okaylah apa apa pun saya rasa gembira sekarang bila memikirkan sandal baru saya dan alat tulis.

Haa satu lagi. Sandal ini saya beli atas nasihat Umi setelah kegersangan sandal selama beberapa tahun. Sandal lama saya jenama sama dengan yang ini iaitu Dr. Sardin. Okay yang betul nya Dr. Cardin kahkah tak lawak kan. Okay bye! Harganya RM79.90 dan saya rasa berbaloi sangat kalau beli jenama ni sebab setakat pengalaman saya, memang tahan lama alhamdulillah.

Satu lagi. Sandal yang saya beli ni tak ada stok. Jadi saya ambil yang display punya. Tak apalah asal kan ada kan hihi. Ada dua pilihan warna iaitu koko dan hitam. Saya ambil warna koko atas nasihat Umi dan Syahadah. Terima kasih. Terima kasih Umi belikan saya sandal yeah!

P/S: Selamat datang Disember! Kita sudah di bulan terakhir untuk tahun 2021! Percaya atau tidak? Haa kena percaya sebab itulah realiti nya. Semoga kita boleh memanfaatkan masa yang kita ada dengan perkara perkara kebaikan dan positif, in shaa Allah. 

1 December 2021 (11.53 PM)
Di ruang panjang bersama Umi dan Syahadah.

Tuesday, November 30, 2021

Favorite Songs (November 2021)

  1. Kenang Daku Dalam Doamu (SM Salim)
  2. Seruling Anak Gembala (Jeffrydin) / (Sharul Kamal)
  3. Budi Setahun Segunung Intan (Ahmad Jais & Kartina Dahari)
  4. Malam Semakin Dingin (Tajul & Afieq Syazwan)
  5. Kekasih Impian (Natta Reza)
  6. Halusinasi (Fieya Julia)
  7. Reckless (Madison Beer)
  8. Happier (Olivia Rodrigo)

Friday, November 26, 2021

32nd Anniversary


26 November 1989, 32 tahun yang lalu, Abah dan Umi mendirikan rumah tangga pada usia 23 dan 25 tahun. Ketika itu mereka masih melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Hari ini, 26 November 2021, alhamdulillah Abah dan Umi dikurniakan satu keluarga yang besar dan bahagia serta sentiasa diberkati Allah S.W.T. in shaa Allah. Rezeki Abah dan Umi berpindah ke negeri sekarang selepas 4 tahun posting di Sabah. 

Seperti tahun tahun sebelum ini, kami hidup bersederhana saja. Tidak ada majlis atau apa apa untuk menyambut ulang tahun. Cukuplah dengan doa. Semoga perkahwinan dan keluarga ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan di bawah rahmat-Nya sentiasa. Abah dan Umi mempunyai minat yang sama iaitu berkaitan dengan pokok atau tanaman. Sebab itulah rumah kami alhamdulillah dipenuhi dengan pokok pokok kahkah. 

Saya tak pasti minat Abah dan Umi terhadap tanaman itu timbul sebelum atau selepas kahwin. Tapi saya bersyukur kerana Abah dan Umi mempunyai sesuatu yang menyeronokkan untuk berkongsi bersama. Kalau pergi mana mana pun, akan ada tajuk pokok pokok. Haha okaylah. Saya rasa sampai di sini dulu coretan saya pada hari ulang tahun perkahwinan Abah dan Umi yang ke-32 ini. 

P/S: Setakat ini saya belum jumpa gambar perkahwinan Abah dan Umi. Kalau ada pun gambar seorang seorang. Itupun sekarang saya tak tahu dekat mana keberadaan gambar itu sekarang. Okay bye.

26 November 2021 (8.44 PM)
Di ruang panjang bersama Umi dan Syahadah.

Monday, November 22, 2021

Raya Terakhir Mek

Assalamu'alaikum W.B.T. Tadi saya tengok gambar lama lama, saya teringat Mek dan Ayah iaitu ibu bapa Umi saya. Ayah dijemput Ilahi pada 3 Mac 2011 dan Mek pada 17 Januari 2014. Saya rindu sangat dekat Mek dan Ayah. Saya boleh dikatakan rapat juga dengan mereka sebab saya selalu tidur di rumah merekadan ikut ke mana mereka pergi. Tapi saya terkilan sebab tak banyak yang saya berjasa pada mereka sebab dulu saya kecil lagi dan Mek Ayah dah berusia. 

Semoga roh Mek dan Ayah sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan tinggal dalam syurga yang tertinggi di sisi Allah S.W.T. 

P/S: Gambar di atas adalah gambar raya terakhir Mek iaitu pada 2013. Keluarga saya tak ada sekali masa tu dekat rumah kakak sulung Umi. Kami pergi masa lain sebab kami balik beraya di Pahang.

Petang raya sebelum kami bertolak ke Pahang, kami singgah ke rumah Umi Besar, kakak sulung Umi. Saya tak pasti Mukhlisin duduk dekat mana masa ni. Mungkin dia tidur. 

Okaylah. Sampai di sini dulu coretan saya untuk kali ini. Saya akan sentiasa merindui Mek dan Ayah. Mereka sangat baik dan sabar dengan kerenah saya. Love you Mek dan Ayah. Sentiasa dalam doa saya. 

22 November 2021

Friday, November 19, 2021

Hadiah Untuk Iman & Abdurrahman

Hadiah Daripada Mama Da

Di AEON Mall tadi saya dan keluarga singgah di Kaison dan Eco Shop. Mama Da beria beli hadiah untuk anak saudara kesayangan dia Iman dan Abdurrahman. Mama Da belanja. Comel sangat! Saya dah boleh bayangkan reaksi mereka bila dapat hadiah yang Mama Da belikan.

Comel sangat!
Siap letak nama lagi. Beria betul mak saudara.
Mama Sya pun ambil kesempatan minta
Mama Da belanja kahkah.

Bingsu MyKori

19/11/2021 (4.50 PM)

Masih di Negeri Sembilan. Tadi lepas pergi AEON Mall, saya dan keluarga ke kedai bingsu My Kori. Ini pertama kali saya makan bingsu, selama ni dengar kawan saya sebut saja. Best sangat! Kakak saya order tiga perasa. Saya suka yang blueberry sebab dia macam masam masam sikit. 

Suasana cafe ala ala Korea gitu.
My Kori. Recommended.
Pemandangan luar kedai.
Cantik dan sedap.

Makan Di Dubu Yo!

19/11/2021 (3.45 PM)

Assalamu'alaikum W.B.T. Saya dan keluarga baru saja selesai makan di kedai makanan Korea, Dubu Yo. Alhamdulillah sedap! Puas hatilah. Paling saya suka adalah tobokki cheese. Sebenarnya itu yang abang ipar saya order, tapi saya tapau tak ingat dunia kahkah. 

Jumlah semuanya RM122 lebih kurang. Semua ada enam orang. Okay lah kan. Dah lah macam macam kami order. Kira berbaloilah. Minum air kosong saja. Makan pun cepat cepat sebab kami ada urusan lain nak dilaksanakan. Okaylah bye!

Ehh belum lagi! Restoran Korea ni dekat AEON Mall. Sebelum makan, kami pergi Kaison dengan Eco Shop dulu. Tak banyak pun kami beli. Yang penting anak anak saudara sentiasa kami ingat lagi lagi Syahadah. Dia belikan dua tiga barang untuk Iman dan Abdurrahman. 

Suasana kedai. Cantik!
Yeah excited nak makan makanan Korea!
Sentiasa seperti pengantin baru. Gitew~

Joging Pagi

Masih di rumah kakakku. Hmm acah acah joging pagi. Padahal jalan saja kahkah. Kami masih di rumah kakcik. Saya dan Syahadah keluar depan rumah dalam pukul 7.50 pagi dengan niat nak joging sambil jalan jalan tapi ended up main buai dan lepak sekejap di taman permainan. Abah saya joging empat round tahu tak. Dah lah jauh. Cuma saya masih belum ada kekuatan dan kerajinan itu kahkah. 

Taman permainan idaman Syahadah.
Hmm joging.
Fokus kepada pokok yang cantik itu.
Syahadah hanyalah hiasan.
Okay fokus kepada saya.
Best sangat jalan jalan sini.

Dapat Barang Free

Pertama sekali ingin saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kakakku kerana telah menghadiahkan daku dengan setimbun barang barang yang sangat ku sukai. 

In shaa Allah akan saya gunakan semua barang yang diberi dengan sepenuh hati dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Umi dengan Syahadah pun dapat barang free kahkah. Kami boleh pilih sendiri! Yalah memang tabiat kakakku beli beli tak guna buat hiasan dalam bekas.

Bye!

Jejakkan Kaki Di Rumah Kakakku

17/11/2021

Abah, Umi, Angah, saya dan Syahadah bertolak ke Negeri Sembilan untuk ke rumah kakak saya pada pukul 11.30 pagi dan sampai dalam pukul 7.30 malam selepas berhempas pulas dengan jam. Akhirnya kami dapat jejakkan kaki ke rumah kakcik dan abe cik! Alhamdulillah. Dah lama dia ajak tapi tak berkesempatan. Sekarang baru dapat peluang itu. Hihi. 

Cantik sangat rumah kakcik! Cantik sangat sangat. Tak tipu. Malam malam lepas Mahgrib ada budak budak datang mengaji. Comel sangat! Cerdik sangat budak budak tu. Sukalah mengaji dekat rumah ustazah ni sebab banyak chocolate dan gula gula. Boleh melukis juga. 

18/11/2021

Hari ini lepas selesaikan beberapa perkara yang perlu dibuat, saya dan keluarga ke rumah Maklong iaitu kakak Abah di Bukit Mahkota. Sekejap saja sebab dah Maghrib. Tapi sempat lah berborak dalam sejam juga. Kesian Maklong penat balik sekolah dan uruskan cucu. Paklong pun ada. Comel sangat Ariq cucu pertama Maklong.

Petah betul dia bercakap. Sempat lagi kami buat origami sekali dan coloring. Excited dia cerita Cikgu Ching ajar dia buat origami. Lepas tu dia tunjuk 'pokok hantu' dekat saya. Dia tunjuk jalan semut yang dia buat juga. Comel kan? Masa kami nak balik dia nampak macam sedih. Hihi. Saya pun rasa sayu nak tinggalkan dia. Harap ada rezeki boleh jumpa lagi in shaa Allah. 

Balik saja, saya dan Syahadah main di taman permainan depan rumah kakcik. Excited benar Syahadah sebab dah lama dia teringin nak main. Macam lah dekat rumah kami tak ada permainan macam itu. Hmm memang tak ada pun kahkah. Okaylah sampai di sini dulu coretan blog saya yang random ini. Bye!

P/S: Yang sedihnya Mukhlisin tak ikut sebab dah kena masuk asrama. Tapi tak apa. Asalkan pelajaran dia terjamin. Lagipun dah lama dia kelas online. Nak juga dia bercampur dengan kawan kawan dan mengaji dengan ustaz secara face to face. Saya reda.

19 November 2021 (2.27 AM)
Di ruang tamu rumah kakcik.

Budak budak mengaji sambil melukis.
Di klinik untuk buat swab test Angah.
Posing depan kedai motor.
Bahan bahan memasak.
Gula gula dan bahan untuk buat air.
Rempah ratus.
Ruang kerja Kakcik.
Bersama anak sepupu, Ariq yang comel dan bijak.
Bila orang lebih umur excited main buai beginilah rupanya.
Saya matang. Saya tak main buai.

Bersama Paklong dan Maklong.