Friday, November 26, 2021

32nd Anniversary


26 November 1989, 32 tahun yang lalu, Abah dan Umi mendirikan rumah tangga pada usia 23 dan 25 tahun. Ketika itu mereka masih melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Hari ini, 26 November 2021, alhamdulillah Abah dan Umi dikurniakan satu keluarga yang besar dan bahagia serta sentiasa diberkati Allah S.W.T. in shaa Allah. Rezeki Abah dan Umi berpindah ke negeri sekarang selepas 4 tahun posting di Sabah. 

Seperti tahun tahun sebelum ini, kami hidup bersederhana saja. Tidak ada majlis atau apa apa untuk menyambut ulang tahun. Cukuplah dengan doa. Semoga perkahwinan dan keluarga ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan di bawah rahmat-Nya sentiasa. Abah dan Umi mempunyai minat yang sama iaitu berkaitan dengan pokok atau tanaman. Sebab itulah rumah kami alhamdulillah dipenuhi dengan pokok pokok kahkah. 

Saya tak pasti minat Abah dan Umi terhadap tanaman itu timbul sebelum atau selepas kahwin. Tapi saya bersyukur kerana Abah dan Umi mempunyai sesuatu yang menyeronokkan untuk berkongsi bersama. Kalau pergi mana mana pun, akan ada tajuk pokok pokok. Haha okaylah. Saya rasa sampai di sini dulu coretan saya pada hari ulang tahun perkahwinan Abah dan Umi yang ke-32 ini. 

P/S: Setakat ini saya belum jumpa gambar perkahwinan Abah dan Umi. Kalau ada pun gambar seorang seorang. Itupun sekarang saya tak tahu dekat mana keberadaan gambar itu sekarang. Okay bye.

26 November 2021 (8.44 PM)
Di ruang panjang bersama Umi dan Syahadah.

No comments:

Post a Comment